Selasa, 14 Jun 2011

14hb June. 1970...


salam?cuaca hari ini sangat sejuk..pagi hari hujan selebat-lebatnya.Terhenti hasrat hati keluar mencari kek.Bila keluar nak beli kek pastinya ada sesiapa yang menyambut hari ulangtahun.14hb June 1970 kira-kira 41 tahun lalu..pastinya ibu dan ayah paling bahagia dan gembira menyambut kehadiran adik kembarku..usiaku ketika itu baru 2tahun..Masih kecil dan tak rasapun ada adik..Kelahiran anak kedua bagi ayah dan ibuku..akulah paling bertuah kerana dapat dua orang adik sekaligus..

Menurut cerita ibu..semasa mengandungkan adik cuma sekali saja ibu membuat pemeriksaan..Kali pertama periksa ,hanya untuk mengesahkan ibu hamil..kali kedua ke hospital kerana sudah hampir melahirkan.Menurut cerita ibu, perut ibu sangat besar dan berat badan berganda-ganda.Ibu ke tempat kerja naik dan turun bas.Ketika itu ibuku kerja di muzium Negara,Kuala Lumpur.Jika naik bas semua orang pandang perut ibu yang luarbiasa besarnya..Lucu aku dengar cerita ibuku,bayangkan ketika usia kandungan baru 4 bulan orang menyangka kandungan 9bulan..besar betul!

Zaman tu memang jarang dapat tahu jantina anak atau berapa orang dalam perut..Maklumlah..ibu jenis paling tak suka ke hospital..bila saat melahirkan ibu terkejut bila nurse bagitahu ada seorang lagi...Rupanya ibu tak tahu dia mengandung anak kembar..Selepas 10 minit lahir seorang lagi..Yang keluar dulu itulah kakak dan kemudian itulah adik..ipah kakak manakala ina adik..beza 10 minit ..
Doktor yang merawat ibu sempat memarahi ibu kerana tidak membuat pemeriksaan ketika mengandung sampaikan mengandung anak kembarpun ibu tak tahu......senangnya ibu bersalin..fikirku..



Adik lahir kembar seiras..lalu dinamakan Mazarina dan Mazarifah.Aku cuma ingat adikku ketika usiaku 6tahun kami beza umur hanya dua tahun.Itupun kerana ibu tunjukkan kepadaku, sekeping gambar keluarga ,di hadapan muzium ...Memang sukar bezakan wajah mereka berdua.Rasa tidak puas menatap wajah adik yang sangat comel sewaktu kecil..Kini,gambar itu entah kemana hilangnya.Kebanyakkan gambar keluarga  rosak, ketika banjir besar di Kuala Lumpur.Masa itu kami tinggal di kg.Baru.

Bila adik sudah bersekolah baru terlihat perbezaan antara mereka..Untuk mengenal adik ina,dia agak montel dari adik ipah..Kedua adikku itu memang sehati sejiwa.Jika seorang menangis pasangannya pun menangis.Jika demam,keduanya demam..apa saja pasti sama.Kata ibuku paling susah masa nak mengganti kain lampin..bayangkan kalau dah buangair pun sama jer masanya..Begitulah ragam pasangan kembar ini.Sehinggaah dewasa..pakaibaju nak sama,kemana-mana mesti sama..nikah pun tahun sama.Bila seminggu lepas bernikah tak jumpa maka menagislah salah seorang kerana merindui kembarnya..Maka kenalah suami mereka jumpakan..

SELAMAT HARI JADI IPAH DAN INA!!! kakak mengingatinya..kalian sangat brmakna dalam hidup kakak dan keluarga kita..percayalah,kami semua sayangkan kalian berdua.Semoga ALLAH panjangkan umur kalian,dimurahkan rezeki .diberkati usia yang ada dan dipermudahkan segala urusan hidupmu..Jaga diri dan jaga anak-anak sebaik mungkin...


Saya Ada Perasaan

Ahad, 12 Jun 2011

Aku seorang adik dan sebagai seorang kakak ....


Salam?apa khabar saudra maraku,keluargaku,adik-adikku dan kawan-kawanku sekalian.Cuti sekolah dah tamat..Esok dah bermula sessi persekolahan penggal ke dua.Bila cuti aku ternanti-nanti,siapalah adikku yang mahu mengunjungiku..Paling tidak adik bongsuku shima dan anak-anaknya..Best bila berjumpa..berboraklah kami..adikku ini paling suka pergi mandi di waterpark,berluncur dan berendam.Dialah adikku yang suka mengusik suamiku dan mendera abang iparnya.... kami gemar window shopping bersama..paling dekat rumahku ,mana lagi kalau bukan ke  Nilai3 ....shopping apa aje ..beli baju,cadar dan tudung..beli apa yang berkenan..Masa nielah nak tengok siapa belanja siapa..yang bongsu nie memang manja dan nak dibelanja saja...selalu kami bertanya?..Ha..ha..giliran siapa yer???Aku jugalah yang jadi tukang bayar..pandai betul dia nie..kalau selalu kopak aku...


Semalam dah jalan seharian..suamiku ajak berdating di Sunway Piramid, bukan berdua macam dulu-dulu, tapi kini dah bertiga..Kami santai,urut kaki dan badan,cari tempat makan yang romantik dan paling cantik.Kami cuba di Garden makan-makan dan masanya aku menguji suamiku..Kalau tak bila lagi?.Bila dia dah bagi lampu hijau..apa lagi , aku main tunjuk jer.. suamikan sayang isteri,kenalah sesekali diturutka isterinya yang baru sorang nie....Dapatlah aku beli handbag dan baju yang kuberkenan.Seronok... jadilah..beg untuk Hari Raya.Kenalah JUGA AKU beringat dan  berjimat demi masa depan..Semua nie kerana anakku masih kecil..masih perlukan biaya belajar dan simpanan masa depan..Suami ajak keluarpun krn kimi minta tunai janji..sejak cuti dia tak kemana-mana kecuali balik kampung hari tu...Gara-gara tak sempat berluncur ais, dia minta ayahnya berjanji bawanya  jalan lagi,minggu  depan.KENA LAGI!!.."terimakasih Abah!"itulah kata anakku ..sejuk perutku kerana dia memang berbudibahasa...

Hari Minggu biasanya jadi hari keluarga.Hari mengeratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga.Hari ziarah mak atau penuhi undangan kenduri kendara...biasanya adik datang rumah kakaklah....Siapalah diri kita tanpa Keluarga.Pada diriku ibu,kakak dan adik-adikku saja keluarga paling rapat.Lebih-lebih sekarang nie sukar berkumpul kerana masing-masing sibuk.Semenjak ayah meninggal dunia ,Ibulah ketua keluarga. Aku merupakan anak sulung aruah ayah,hanya ada tiga orang aje adik..Rugi rasanya kerana tak miliki adik yang ramai.....sekarang barulah terasa sedikit..masa zaman sekolah aku rasa penat melayan mereka, suruh mak aku cukup- cukuplah beranak..jangan tambah adik lagi....Zaman dah berubah..hati kita pun berubah dari rasa rimas, sekarang rasa rindu dan sedih kalau adik tak telefon dan tanya khabar..

Dalam hidupku cuma ada seorang kakak.Tak sangka pulak  kakak sempat singgah rumahku .Dapat juga ku berjumpa  anakbuahku yang teramat-amatku rindu....Minggu nie minggu menyedihkan  kerana  ibumertua kakakku meninggal.Suami kakak orang Kuala Terengganu.Ku dan keluarga turut merasai arti kehilangan kerana abang iparku sangat baik dan aku pula dah anggap dia seperti abangku sendiri.Teringat semasa berkunjung di kampung abang iparku...ibunyalah yang paling sibuk,sangat mesra melayan tetamu, sangat baik dan sopan  melayan suamiku,aku dan anakku...Walaupun kali pertama bertemu seolah telah lama mengenali aruah.Abang ipar sangat sedih,terkejut dan tak mampu berkata apa kala singgah tempohari.Kelihatan jelas diwajahnya ,kesedihan di hatinya..Aku dan keluarga hanyaberdoa agar  dia tabah dan bersabar dengan ketentuan Ilahi..Semoga Allah berikan pahala dan membalas kebaikan Aruah  pada kami sekeluarga. Aku terasa kehilangannya ..apa lagi abangiparku dan kakakku..Semoga roh aruah makcik di cucuri Rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama-sama para solihin....al-fatihah..

Hari nie adik bongsu sekeluarga berkumpul di Nilai rumahku... Adik dari Banting datang bawa keropok dan kerepek dari Kg.Sg.Lang..Pusat Industri kerepek di Banting memang terkenal dengan apa saja  jenis makanan ringan..Dapatlah aku jadikan kudapan menonton tv.."Terima kasih adik..kalau boleh bawa lagi".Untuk sedara di Miri pun dibelikan sekali...Petang nie kakak akan sampai dari Terengganu,bermalam di Nilai dan bertolak ke Miri esok pagi jam 6.30 pagi....Aku seperti biasa sibuklah sikit memasak dan pastikan semua selesa dirumahku.Ini sempat menuliskala mereka sedang nyenyak tidur..aku rasa nak menulis..maka kuisikan masa terluang merehatkan diri caraku...Bila adik berkunjung, aku dah tahu apa kegemaran adikku shima .Dia minat sungguh makan lauk ala kampung.Katanya sesekali nak merasa kakaknya masak.Pelik-pelik mintanya..ikan keli salai,kulit lembu,urat kaki lembu dan yang mampu kusediakan minggu nie daging salai saja...

Adik memang pandai memasak.Maklumlah dia ada gerai.Berniaga makanan dan nasi campur di Telok Panglima Garang.Orang pandai memasak,Bila sesekali datang dia tak mahu masak kerana nak makan air tanganku juga."dah jemulah kak..sesekali nak rehat !". itulah katanya..Tengahari nie kumasakkan daging salai masak lemak cili api,sediakan udang goreng daun kari lauk kegemaran anak-anaknya...ulam,sambal belacan  lauk wajib suiamiku.. sotong masak kicap pula kegemaran abang iparku....Malam nanti kena masak lebih kerana kakak sheli  yang akan sampai satu keluarga...Anak kakakku janji ada ikan goreng dah cukup.. .

Aku gembira jika masakanku habis dijamah adik dan kakakku.. Aku rasa puas hati dari belanja mereka makan di restauran..Maklumlah hanya memasak saja yang mampu aku sumbangkan.Nak kasi duit pun kena minta duit suami.Maklumlah sekarang nie aku manja sikit dan nak berehat di rumah.Sejak  tak bekerja, keperluanku semuanya ditanggung beres oleh suamiku..Dulu lainlah kakakmu nie rajin berbisnis...sekarang dah tak larat..nak rehat dan bagi tumpuan pada rumahtangga aje..Kalau ada duit suami ku beri..dapat bersedekah pada mak dan anak-anak buah memanglah buat hati mereka gembira.....Mujur suami mahu mengerti...mahu berkongsi..Terimakasih pada abang iparmu..bukan padaku...syukurlah dik..Kak tiada apa-apa yang boleh membuat diri bangga!memberi bila ada lebih..kalau tak mampu beri duit,kak mampu beri doa..yang penting kalian sayang pada kakak.....Kalau yang lain rasanya tiada istimewa kakakmu ni..

Ketahuilah adikku, kita semua mampu mencipta kemesraan dan kasihsayang yang boleh membanggakan ibu dan aruah ayah... Ingat pesan ayah ..ingat amanah ibu....Jika hati kita merasa saling mengingati,saling merindu,pasti jiwa kita gembira kala bersama.Kakakmu ini sangat gembira dan ingin juga bermanja2 dengan adik dan anak buahku yang ada..maklumlah Kakak tak ada anak yang ramai .Hanya Hakimi seorang permata hati kakakmu..  biasanya  kimi di rumah seorang saja tiada berkawan....dialah paling gembira kalau sepupu-sepupunya ada..

Aku ada seorang kakak, namanya sheliza.Ku panggil kak sheli..Kakakku jarang balik.Kami memiliki ibu yang sama ..cuma ayah berlainan.Tanpa dia, aku tak merasai bagaimana rasanya menjadi seorang adik..inilah hikmahnya  ibuku merupakan seorang janda beranak satu kala menikahi aruah ayahku..Bila kuteringat sejarah seakan berulang..Ayah seorang bujang bernikah dengan seorang janda beranak satu....Aku  pula seorang gadis,bernikah dengan duda beranak 3.Semua anak suamiku perempuan..lagi ramai dari anak tiri aruah ayahku...Adakah ini  SURATAN ATAU KEBETULAN?

Walaupun kakak anak tiri, ayahku sangat sayang dan anggap dia seperti anak kandungnya.Aku sememangnya anak paling manja dan paling disayangi aruah ayah..Segala-galanya aku sering dilebihkan oleh ayah kerana anak pertama katakan..cucu sulung gamaknya....Maka sering  kakakku cemburu dan cari salahku..Bukan pintaku dilayan sebegitu..mungkin aku pandai ambil hati ayah dan nenek..Kakakku sering berselisih faham denganku dan rasa dirinya dianaktirikan..Mungkin itu perasaanya saja..tapi hakikatnya ayah orangnya adil,penyayang, bertanggungjawab, tegas dan orang yang  berdisiplin  dalam bab agama dan sahsiah kami anak-anak.Ibu pula sebaliknya.Tapi ayah tak panjang umur..Semoga Allah swt sajalah yang membalas jasa dan budibaik ayah dalam hal keagamaan kepada keluarganya..

Sebagai seorang adik, jadi kewajipanku menegur bila diri bersalah .Itu bukan bermakna aku ingin mencari salahmu..AKU SAYANG PADAMU KAKAKKU...aku rindukan belaian seorang kakak... Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk pada dirimu sekiranya diriku gagal memberi nasihat dan bimbingan.

Kakakku mengikut suaminya yang bertugas kemerata tempat..Kali ini di Sarawak.Paling tidak setahun sekali kakak balik..itupun kalau Hari Raya...Kakakku lebih bertuah kerana serba mewah hidupnya berbanding kami.Merasa juga diriku duit hari raya,walaupun dah berusia.... ,baju raya kakak belikan...minyak wangi.. semua tetap ku ingat kerana aku berterimakasih disetiap pemberian dari kakakku..Dia suka belikanku kasut..gembira tak terkira kalau dapat hadiah dari kakakku sorang ini.Terima kasih abang iparku kerana selalu bagi kakak duit belanja kami....Alhamdulillah..kami tumpang gembira..

Dia seorang kakak yang sangat pemurah dan sayang pada emak dan adik-adikku semua....Dalam keluarga dia tak pernah lupakan kami walaupun jarang bertemu.Semua adik-adikku manja dan rapat dengannya.Pastinya adik-adikku mampu memilih siapa antara kami terbaik sebagai insan bernama KAKAK...Syukurlah,siapapun,siapapun aku di mata adik-adikku..hanya mereka yang mapu menilainya..Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagi seorang kakak..Kepada kakakku,sebagai adik aku tetap menghormati dirimu dan menyayangimu, kakakku.. Semoga ikatan ini berpanjangan ke akhir hayat nanti...ku tetap bersamamu, kala suka dan duka...

Adik kembarku lain pula ceritanya.. Adik yang seorang namanya Mazarifah dan seorang lagi Mazarina..Mazarifah biasanya rapat dengan kak Sheli dan adik ina rapat denganku..Itu semasa kecik..jika hidup perlukan pasangan..maka semasa kecil ,Mazarina menjadi geng aku...kecik-kecik dah ada geng..Ipah dan ina merupakan adik yang baik padaku.Mereka kembar seiras..sukar mengecam wajah mereka.Bila dewasa baru tak sama..Kerana mereka juga aku tahu apa makna ' langkah bendul'.Maklumlah semasa mereka bertunang aku dapat hadiah..tak tahu kenapa dan mengapa diberikan hadiah serba lengkap...Untung jugak..walaupun hatiku sedih sebenarnya melepaskan mereka menjadi tunangan orang di udia muda sesangat... Semasa di tingkatan 4, adik-adiku dipaksa BERNIKAH oleh ibuku..kasihan mereka berdua,mereka DIJODOHKAN makanya aku jadi seorang pengkritik yang suka membantah sikap ibu..Kulakukan kerana membela nasib dan masa depan adik-adikku..Mengapa dan kenapa ibu mahu menikahkan mereka seawal usia 14tahun..Adakah kerana JODOH MEREKA???..Yang mengalami tekanan pastinya adikku kerana bersuamikan calon pilihan ibuku.. Mereka berumahtanggaa lebih awal dariku,melahirkan dan melalui pengalaman hidup lebih awal dariku..takdir hidup adikku membuatkan aku kecewa dengan sikap ibu..Zaman remajaku lebih indah dari mereka..Aku terasa bertuah dari mereka kerana dapat menduduki SPM DAN STPM..Sepatutnya aku  ke maktab,suamiku izinkan tetapi......Mungkin rezekiku tiada kerana kemahuan ibu melarang aku memasuki maktab setelah berumahtangga...

 Mazarifah lebih malang berbanding dengan Mazarina.Perkahwinan pertamanya mengalami kegagalan dan dikurniakan anak lelaki tunggal..kini anaknya dah berusia 24tahun.Berkelulusan diploma UITM dan sambung ijazah...Bernikah kali kedua gagal begitu juga untuk kali ke tiga belum ada rezeki ..tetap gagal..kini masih mencari kebahagiaan..masih solo dan muda lagi....Melihat kehidupannya membuatkan hatiku tertanya-tanya..adakah kerana salah ibu menjodohkannya atau apakah puncanya?Semua yang dialaminya buat hatiku takut untuk menghadapi kemungkinan atau takdir yang bernama perpisahan atau perceraian..SEMOGA DIJAUHKAN ALLAH.....Jika semua kerana takdir Ilahi..ku berdoa agar dia dipertemukan jodoh yang baik,soleh dan bertanggungjawab sebagai pemimpinnya kelak...Pasti ada hikmah dari kegagalan yang dilaluinya...Apapun terjadi dia tetap adikku..Aku mahu lihat dia gembira dan bahagia suatu masa nanti..

Mazarina lebih bertuah dari kembarannya kerana sikapnya yang lembut,sabar  dan mengalah...Walaupun dia dinikahkan semasa berusia 14 tahun...namun dia bahagia.Ina lebih rapat dan mesra dengan keluarga sebelah mertuanya  dari  keluarga ibuku..Kakakmu  ini amat kehilangan kala dirimu bernikah..aku amat merasai perasaan sedih dan dukacitamu.Namun kufahami dirimu berada dalam dilema antara kasih saudara dan suamimu...Tak apalah adikku..andai itu membuatkan hati suami gembira dan kau harus mematuhi kehendaknya, maka teruskanlah tanggungjawabmu.Kakak mengerti dan amat mengagumi sikap dan kesabaranmu..Aku tahu hatimu ingin seperti dulu waktu dirimu belum berumahtangga..Kau mahu melalui saat itu berkumpul dan akrab dengan kembaranmu....apakan daya kehidupan dah berubah adikku....semoga hatimu tetap tidak berubah...

Kau salah seorang adik kesayanganku juga..Sikapmu yang bersederhana dalam kehidupan menjadi teladan buat kakakmu ini.Kakak bangga kerana kau mampu mendidik anakmu dalam pelajaran dengan tegas dan baik sekali.Kakak fahami sikapmu yang tidak pernah berputus asa dalam mencapai impian memberi Ilmu secukupnya pada anak-anak.Mungkin kerana kau tidak merasai peluang belajar walaupun di peringkat Sijil Rendah Pelajaran..Kakakpun akan bersikap sepertimu..menjadi ibu yang baik dan utamakan pendidikan anak-anak..ibu yang lebih memahami kehendak anak-anak...

Buktikanlah..teruskanlah berjuang adikku.. pasti dirimu mampu menjadi ibu yang baik dan berjaya mendidik anak-anak ke menara gading walaupun adik tidak pernah ambil SRP..kakak doakan adik terus menjalankan tanggungjawab yang terbaik sebagai ibu dan isteri ,demi kebahagiaanmu..Kakak bangga dengan adik..Tahniah adikku..kau  tentu ggembira kala anakmu mampu mendapat 7A1 dalam SPM..Kakak bangga bila Aida anakmu layak ke UIAM..teruskanlah perjuanganmu..

Kakakmu hanya mampu mendoakan kalian semua.Siapalah diri kakak tanpa rasa kasihmu pada diriku ini.Ingatlah selalu dan doakan kakakmu selalu yer..Bila adik rindu bawalah anak-anak dan ajaklah suamimu ziarah kakak..Ingatlah ..aruah ayah suka melihat kita berkumpul dan saling ambiltahu..aruah juga berpesan agar kita jaga anak-anak .Biar anak tak pandai membaca asal tahu mengaji..biar mereka sakit kena rotan asal mereka jangan tinggal solat..Jadikan cara ayah mendidik kita sebagai panduan..Pesanan aruah ayah sebagai azimat kita semua..semoga anak dan cucu aruah ayah terus menjaga namabaiknya dan tidak henti-henti berdoa demi kesejahteraan dan kebahagiaan aruah ayah di alam barzakh.Jika kakak tiada lagi ketahuilah..kakak amat sayang adik-adik kakak..Buat aruah ayah marilah kita sama-sama mendoakan aruah selalu..sekian coretan kakak dikala hatiku sangat merindui kalian dan aruah ayah.....al-fatihah,semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang yang beramal soleh...Amin ya rabbal a'lamin....Kepada adik-adiku dan kakakku,aku mohon ampun dan maaf jika salah tulis..apapun inilah rasahatiku..kalian tahu apa kegemaran dan minatku..mohon fahamilah aku..sudilah singgah ke blogku lagi dan terus beri komen...terima kasih..jumpa lagi di lain catatan...

Jumaat, 10 Jun 2011

PUISI-INDAHNYA MEMAAFKAN...


Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di dalam hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau yang pernah menghadiahkan
Gurisan luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu rawat kembali luka itu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah , terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
Termanggu aku seketika..
Di pinggiran nostalgia
....sukarnya memaafkan
....sukarnya melupakan

Segalanya telah berubah
Setelah ikatan hati terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan
Kita semakin matang mentafsir
Kalau benar cintakan Allah
Hati kita tak akan berpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini...
Kita dipertemukan semula
....dipersada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan lagikan memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh..
Walau diawalnya susah sungguh
Kini terlerai jiwa resah..hati damai kembali tenang...
Amin.....

PENYAKIT TEMAN TAPI MESRA DAN KELDAI CINTA....



Dunia ini tidak lepas dari rasa jemu,sunyi dan lesu.Nikmat yang diburu, akan merasa jemu apabila sudah berada dalam genggaman.Manis,seronok dan indah hanyalah sementara.Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada ALLAH, segala bentuk cinta pada makhluknya akan berunsur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Apabila cinta kepada ALLAH Lemah  MAKA Cinta lain akan turut REBAH......

Tanpa kembali kepada cinta ALLAH, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu.Cinta yang ada di depan mata disia-siakan tetapi cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi , lesu ada yang bertindak membuka lembaran cinta baru. Mereka ketagih merasai semula haruman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa zaman muda-muda dahulu. "Orang lama" ini bermimpi untuk menjadi  "Orang baru" yang hidup penuh keceriaan, tenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan "TEMAN TAPI MESRA". Suami orang dan isteri orang berhubungan dengan mesra.Kononnya,mereka tetap menjaga perkahwinan masing-msing, mereka cuma bersahabat dengan bertemu mesra, berbual dan saling meluah rasa, di luar pengetahuan pasangan masing-masing. Inilah satu lagi PRODUK PEROSAK perhubungan rumahtangga TAJAAN SYAITAN untuk menipu  dan melalaikan manusia...TEMAN TAPI MESRA  ini adalah perbuatan di larang kerana menghampiri ZINA..Istilah ini dicipta agar mengurangkan  rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.

Tepuk dada tanyalah hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa si isteri, apabila diketahui ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat perasaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka.Pasti ada rasa tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama.Mengapa dia perlukan TEMAN TAPI MESRA? Apakah kerana  aku sudah menjadi "suami tapi tidak mesra" atau "isteri tetapi tidak cinta?"..

Anehnya,isteri atau suami yang lupa diri ni begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri jika berhadapan TEMAN TAPI MESRANYA..Kata-katanya begitu sopan, tingkahlakunya begitu baik.Apabila bersama temannya itu dialah begitu romantis atau menjadi wanita begitu beradap.Padahal dengan sumi atau isteri sendiri di rumah, tuturkatanya kasar,sapaannya selamba dan tingkahlakunya begitu pasif dan air mukanya masam dan bungkam.Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak dan merampas hak daripada yang berhak.Hak suami atau isteri telah di rampas dan diberikan kepada TEMAN TAPI MESRANYA itu!.

Itu kisah suami atau isteri yang bekerja di luar, sama ada di pejabat kerajaan atau di badan-badan swasta.Mereka mempunyai alasan ruang dan peluang untuk berselingkuh di luar.Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah?

Ya,dalam dunia tanpa sempadan dan era ict ini,segalanya berada dihujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih dengan sekali klik sahaja pada papan kekunci atau tetikus menyebabkan lebuhraya siber semakin moden menjana CINTA KAYU TIGA yang penuh dosa dan lagha (sia-sia) ini.

KELDAI CINTA.Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seseorang yang bercinta secara membabi buta.Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, KELDAI CINTA ini memberi cinta sepenuhnya.Akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah,akhlak semua orang yang meyayanginya rela dikorbankan. Berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial, dalam facebook, Twitter, Yahoo!, Messenger dan sebagainya, namun cinta di alam maya itu membawa komitmen kepada alam realiti.

Bayangkan bagaimana tegar hati seorang isteri yang sudah memiliki anak rela mengabaikan semuanya kerana cinta yang mendalam kepada seorang lelaki yang kononnya memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati.Bagi seorang gadis pula rela dia meninggalkan ibu dan ayah yang menyayanginya kerana mahu mengikut kekasih hatinya.Ada pula sang suami yang sanggup berjaga malam,berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan "kekasih maya".

Mula-mula hanya bercerita kisah lama,berkenalan,berbual-bual biasa dan akhirnya mula meluahkan masalah masing-masing.Anda mungkin pernah mendengar tentang masalah ini..Alasan mereka ringkas sahaja-"saya kesepian","suami tidak pandai melayan perasaan","isteri pula tidak memahami saya".Begitulah yang sering kita dengar...Hairan juga, mereka ini bukan sehari dua baru duduk sebumbung.Sudah bertahun-tahun...berbelas tahun,malahan ada berpuluh tahun,sudah beranak pinak,bercucu,tetapi seolah-olah baru ternampak kekurangan pasangan, keaibannya, kecatatannya dan keburukan pasangan.Ini gara-gara menemui TEMAN TAPI MESRA..

Ironinya pada diri TEMAN TAPI MESRANYA semua nampak sempurna.Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak mawar, diberikan potret gambar ,si isteri yang kesepian itupun cair.Lalu berbalaslah kata cinta " I love you", " I miss You" dan sebagainya.Waktu dinihari itu sepatutnya mengejutkan isteri atau suami untuk solat tahajud,solat taubat agar mampu mendoakan isteri dan anak-anak ..tetapi digunakan untuk berbual-bual dengan KEKASIH HATI.

Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah.KESEPIAN, KELESUAN  DAN KEJEMUAN tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan mungkar.Sebaiknya penuhi aktiviti dengan kerja dan amalan yang bermanfaat.Jika kita beriman dan memegang teguh  ajaran Islam, kita akan merasai tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada.Hargai kelapangan masa yang ada dan kesihatan yang baik untuk mempelajari sesuatu. Alangkah lebih elok jika dipergunakan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid,mendengar majlis ilmu, mendalami ilmu al-Quran dan memperbaiki bacaan Al-quran .

Isteri yang solehah dan suami yang soleh akan sentiasa sibuk memenuhi masa dengan aktiviti kebajikan bersama,menyediakan bekalan amalan akhirat bersama-sama, untuk menempuh jalan pulang ke dunia yang kekal abadi sebelum menemui Ilahi.....Sedangkan cinta si KELDAI tadi seolah-olah dunia ini miliknya, enggan bertaubat dan sibuk pula menghimpun dosa seolah-olah tidak mahu pulang ke dunia kekal abadinya...

Sahlah,dialah KELDAI CINTA yang telah tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil...Dimanakah wajah kita nak dihadapkan di hadapan ALLAH SWTdi akhirat kelak sekiranya  kita menderhakai suami dan menentang ALLAH dan RASUL hanya kerana CINTA MURAHAN, KHAYALAN DAN TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA???Insaf dan fikir-fikirkanlah.....

Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang mengamalkannya dalam kehidupan.Menegakkan hukum ALLAH SWT  dalam rumahtangga akan memberi ketenangan ,kebahagiaan dan kesejahteraan.Jika sering engkar ,melanggar hukum dan perintah ALLAH,SWT  ia akan mendatangkan kesusahan,penderitaan dan kekacauan jiwa.TEMAN TAPI MESRA DAN KEKASIH MAYA adalah DUA PENYAKIT JIWA yang sedang melanda rumahtangga umat Islam zaman ini.

PUNCANYA?Mudah saja...jiwa kosong dan tujuan hidup yang tidak jelas.Bagi mereka semuanya serba tidak kena.Suami diam dikatakan tidak romantik,Isteri peramah dikatakan penyibuk.Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong.Benarlah kata bijak pandai,tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju.Maka begitulah nasib KELDAI CINTA ini.Hidup serba tidak kena,serba keliru,dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk di tuju!!!

semua yang dipaparkan di atas adalah PUNCA DAN TANDA-TANDA PENYAKIT yang menjadi virus dalam membentuk kerukunan rumahtangga ...Sebagai seorang pemimpin rumahtangga dan Nakhoda bahtera ..kemudilah haluan ke jalan PELABUHAN CINTA HAKIKI DAN SEJATI ...Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH SWT kurniakan..jadikan pasangan CINTA SEJATIMU...BUKAN TEMAN TAPI MESRA...
Kasihanilah diri sendiri dan ciptalah kebahagiaan diri kerana tiada arti terlewat untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN...yakinlah..anda pasti boleh......semoga kita dijauhi dari VIRUS MERBAHAYA TADI......Amin ya Rabbal A'lamin...terima kasih kerana sudi membaca dan meluangkan masa....