Rabu, 8 Jun 2011

Benci tapi rindu..


Tajukku catatkan hari ini berkaitan dengan MEMBENCI...SAKIT HATI PUNYA PASAL...bila kualami pada siapa nak kuadu..andai pada suami nanti dia kata ''biarkanlah...buat tak tahu jerlah." hati ku menjawab.."boleh ker aku buat tak tahu??"..Kalau tanya mak ini jawabnya."Buat baik berpada-pada,kau tu dah banyak kali dicakap degil...!!!yang kau nak buat buat baik lagi pada dia tu nak buat apa?jangan ditegur..jangan ambik tahu lagi... "  lantas hati ku berbisik lagi...asyik-asyik itulah mak cakap.!" Betul ker  kena buat baik berpada-pada?sepatutnya buat baik banyak-banyak kalau dah tua nie...tapi dah buat baik pun masih orang benci macam na???..kalau orang  nak benci kita mana kita tahu?!! tak adil !!!"bentak hatiku....."takkan kita nak membalas benci dengan benci pulak!samalah kita macam orang tu!" semua pertanyaanku akhirnya aku juga menjawabnya..Aku yang kena fikirkan apa yang terbaik pada persoalan yang berkaitan dengan masalah benci...Akhirnya hatiku berkata..teman baikku cuma satu BUKU DAN GEDUNG ILMU...., dia takmenghasut,tak pernah mengecewakanku,tak pernah silap dan tak pernah nak marah,tak akan membuatkan aku terasa walaupun pedih dan pedas  umpama 'SIAPA MAKAN CILI...DIA YANG RASA KEPEDASANNYA..."nasihatnya sering buat aku tergigit cili..memang pedas!!!,..nak tahu siapa?SOLUSI jawapannya...namanya pun SOLUSI... masalahku yang berbuku  kini  semakin tipis...hatiku lapang...., SOLUSI  juga yang mematangkan minda dan mencuri hatiku...makanya KuUlangi  membaca..berpuluh kali agar melekat di minda dan hatiku..memberi ruang hati agar beri tumpuan dan  khusyuk membaca.... kala persoalan mengganggu fikiran..dialah menjawapnya..Inilah jawapan yang diberikan..aku terharu dan puashati..kerana aku belajar untuk  melatih minda dan hatiku agar jangan sesekali membenci .....apa lagi pada suami,anak-anak keluarga..kerana mereka kita perlukan juga suatu hari nanti. Hari-hari bertemu, sampai bila nak benci?hati sendiri tenangkah?????

SOLUSINYA....

Hidup ini terlalu singkat untuk MEMBENCI.Maafkan pasangan hidup kita kerana dia seperti kita manusia lemah.Memaafkan dia seperti kita memaafkan diri sendiri..Pernah ker fikirkan kalau kita tak memaafkan diri sendiri?kita ego pada diri..?maafkan diri sendiri sebenarnya mahu berubah,tidak menyalahkan orang tetapi salahkan diri..

Kesalahan diri atau kesalahan pasangan sebesar manapun maafkanlah.Sebenarnya ,kesalahan orang sering kita perbesar-besarkan.Cuba kita fikir?pernahkah kita perbesar-besarkan kesalahan sendiri?pernah????kenalah fikir-fikirkan..cubalah ..

Tirulah sifat al-Afu (Maha Pemberi Maaf)Allah swt yang berterus-terusan memaafkan kesalahan hambaNYA yang memohon maaf,yang bertaubat.Hanya dosa syirik,selain dari itu pengampunan ALLAH tidak 'bertapi'atau bertepi...

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan suami atau isteri kita?Apakah kita terlalu baik dan suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain?Sesungguhnya manusia lain berhak mendapatkan kemaafan sesama manusia. Apa lagi jika dia itu bukan orang lain,suami kita,isteri kita..

Allah memaafkan hambanya kerana cintaNYA..Maka kerana cinta juga kita kena memaafkan pasangan kita kerana kita seriang mengharaf ALLAH memaafkan kita.Ingatlah,kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita,tetapi kerana kita diperintahkan ALLAH agar mencintai mereka!!

Katakanlah pada diri, betapa sukarpun aku wajib memaafkan mereka!!Memang kebiasaannya atau kadangkala ada tingkahlakunya,tuturkatanya atau sikapnya yang begitu menyakitkan hati. Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutupkan mata, dipujuk-pujukkan jiwa, tetapi kesalahan dan kesakitan hati itu bila terbayang dan terkenang sangat mengundang kebencian.Hendak melupakan??Ah jauh sekali..Ada yang berkata"Jangan haraflah...sekali orang buat aku..sampai mati aku tak lupa"..ada yang kata"Langkah mayat aku dulu,sekalipun aku tak lupa dan tak akan memaafkannya...".Alangkah kerasnya hati mereka yang berkata sedemikian..Inikah kata-kata yang kita mahu contohi?atau ucapkan????Andai pernah terucap,bertaubatlah kerana kita seperti mengeraskan hati dan mengotorkan hati sendiri..

ALLAH MENGUJI CINTAMU

Apabila datang perasaan semacam itu dihatimu...sedarlah ketika itu Allah menguji cintamu !Allah bukan sahaja menguji cintamu padaNYA, tetapi menguji cintamu pada pasanganmu...Pada masa itulah cinta kita diuji apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta sekadar kerana nafsu atau mengikut perasaan kepada dia. Memanglah orang yang paling membuat dirimu marah biasanya orang yang paling dirimu cintai.Jadi apabila diri kita diuji katakan pada diri,pujuklah kata hati nsihatkan diri"oh,Tuhanku sedang menguji dan mengajar aku arti cinta dan arti sabar....".

Jika benar kita dintakan dia kerana Allah maka mudahlah hilang rasa marah dan benci.Kita mampu mengalah dan mengorbankan perasaan keranaNYA. Jesteru sesunggunya CINTA ITU SENTIASA MENGATASI DAN MENDAHULUI RASA MARAH.JIKA cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakan pasangan kita, tetapi kita mencintai diri sendiri.Oleh itu muhasabah diri semula apa arti cinta sebenarnya?

Kemaafan itu memberi KETENANGAN bukan sahaja untuk isteri atau suamimu tetapi buat hatimu sendiri. percayalah!..KEBENCIAN DAN KEMARAHAN kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih MENYEKSAKAN Berbanding diri dia yang kita marahkan.

KEMARAHAN umpama 'BOM JANGKA" yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita. Ia boleh menjelma menjadi satu PENYAKIT CINTA yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu nak tahu apa? PENYAKIT "BENCI TAPI RINDU"...

Sekali lagi saya tegaskan..saya katakan dan saya pesan-pesankan ingatlah kata-kata
ini..tekad dan sematkan di minda dan hatimu."Untuk mendapatkan KETENAGAN DALAM HIDUP ,berilah KEMAAFAN. Kata ahlipsikologi, apabila kita memaafkan barulah kita "BEBAS" daripada belenggu individu,peristiwa dan keadaan yang menyebabkan kita marah,benci dan sakithati dahulu.Selagi hati kita TIDAK MEMAAFKAN,SELAGI ITULAH APA YANG KITA MARAHAKAN MELEKAT DI HATI KITA. Ingatlah kemarahan itu API  di dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala KEMAAFAN itu umpama salju dingin yang akan memadamkannya.



Jesteru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau "LIFE STYLE" orang SOLEH.Saiyidina Umar memaafkan isterinya yang suka berleter.Tahukah anda siapakah isteri saiyidina Umar dan bagaimana sikapnya???Kita sudah tentu ingin meneladani sikap dan tingkahlaku insan yang SOLEH DAN SOLEHAH ?Jika anda katakan"mestilah!" "Ya!" makanya....bermulalah dengan sesuatu yang mudah,MAAFKANLAH orang yang hampir dengan kita..Siapa lagi kalau orang itu bukan isteri dan suami?

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun....Apatah lagi memaafkan isteri dan suami sendiri.Ingat,kita tidak akan bahagia selagi orang disisi kita tidak bahagia.Bahagia itu bukan dengan mendapatkan sesuatu dari pasangan, tetapi dengan memberi sesuatu kepada pasangan...Amalkan pesanan khidmat masyarakat ini...Harus diingat pemberian bukan sekadar keperluan fizikal dan meterial tetapi keperluan jiwa,emosi dan KEMAAFAN.Kerana dalam kehidupan yang singkat ini insan yang paling kita sayangi dan amat berarti dalam hidup kita pastinya suami dan isteri kita....Olah yang demikian DIALAH YANG BERHAK MENDAPATKAN KEMAAFAN SELAIN DARI ORANG LAIN....

Semoga paparan dan tulisan ini umpama nasihat seorang sahabat kepada sahabat kesayangannya dunia dan akhirat menyusuk ke hati dan sampai kedalam hati nuraninya...Aku pun berusaha menterjemahkan apa ilmu yang kumiliki agar aku mampu berubah dan berikan kebaikan pada sesiapa yang dekat dan menyayangi dirimu....
Marilah bersama-sama belajar sesuatu dari bacaan kerana dizaman yang serba sibuk dan pernah tak sibuk kita jadi lalai pada kepentingan BERILMU UNTUK BERAMAL...BERAMAL UMPAMA AKAN MATI PADA HARI INI...

Semoga kalian suka dan tidak marah padaku...amin....alhamdullillah..jumpa lagi yer di lain info...bye...see you...

2 ulasan: