salam?cuaca hari ini sangat sejuk..pagi hari hujan selebat-lebatnya.Terhenti hasrat hati keluar mencari kek.Bila keluar nak beli kek pastinya ada sesiapa yang menyambut hari ulangtahun.14hb June 1970 kira-kira 41 tahun lalu..pastinya ibu dan ayah paling bahagia dan gembira menyambut kehadiran adik kembarku..usiaku ketika itu baru 2tahun..Masih kecil dan tak rasapun ada adik..Kelahiran anak kedua bagi ayah dan ibuku..akulah paling bertuah kerana dapat dua orang adik sekaligus..
Menurut cerita ibu..semasa mengandungkan adik cuma sekali saja ibu membuat pemeriksaan..Kali pertama periksa ,hanya untuk mengesahkan ibu hamil..kali kedua ke hospital kerana sudah hampir melahirkan.Menurut cerita ibu, perut ibu sangat besar dan berat badan berganda-ganda.Ibu ke tempat kerja naik dan turun bas.Ketika itu ibuku kerja di muzium Negara,Kuala Lumpur.Jika naik bas semua orang pandang perut ibu yang luarbiasa besarnya..Lucu aku dengar cerita ibuku,bayangkan ketika usia kandungan baru 4 bulan orang menyangka kandungan 9bulan..besar betul!
Zaman tu memang jarang dapat tahu jantina anak atau berapa orang dalam perut..Maklumlah..ibu jenis paling tak suka ke hospital..bila saat melahirkan ibu terkejut bila nurse bagitahu ada seorang lagi...Rupanya ibu tak tahu dia mengandung anak kembar..Selepas 10 minit lahir seorang lagi..Yang keluar dulu itulah kakak dan kemudian itulah adik..ipah kakak manakala ina adik..beza 10 minit ..
Doktor yang merawat ibu sempat memarahi ibu kerana tidak membuat pemeriksaan ketika mengandung sampaikan mengandung anak kembarpun ibu tak tahu......senangnya ibu bersalin..fikirku..
Adik lahir kembar seiras..lalu dinamakan Mazarina dan Mazarifah.Aku cuma ingat adikku ketika usiaku 6tahun kami beza umur hanya dua tahun.Itupun kerana ibu tunjukkan kepadaku, sekeping gambar keluarga ,di hadapan muzium ...Memang sukar bezakan wajah mereka berdua.Rasa tidak puas menatap wajah adik yang sangat comel sewaktu kecil..Kini,gambar itu entah kemana hilangnya.Kebanyakkan gambar keluarga rosak, ketika banjir besar di Kuala Lumpur.Masa itu kami tinggal di kg.Baru.
Bila adik sudah bersekolah baru terlihat perbezaan antara mereka..Untuk mengenal adik ina,dia agak montel dari adik ipah..Kedua adikku itu memang sehati sejiwa.Jika seorang menangis pasangannya pun menangis.Jika demam,keduanya demam..apa saja pasti sama.Kata ibuku paling susah masa nak mengganti kain lampin..bayangkan kalau dah buangair pun sama jer masanya..Begitulah ragam pasangan kembar ini.Sehinggaah dewasa..pakaibaju nak sama,kemana-mana mesti sama..nikah pun tahun sama.Bila seminggu lepas bernikah tak jumpa maka menagislah salah seorang kerana merindui kembarnya..Maka kenalah suami mereka jumpakan..
SELAMAT HARI JADI IPAH DAN INA!!! kakak mengingatinya..kalian sangat brmakna dalam hidup kakak dan keluarga kita..percayalah,kami semua sayangkan kalian berdua.Semoga ALLAH panjangkan umur kalian,dimurahkan rezeki .diberkati usia yang ada dan dipermudahkan segala urusan hidupmu..Jaga diri dan jaga anak-anak sebaik mungkin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan