Jumaat, 17 Jun 2011

Biar bersusah-susah dahulu...


Dalam hidup ini hendak mencapai kejayaan memang tiada jalan pintasnya.Jalan menuju kejayaan sangat payah dan perlukan pengorbanan baik dari segi masa,emosi,wang,titik peluh dan suka duka..Jangan putus asa dan teruskan usaha tanpa jemu dan berdoalah agar dibantu dengan iringan doa yang tak pernah putus..
Jangan dengar cakap orang,mereka hanya pandai memberi komen dan melemahkan semangat..dengarkanlah kata hatimu yang berkobar-kobar mengejar impian hidupmu itu..

"DI MANA ADA KEYAKINAN DISITU ADA JALAN." Yakinlah Allah telah menjamin rezeki setiap anak Adam.Dimanakah keyakinan kita pada Allah s.w.t bahawa dia Al-Razzaq iaitu MAHA MEMBERI REZEKI.Kita hanya berusaha dan terus berusaha melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan penuh tanggungjawab melaksanakan urusan yang telah diberi.

Jika awal-awal kita telah menolak peluang kerana takutkan kesusahan, orang lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut.

Saya kagum mendengar cerita seorang ibu berusia 60an yang berusaha untuk mengisi masa lapangnya dengan menghafal ayat-ayat Quran setiap hari.Kerja menghafaz memang memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi.Walaupun satu hari dia menghafaz 3-5 ayat saja,akhirnya dalam masa lima tahun dia telah menghafal seluruh al-Quran.Biarpun lambat, tetapi usahanya membuahkan kejayaan.Bukan mudah menghafaz dalam usia yang telah masuk 60an yang mana sedikit ingat dan banyak lagi lupa...Namun kejayaan nenek tadi kerana sikap istiqamahnya yang tak pernah kenal arti putus asa dan melakukannya secara berterusan dengan sabar.

Tetapkanlah matlamat yang ingin kita capai dalam hidup ini.Fikirkan masa depan yang cemerlang..Kita adalah apa yang kita fikirkan pada masa ini.Berpegang teguh pada ayat al-Quran dan sunnah agar kita tidak terpesong jauh dari landasan Islam.Bersabarlah jika menghadapi kesusahan,kegagalan atau rintangan kerana Allah s.w.t akan membalas dengan ganjaran pahala kepada insannya yang sabar sebagaimana firmannya"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan  sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta ,jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar."(surah al-baqarah ayat 2;155)

Cabarlah diri untuk melakukan yang terbaik.Misalnya lebih banyak membaca, bijak mengatur masa, solat pada awal waktu, bijak menyusun stratergi, lebih berdisiplin dan jangan putus asa.Jika gagal carilah kelemahan sendiri dan sebaik-baiknya belajar dari pengalaman orang yang telah berjaya.Tanamkan sikap rendh diri dan tidak malu bertanya pada orang yang telah berjaya.Contohi mereka dan lakukan apa yang telah mereka usahakan.

Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.Semoga kesusahan atau kepayahan yang dihadapi hari ini menjadikan kita insan yang mempunyai semangat juang yang tinggi pada hari-hari yang dilalui untuk menjadi insan yang berjaya...

Ingatlah..cara belajar yang paling berkesan adalah MEMPRAKTIKKAN apa yang kita pelajari.Untuk mendapat pengalaman, ILMU perlu DIAMALKAN.Setelah diamalkan barulah apa yang DIPELAJARI dialami.PENGALAMAN itulah GURU  yang paling baik.

Sabar itu indah..Ganjarannya syurga.Dengan keyakinan itu,penderitaan yang sedikit dan sementara kala hidup di dunia mampu dihadapi kerana mengharafkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di SYURGA.....

1 ulasan:

  1. saya suka tulisan awak yang ini... membina dan merangsangkan... teruskan jun...!

    BalasPadam