Sabtu, 18 Jun 2011

MENIKMATI SAKIT


Sesungguhnya mensyukuri nikmat sakit itu satu kewajipan ke atas orang beriman.Manakala KESIHATAN merupakan NIKMAT terbesar yang dikurniakan Allah kepada HAMBANYA.Namun kenikmatan itu hanya dapat diukur oleh orang yang sakit. Manusia dapat menilai arti KESIHATAN hanya apabila nikmat tersebut HILANG.Bilamana sakit menimpa, maka ia telah melenyapkan kebahagiaan.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud"Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu KESIHATAN DAN WAKTU LAPANG" Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan daripada penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan untuk kesembuhan dari penyakit tersebut.

Selain penyakit dapat menghapuskan dosa, ia juga dapat mengangkat darjat seseorang disisi Alah s.w.t. Apabila penyakit menimpa orang yang beriman, lalu ia mampu bersabar,nescaya semuanya menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya.Rasulullah s.a.w bersabda "Kalau Allah menginginan kebaikan bagi seseorang hamba , maka Allah akan mempercepatkan seksaan di dunia".

Sekiranya imannya kuat,maka cubaan yang menimpanya juga berat.Sekiranya imannya lemah, maka cubaan yang menimpanya juga sesuai dengan kadar imannya.Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di mukabumi in tanpa memiliki dosa lagi"

Sesungguhnya setiap kali Allah datangkan KESUSAHAN, pasti Allah datangkan KEMUDAHAN sesudahnya.Ini kerana ia sudah menjadi sunnahullah yang berlaku kepada makhlukNYA.

Bolehjadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu menekan jiwa , namun pasti ada jalan keluar dari sisi ALLAH yang akan diperolehinya.Mungkin saja seseorang yang menghadapi saat-saat kesukaran dan merasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka dihadapan matanya jalan keluar dari kesukaran yang tidak pernah difikirkan atau terfikir sebelumnya.

Ingatlah..orang yang terkena MUSIBAH,hakikatnya sedang menanti KESENANGAN dan orang yang sedang dalam KESENANGAN, hakikatnya sedang menanti MUSIBAH.


Syaitan tidak pernah letih untuk menyesatkan seorang MUSLIM samada ia lemah,kuat,sihat dan sakit.Oleh itu berjaga-jaga kepada langkah syaitan setiap masa.Perkara berikut harus diambil perhatian ketika SAKIT:

1. Jangan sampai berburuk sangka terhadap ALLAH atau berasa kecewa dan berputus asa.Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud bahawa Allah azzawajalla berfirman "Aku hanya mengikut sangkaan hamba-KU sahaja.Kalau ia  bersangka baik kepada-KU, Akupun akan berbuat begitu.Anadai ia bersangka buruk kepada KU, Akupun akan berbuat begitu Terhadapnya".Allah mengabulkan doa hambaNYA  sesuai denagan permintaannya.Maka sentiasalah menjaga dan meluruskan niat kerana ALLAH sentiasa menurut sangkaan kita.

2. Sebaik-baiknya jangan menghebahkan khabar sakit dan mengeluh.

3.Jangan membuang masa dengan pekerjaan yang sia-sia dengan mendengar,melihat atau bercakap perkara yang haram.

4.Jangan remehkan soal menutup aurat ketika sakit.

5. Jangan berubat dengan unsur syirik dan haram.Antara perubatan haram yang perlu dielakkan adalah mendatangi dukun atau tukang tilik.Apabila pesakit itu bersabar menahan beratnya penyakit tersebut dan rasa sakit yang hebat, itulah lebih baik dari menempuh cara yang mengiringnya ke neraka yang menyala-nyala.

Fitrah beragamalah yang mengangkat darjat manusia semulia malaikat atau lebih mulia dari malaikat.Sebaliknya jika fitrah beragama ini diabaikan dan ditolak, manusia boleh jatuh ke darjat yang lebih hina dari haiwan dan syaitan.

Bersyukurlah kita kerana msih dikurniakan nikmat sihat yang tidak mampu kita beli dengan apa jua gantinya..Jika miliki segunung emas sekalipun kita tidak mampu memilikinya...Nikmat sihat itu sudah cukup buat kita merasa bahagia dari mereka yang sedang terlantar di hospital.Bersyukurlah kerana dikurniakan ALLAH kesihatan yang baik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan