Isnin, 6 Jun 2011

Sesuatu yang indah dahulu....


Keabadian cinta memaparkan soal cinta yang saya ambil dari tulisan penulis Pahrol Juoi..Darinya saya pelajari dan menjadikan ilmu dari bacaan untuk mengabadikan sebuah cinta demi kerukunan rumahtangga..semoga apa yang memberi manafaat dapat saya kongsikan buat teman-teman yang sudi singgah ke blog saya...terima kasih keran sudi memberi ruang pada masa yang ada untuk membaca....

Oksigen cinta....

Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat,pupuklah kepercayaan.Kepercayaan itu melahirkan tanggungjawab dan tanggungjawab itu adalah OKSIGEN CINTA.Oksigen itulah akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga...

Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab.Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima.Lafaz "Aku terima nikahnya" oleh suami bukan berarti kita menerima,sebaliknya untuk memberi...

Musim berlalu.Alam rumahtangga yang kita bina bersama menongkah arus.Pelbagai sukaduka,pahitmanis diharungi bersama.Kata orang,semakin tinggi pokok yang dipanjat,semakin kuat pula angin yang menggoncang.Semakin tinggi puncak kehidupan yang kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati.Warna sebenar kita dan pasangan kita terserlah..Pada masa itu segala yang msam,pahit dan kelat terserlah..

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan rumahtangga.Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab.Cinta itu bertunjangkan rasa dan perasaan.Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian.

CEMBURU,JEMU,CURIGA.....

Itu baru ujian luaran.Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu,jemu,marah,dendam,curiga dan lain-lain " virus perhubungan".Berapa ramai yang perhubungannya putus akibat hilangnya kepercayaan.Ungkapan "aku cintakan dia,tapi aku curiga apakah dia setia dibelakang aku" ."tergodakah dia kalau dibelakang aku?"..itulah contoh dialog hati yang merasuk apabila ada cinta tapi kurang percaya.Fobia dan trauma ini melanda rumahtangga.Ini akan menghilangkan ketenangan dan menyebabkan hilang bahagia.

Ada yang melihat si suami menerima panggilan telefon 15minit sekali?aduh,rimasnya.Betulkah itu kerana cinta,atau curiga?Padahal cinta itu MEMBEBASKAN bukan MENGAWAL.Jika kita benar-benar cintakan suami atau isteri kita tunjangilah dengan kepercayaan dan biarkan dia bebas.Terbanglah kemana dia suka,insyaAllah kau akan kembali jua.Jesteru hatimu tetap disini,dihatiku!

Ada sisuami yang curi-curi membuka inbox dan sent isteri kalau-kalau ada sms yang mencurigakan.Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami andai ada kesan-kesan tinggalan perempuan lain.Pernah juga suami yang memusnahkan resit,bil dan dokumen dalam poket dan dompetnya sebelum pulang kerumah kerana takut di soal siasat oleh isterinya."Ini bil abang makan di mana?dengan siapa?"..Ini "lain macam jer bunyi sms nie,ada apa-apa ker?"..."eh,banyaknya yang abang beli ni.Tetapi mengapa sikit jer yang abang bawa balik?"

Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial untuk menjawabnya.Pada suami itu soalan remeh-temeh,tetapi semua itulah punca "PERANG BESAR" .Kalau suami disyaki sudah pasti menimbulkan syak wasangka.Isteri tidak mempercayai suami,suami pula tidak mempercayai isteri..Bukan tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya.Sebab itu mengikut kajian, ada perceraian yang berlaku bukan kerana pasangan sudah kehilangan cinta  tetapi kerana rasa terlalu cinta kepada pasangan...

Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor.PERTAMA,kita belum benar-benar mengenalinya.KEDUA, kerana kita telah benar-benar telah mengenalinya.Jika kerana faktor pertama,jalan yang terbaik ialah mengenalinya dengan lebih mendalam.Perkenalan kali pertama hanya bibit-bibit cinta.Tetapi perkenalan berikutnya menyuburkan bibit-bibit percaya.Adalah salah jika kita beranggapan setelah memasuki alam perkahwinan kita telah kenal kenal pasangan dan menghentikan proses perkenalan.Padahal proses perkenalan nie berterusan...

Cinta sejati dalam rumahtangga adalah dibina atas dasar perkenalan bukan saja dengan kebaikan tetapi dengan keburukannya.Ya,kita sanggup menerima bukan saja yng indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita.Keburukan yang ada itu sama-samalah kita mengatasinya dan sekiranya tidak boleh diatasi kita kenalah menerima seadanya...Ingatlah..kita berkahwin dengan manusia bukan dengan malaikat....

KEPERCAYAAN MELAHIRKAN TANGGUNGJAWAB....

Kita harus mempercayai pasangan dalam apa jua keadaan.Jangan sesekali hilang kepercayaan.Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat.Kembalilah kepada asas rukun iman? Binalah kepercayaan berlandaskan 6 percaya dalam rukun iman...Percaya kepada Allah adalah simpulan yang mengikat kepercayaan kepada manusia.Kerana percaya itu adalah akidah-artinya simpulan.Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan.Ya,kita percaya kepada Allah makanya pasangan kita percaya kepada kita."Eh,suamiku jauh.Tetapi aku mempercayainya.Dia mukmin yang teguh agamanya""aduh lamanya kita berpisah,namun iman akan menjagamu"...

Apabila hancur sebuah cinta berarti hancurlah satu kepercayaan.Apabila hancurnya sebuah kepercayaan berati hancurlah iman.Wahai suami, wahai isteri ....sekali lagi ditegaskan,inilah oksigen cinta!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan