Salam?apa khabar saudra maraku,keluargaku,adik-adikku dan kawan-kawanku sekalian.Cuti sekolah dah tamat..Esok dah bermula sessi persekolahan penggal ke dua.Bila cuti aku ternanti-nanti,siapalah adikku yang mahu mengunjungiku..Paling tidak adik bongsuku shima dan anak-anaknya..Best bila berjumpa..berboraklah kami..adikku ini paling suka pergi mandi di waterpark,berluncur dan berendam.Dialah adikku yang suka mengusik suamiku dan mendera abang iparnya.... kami gemar window shopping bersama..paling dekat rumahku ,mana lagi kalau bukan ke Nilai3 ....shopping apa aje ..beli baju,cadar dan tudung..beli apa yang berkenan..Masa nielah nak tengok siapa belanja siapa..yang bongsu nie memang manja dan nak dibelanja saja...selalu kami bertanya?..Ha..ha..giliran siapa yer???Aku jugalah yang jadi tukang bayar..pandai betul dia nie..kalau selalu kopak aku...
Semalam dah jalan seharian..suamiku ajak berdating di Sunway Piramid, bukan berdua macam dulu-dulu, tapi kini dah bertiga..Kami santai,urut kaki dan badan,cari tempat makan yang romantik dan paling cantik.Kami cuba di Garden makan-makan dan masanya aku menguji suamiku..Kalau tak bila lagi?.Bila dia dah bagi lampu hijau..apa lagi , aku main tunjuk jer.. suamikan sayang isteri,kenalah sesekali diturutka isterinya yang baru sorang nie....Dapatlah aku beli handbag dan baju yang kuberkenan.Seronok... jadilah..beg untuk Hari Raya.Kenalah JUGA AKU beringat dan berjimat demi masa depan..Semua nie kerana anakku masih kecil..masih perlukan biaya belajar dan simpanan masa depan..Suami ajak keluarpun krn kimi minta tunai janji..sejak cuti dia tak kemana-mana kecuali balik kampung hari tu...Gara-gara tak sempat berluncur ais, dia minta ayahnya berjanji bawanya jalan lagi,minggu depan.KENA LAGI!!.."terimakasih Abah!"itulah kata anakku ..sejuk perutku kerana dia memang berbudibahasa...
Hari Minggu biasanya jadi hari keluarga.Hari mengeratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga.Hari ziarah mak atau penuhi undangan kenduri kendara...biasanya adik datang rumah kakaklah....Siapalah diri kita tanpa Keluarga.Pada diriku ibu,kakak dan adik-adikku saja keluarga paling rapat.Lebih-lebih sekarang nie sukar berkumpul kerana masing-masing sibuk.Semenjak ayah meninggal dunia ,Ibulah ketua keluarga. Aku merupakan anak sulung aruah ayah,hanya ada tiga orang aje adik..Rugi rasanya kerana tak miliki adik yang ramai.....sekarang barulah terasa sedikit..masa zaman sekolah aku rasa penat melayan mereka, suruh mak aku cukup- cukuplah beranak..jangan tambah adik lagi....Zaman dah berubah..hati kita pun berubah dari rasa rimas, sekarang rasa rindu dan sedih kalau adik tak telefon dan tanya khabar..
Dalam hidupku cuma ada seorang kakak.Tak sangka pulak kakak sempat singgah rumahku .Dapat juga ku berjumpa anakbuahku yang teramat-amatku rindu....Minggu nie minggu menyedihkan kerana ibumertua kakakku meninggal.Suami kakak orang Kuala Terengganu.Ku dan keluarga turut merasai arti kehilangan kerana abang iparku sangat baik dan aku pula dah anggap dia seperti abangku sendiri.Teringat semasa berkunjung di kampung abang iparku...ibunyalah yang paling sibuk,sangat mesra melayan tetamu, sangat baik dan sopan melayan suamiku,aku dan anakku...Walaupun kali pertama bertemu seolah telah lama mengenali aruah.Abang ipar sangat sedih,terkejut dan tak mampu berkata apa kala singgah tempohari.Kelihatan jelas diwajahnya ,kesedihan di hatinya..Aku dan keluarga hanyaberdoa agar dia tabah dan bersabar dengan ketentuan Ilahi..Semoga Allah berikan pahala dan membalas kebaikan Aruah pada kami sekeluarga. Aku terasa kehilangannya ..apa lagi abangiparku dan kakakku..Semoga roh aruah makcik di cucuri Rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama-sama para solihin....al-fatihah..
Hari nie adik bongsu sekeluarga berkumpul di Nilai rumahku... Adik dari Banting datang bawa keropok dan kerepek dari Kg.Sg.Lang..Pusat Industri kerepek di Banting memang terkenal dengan apa saja jenis makanan ringan..Dapatlah aku jadikan kudapan menonton tv.."Terima kasih adik..kalau boleh bawa lagi".Untuk sedara di Miri pun dibelikan sekali...Petang nie kakak akan sampai dari Terengganu,bermalam di Nilai dan bertolak ke Miri esok pagi jam 6.30 pagi....Aku seperti biasa sibuklah sikit memasak dan pastikan semua selesa dirumahku.Ini sempat menuliskala mereka sedang nyenyak tidur..aku rasa nak menulis..maka kuisikan masa terluang merehatkan diri caraku...Bila adik berkunjung, aku dah tahu apa kegemaran adikku shima .Dia minat sungguh makan lauk ala kampung.Katanya sesekali nak merasa kakaknya masak.Pelik-pelik mintanya..ikan keli salai,kulit lembu,urat kaki lembu dan yang mampu kusediakan minggu nie daging salai saja...
Adik memang pandai memasak.Maklumlah dia ada gerai.Berniaga makanan dan nasi campur di Telok Panglima Garang.Orang pandai memasak,Bila sesekali datang dia tak mahu masak kerana nak makan air tanganku juga."dah jemulah kak..sesekali nak rehat !". itulah katanya..Tengahari nie kumasakkan daging salai masak lemak cili api,sediakan udang goreng daun kari lauk kegemaran anak-anaknya...ulam,sambal belacan lauk wajib suiamiku.. sotong masak kicap pula kegemaran abang iparku....Malam nanti kena masak lebih kerana kakak sheli yang akan sampai satu keluarga...Anak kakakku janji ada ikan goreng dah cukup.. .
Aku gembira jika masakanku habis dijamah adik dan kakakku.. Aku rasa puas hati dari belanja mereka makan di restauran..Maklumlah hanya memasak saja yang mampu aku sumbangkan.Nak kasi duit pun kena minta duit suami.Maklumlah sekarang nie aku manja sikit dan nak berehat di rumah.Sejak tak bekerja, keperluanku semuanya ditanggung beres oleh suamiku..Dulu lainlah kakakmu nie rajin berbisnis...sekarang dah tak larat..nak rehat dan bagi tumpuan pada rumahtangga aje..Kalau ada duit suami ku beri..dapat bersedekah pada mak dan anak-anak buah memanglah buat hati mereka gembira.....Mujur suami mahu mengerti...mahu berkongsi..Terimakasih pada abang iparmu..bukan padaku...syukurlah dik..Kak tiada apa-apa yang boleh membuat diri bangga!memberi bila ada lebih..kalau tak mampu beri duit,kak mampu beri doa..yang penting kalian sayang pada kakak.....Kalau yang lain rasanya tiada istimewa kakakmu ni..
Ketahuilah adikku, kita semua mampu mencipta kemesraan dan kasihsayang yang boleh membanggakan ibu dan aruah ayah... Ingat pesan ayah ..ingat amanah ibu....Jika hati kita merasa saling mengingati,saling merindu,pasti jiwa kita gembira kala bersama.Kakakmu ini sangat gembira dan ingin juga bermanja2 dengan adik dan anak buahku yang ada..maklumlah Kakak tak ada anak yang ramai .Hanya Hakimi seorang permata hati kakakmu.. biasanya kimi di rumah seorang saja tiada berkawan....dialah paling gembira kalau sepupu-sepupunya ada..
Aku ada seorang kakak, namanya sheliza.Ku panggil kak sheli..Kakakku jarang balik.Kami memiliki ibu yang sama ..cuma ayah berlainan.Tanpa dia, aku tak merasai bagaimana rasanya menjadi seorang adik..inilah hikmahnya ibuku merupakan seorang janda beranak satu kala menikahi aruah ayahku..Bila kuteringat sejarah seakan berulang..Ayah seorang bujang bernikah dengan seorang janda beranak satu....Aku pula seorang gadis,bernikah dengan duda beranak 3.Semua anak suamiku perempuan..lagi ramai dari anak tiri aruah ayahku...Adakah ini SURATAN ATAU KEBETULAN?
Walaupun kakak anak tiri, ayahku sangat sayang dan anggap dia seperti anak kandungnya.Aku sememangnya anak paling manja dan paling disayangi aruah ayah..Segala-galanya aku sering dilebihkan oleh ayah kerana anak pertama katakan..cucu sulung gamaknya....Maka sering kakakku cemburu dan cari salahku..Bukan pintaku dilayan sebegitu..mungkin aku pandai ambil hati ayah dan nenek..Kakakku sering berselisih faham denganku dan rasa dirinya dianaktirikan..Mungkin itu perasaanya saja..tapi hakikatnya ayah orangnya adil,penyayang, bertanggungjawab, tegas dan orang yang berdisiplin dalam bab agama dan sahsiah kami anak-anak.Ibu pula sebaliknya.Tapi ayah tak panjang umur..Semoga Allah swt sajalah yang membalas jasa dan budibaik ayah dalam hal keagamaan kepada keluarganya..
Sebagai seorang adik, jadi kewajipanku menegur bila diri bersalah .Itu bukan bermakna aku ingin mencari salahmu..AKU SAYANG PADAMU KAKAKKU...aku rindukan belaian seorang kakak... Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk pada dirimu sekiranya diriku gagal memberi nasihat dan bimbingan.
Kakakku mengikut suaminya yang bertugas kemerata tempat..Kali ini di Sarawak.Paling tidak setahun sekali kakak balik..itupun kalau Hari Raya...Kakakku lebih bertuah kerana serba mewah hidupnya berbanding kami.Merasa juga diriku duit hari raya,walaupun dah berusia.... ,baju raya kakak belikan...minyak wangi.. semua tetap ku ingat kerana aku berterimakasih disetiap pemberian dari kakakku..Dia suka belikanku kasut..gembira tak terkira kalau dapat hadiah dari kakakku sorang ini.Terima kasih abang iparku kerana selalu bagi kakak duit belanja kami....Alhamdulillah..kami tumpang gembira..
Dia seorang kakak yang sangat pemurah dan sayang pada emak dan adik-adikku semua....Dalam keluarga dia tak pernah lupakan kami walaupun jarang bertemu.Semua adik-adikku manja dan rapat dengannya.Pastinya adik-adikku mampu memilih siapa antara kami terbaik sebagai insan bernama KAKAK...Syukurlah,siapapun,siapapun aku di mata adik-adikku..hanya mereka yang mapu menilainya..Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagi seorang kakak..Kepada kakakku,sebagai adik aku tetap menghormati dirimu dan menyayangimu, kakakku.. Semoga ikatan ini berpanjangan ke akhir hayat nanti...ku tetap bersamamu, kala suka dan duka...
Adik kembarku lain pula ceritanya.. Adik yang seorang namanya Mazarifah dan seorang lagi Mazarina..Mazarifah biasanya rapat dengan kak Sheli dan adik ina rapat denganku..Itu semasa kecik..jika hidup perlukan pasangan..maka semasa kecil ,Mazarina menjadi geng aku...kecik-kecik dah ada geng..Ipah dan ina merupakan adik yang baik padaku.Mereka kembar seiras..sukar mengecam wajah mereka.Bila dewasa baru tak sama..Kerana mereka juga aku tahu apa makna ' langkah bendul'.Maklumlah semasa mereka bertunang aku dapat hadiah..tak tahu kenapa dan mengapa diberikan hadiah serba lengkap...Untung jugak..walaupun hatiku sedih sebenarnya melepaskan mereka menjadi tunangan orang di udia muda sesangat... Semasa di tingkatan 4, adik-adiku dipaksa BERNIKAH oleh ibuku..kasihan mereka berdua,mereka DIJODOHKAN makanya aku jadi seorang pengkritik yang suka membantah sikap ibu..Kulakukan kerana membela nasib dan masa depan adik-adikku..Mengapa dan kenapa ibu mahu menikahkan mereka seawal usia 14tahun..Adakah kerana JODOH MEREKA???..Yang mengalami tekanan pastinya adikku kerana bersuamikan calon pilihan ibuku.. Mereka berumahtanggaa lebih awal dariku,melahirkan dan melalui pengalaman hidup lebih awal dariku..takdir hidup adikku membuatkan aku kecewa dengan sikap ibu..Zaman remajaku lebih indah dari mereka..Aku terasa bertuah dari mereka kerana dapat menduduki SPM DAN STPM..Sepatutnya aku ke maktab,suamiku izinkan tetapi......Mungkin rezekiku tiada kerana kemahuan ibu melarang aku memasuki maktab setelah berumahtangga...
Mazarifah lebih malang berbanding dengan Mazarina.Perkahwinan pertamanya mengalami kegagalan dan dikurniakan anak lelaki tunggal..kini anaknya dah berusia 24tahun.Berkelulusan diploma UITM dan sambung ijazah...Bernikah kali kedua gagal begitu juga untuk kali ke tiga belum ada rezeki ..tetap gagal..kini masih mencari kebahagiaan..masih solo dan muda lagi....Melihat kehidupannya membuatkan hatiku tertanya-tanya..adakah kerana salah ibu menjodohkannya atau apakah puncanya?Semua yang dialaminya buat hatiku takut untuk menghadapi kemungkinan atau takdir yang bernama perpisahan atau perceraian..SEMOGA DIJAUHKAN ALLAH.....Jika semua kerana takdir Ilahi..ku berdoa agar dia dipertemukan jodoh yang baik,soleh dan bertanggungjawab sebagai pemimpinnya kelak...Pasti ada hikmah dari kegagalan yang dilaluinya...Apapun terjadi dia tetap adikku..Aku mahu lihat dia gembira dan bahagia suatu masa nanti..
Mazarina lebih bertuah dari kembarannya kerana sikapnya yang lembut,sabar dan mengalah...Walaupun dia dinikahkan semasa berusia 14 tahun...namun dia bahagia.Ina lebih rapat dan mesra dengan keluarga sebelah mertuanya dari keluarga ibuku..Kakakmu ini amat kehilangan kala dirimu bernikah..aku amat merasai perasaan sedih dan dukacitamu.Namun kufahami dirimu berada dalam dilema antara kasih saudara dan suamimu...Tak apalah adikku..andai itu membuatkan hati suami gembira dan kau harus mematuhi kehendaknya, maka teruskanlah tanggungjawabmu.Kakak mengerti dan amat mengagumi sikap dan kesabaranmu..Aku tahu hatimu ingin seperti dulu waktu dirimu belum berumahtangga..Kau mahu melalui saat itu berkumpul dan akrab dengan kembaranmu....apakan daya kehidupan dah berubah adikku....semoga hatimu tetap tidak berubah...
Kau salah seorang adik kesayanganku juga..Sikapmu yang bersederhana dalam kehidupan menjadi teladan buat kakakmu ini.Kakak bangga kerana kau mampu mendidik anakmu dalam pelajaran dengan tegas dan baik sekali.Kakak fahami sikapmu yang tidak pernah berputus asa dalam mencapai impian memberi Ilmu secukupnya pada anak-anak.Mungkin kerana kau tidak merasai peluang belajar walaupun di peringkat Sijil Rendah Pelajaran..Kakakpun akan bersikap sepertimu..menjadi ibu yang baik dan utamakan pendidikan anak-anak..ibu yang lebih memahami kehendak anak-anak...
Buktikanlah..teruskanlah berjuang adikku.. pasti dirimu mampu menjadi ibu yang baik dan berjaya mendidik anak-anak ke menara gading walaupun adik tidak pernah ambil SRP..kakak doakan adik terus menjalankan tanggungjawab yang terbaik sebagai ibu dan isteri ,demi kebahagiaanmu..Kakak bangga dengan adik..Tahniah adikku..kau tentu ggembira kala anakmu mampu mendapat 7A1 dalam SPM..Kakak bangga bila Aida anakmu layak ke UIAM..teruskanlah perjuanganmu..
Kakakmu hanya mampu mendoakan kalian semua.Siapalah diri kakak tanpa rasa kasihmu pada diriku ini.Ingatlah selalu dan doakan kakakmu selalu yer..Bila adik rindu bawalah anak-anak dan ajaklah suamimu ziarah kakak..Ingatlah ..aruah ayah suka melihat kita berkumpul dan saling ambiltahu..aruah juga berpesan agar kita jaga anak-anak .Biar anak tak pandai membaca asal tahu mengaji..biar mereka sakit kena rotan asal mereka jangan tinggal solat..Jadikan cara ayah mendidik kita sebagai panduan..Pesanan aruah ayah sebagai azimat kita semua..semoga anak dan cucu aruah ayah terus menjaga namabaiknya dan tidak henti-henti berdoa demi kesejahteraan dan kebahagiaan aruah ayah di alam barzakh.Jika kakak tiada lagi ketahuilah..kakak amat sayang adik-adik kakak..Buat aruah ayah marilah kita sama-sama mendoakan aruah selalu..sekian coretan kakak dikala hatiku sangat merindui kalian dan aruah ayah.....al-fatihah,semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang yang beramal soleh...Amin ya rabbal a'lamin....Kepada adik-adiku dan kakakku,aku mohon ampun dan maaf jika salah tulis..apapun inilah rasahatiku..kalian tahu apa kegemaran dan minatku..mohon fahamilah aku..sudilah singgah ke blogku lagi dan terus beri komen...terima kasih..jumpa lagi di lain catatan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan