Rabu, 24 Ogos 2011

TERASA HATI @ BERKECIL HATI

Sebagai manusia biasa kita tak lari melakukan kesilapan,alpa,diuji dan sering terlanjur kata dan perbuatan.Namun begitu keegoaan diri yang tinggi dan kedegilan hati sering menguasai tindakan dan berlakulah perselisihan.Sekecil manapun  perselisihan jika.tidak diselesaikan dengan cepat dan tidakan yang wajar akan menjadi api di dalam sekam..berpanjangan dan membawa dosa berpanjangan..Kemenangan dipihak syaitan yang berjaya menguasai hati dan nafsu manusia...Lebih  lama BERKECIL HATI pada seseorang maka lebih banyaklah DOSANYA kerana TIDAKREDHA DENGAN UJIAN.

Saya pernah melalui masalah yang sama.Menyedarinya maka saya kongsikan sebuah catatan buat renungan diri,anak-anak keluarga dan sahabat handai  agar kesilapan ini tidak berulang dan menjadi teladan di masa depan.

DISEBUAH MAJLIS ILMU:

 TAJUK KULIAH  :"MENGECILKAN HATI ORANG ADALAH BERDOSA ,BERKECIL HATI JUGA ADALAH BERDOSA.TETAPI LEBIH BESAR DOSANYA JIKA KITA BERKECIL HATI"

Saya semakin keliru....

Kenapa orang kecilkan hati kita,kita pula yang berdosa?

Lalu saya bertanya apa maksud kenyataan itu.

Ustazah; Jika seseorang mengecilkan hati dan menghina kita, dia berdosa.Jika kita pula terasa hati dengan penghinaan dia kita pun berdosa.Tetapi dosa kita lebih besar dari dia.

Saya: Kenapa pula?padahal dia yang mulakan dan saya yang di hina dan di sakiti?

Ustazah: Orang yang menghina dan menyakiti kita itu adalah peringatan dari Allah dan ketentuan dan UJIAN dari ALLAH.

Saya; BLUR.....

Ustazah: Kenapa kita dihina oleh orang itu?Kerana ujian dari Allah.Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?Kerana Allah ingin mengingatkan diri kita agar redha dan sabar.Allah sering mengingatkan kita agar tidak leka dengan dunia dan sentiasa mengingatiNYA.Bila kita BERKECIL HATI dengan ujian sekecil itu bermakna kita gagal di uji.Kita tidak redha dengan ujian yang ALLAH HADIAHKAN.Itu bermakna keimanan kita masih tipis dan goyah.Ianya umpama diri berkecil hati dengan UJIAN ALLAH...disebalik UJIAN ITU TERSELINDUNG RAHSIA DAN HIKMAHNYA..

Saya :   Terasa pernah melaui sebegitu baru-baru nie...ASTAFIRULLAH..OK fahamlah saya..ustazah.

Ustazah :  Dosa lebih besar pada yang berkecil hati kerana dia akan menceritakan kepada kawan-kawan.Saya berkecil hati dengan sikap dia....saya rasa macam nie...rasa macam tu...Kawan2 pun bercerita pada kawan2 lain.BERPANJANGAN SEHINGGALAH DITOKOK TAMBAH makanya  orang yang dihadiahkan UJIAN OLEH ALLAH dan disakiti tadi lebih berdosa kerana dia tidak SABAR DAN REDHA dengan ujian ALLAH.Orang yang mengecilkan hatinya tetap berdosa..tetapi dosa yang disakiti hati akan besar dan berpanjangan selagi masih berterusan berkecil hati..ingatlah keredhaan kita pada ujian Allah akan lesap dan bertambah dosa kita ... jika berkecil hati pada seseorang

Saya; Termakan cili..sangatlah pedas...saya cuba berubah! insyaAllah..

So,the conclusion is..Jangan mudah terasa hati.Tanamkan rasa sabar di hati agar menerima ujian Allah agar mendapat hadiah dari UJIAH ALLAH  yakni pahala kesabaran . Syurga kelak sebagai balasan jika melatih hati bersabar walaupun sebesar zarah...maknanya...Berkecil hati samalah dengan kita tidak redha dengan ujian ALLAH.Itu menggambarkan kita tidak redha.Nauzubilllah..

P/s; Disini saya memohon keampunan pada kawan saya sri ,siti,maslina mahupun sahabat yang lain kerana pernah berkecil hati dengan kalian.Saya inginkan persahabatan kita berpanjangan.Saya memohon kemaafan jika telah bertindak tidak wajar.Semoga Allah membimbing hati saya agar belajar menerima ujian.Saya sedari kekurangan diri dan sentiasa memohon agar kalian menerima saya seadanya dan berterus terang jika saya menyakiti hati kalian tanpa saya sedari...Kebaikan kalian tidak saya lupakan.Saya memang mudah terasa hati kerana itulah kelemahan diri ini.Bimbing saya dan tegur saya secara baik insyaAllah saya boleh mengubah sikap saya...Semoga Hadiah Allah ini tidak saya sia-siakan kerana saya cuba bersifat Redha pada kalian  kerana Redha Allah pada hambaNya itulah yang diharafkan...amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan