Jumaat, 1 Julai 2011

BILA CINTA SUAM-SUAM KUKU


Bila usia isteri dan suami melewati 45tahun, dan perkahwinan mula mencecah 20 tahun...ketika itu anak-anak sudah dewasa.Sering satu soalan timbul dalam hati para suami...Bagaimana hendak membuat isteri terus malah lebih mencintainya berbanding anak-anak?

Pelik bunyinya bukan? Suami cemburu terhadap anak-anak? Jangan nafikan, ia sering berlaku.Bila isteri mengutamakan anak-anak padahal syariat mengingatkan-UTAMAKAN SUAMI BERBANDING ANAK-ANAK.

Sayangnya , isteri sering lupa. Maklumlah anak sudah besar-sudah boleh bersahabat, berkongsi suka duka. Suami pula sering 'Membisu ' atau 'SIBUK' dengan pergolakan luaran dan dalaman sendiri..Maka si isteri berpaling kepada anak-anak , atau pada cucu-cucu , mungkin!

Tanpa sedar suami akan rasa terpinggir sedikit demi sedikit.Terasa dirinya seolah-olah kurang dicintai walaupun bukan itu sebenarnya maksud isteri.CINTA ada tetapi SUAM-SUAM KUKU.

Kerap terjadi suami mula mencari 'ORANG KETIGA' buat berkongsi rasa. Mula-mula atas dasar sahabat, kenalan dan saudara. Lama-lama melarat menjadi hubungan cinta.Apabila cinta sudah 'MEMBENGKAK' barulah isteri tersentak.Rupa-rupanya suami bercinta lagi bukan dengan dirinya tetapi dengan orang lain.

Sering terjadi juga bila suami terlalu 'ABSORBED'  dengan tugasan sehinggakan terlupakan pasangannya.Kesibukan suami tidak mengira masa dengan kerjaya dan kawan-kawan membuatkan isteri rasa terabai... Sebenarnya, isteri juga inginkan perhatian , kemesraan dan belaian.Salah satu dari dua keadaan ini sering terjadi.

Akhirnya  dua-dua ego dan saling menyalahkan.Kedua-duanya perlukan masa untuk muhasabah kekurangan dan kelemahan diri...bukan dengan cara  mencari jalan keluar yang mudah untuk mengisi kekosongan dan kebosanan diri .Konflik tuduh- menuduh dan salah menyalahkan perlu dielakkan.Usahlah memikirkan diri sendiri jika situasi ini terjadi , yang harus diselamatkan adalah perkahwinan anda, berilah ruang dan peluang pada pasangan untuk berfikir dan berubah....

Ada yang lebih parah sehingga ke tahap saling mahu menunjukkan kehebatan masing-masing.Si isteri mencabar suami, "Jika abang boleh cari lain,saya pun boleh!". Akhirnya membawa bencana paling ditakuti iaitu PERCERAIAN....Kisah ini sepatutnya menjadi teladan pada kita, agar tidak terjadi pada diri dan keluarga kita.Jika masih boleh diatasi, bawalah berbincang.Jangan biarkan....

Ketika itu bermacam-macam tohmahan diluahkan-"Orang tua gatal" , "ORANG TUA MIANG KELADI" dan sebagainya..Sering terjadi perkelahian sebegini..Malang sekali, satu masalah kerap diselesaikan dengan masalah yang lain.Sepatutnya suami dan isteri saling berbincang dari hati ke hati  mengatasi  KERETAKAN DAN CINTA SUAM-SUAM KUKU..dan  CARI JALAN KELUAR bagaimana agar hubungan CINTA MEREKA kukuh bertapak seiring kedewasaan anak-anak, bukan umpama retak menanti belah.

RASA TIDAK DICINTAI LAGI...menjadi punca perceraian di senja usia.Masing-masing merasa diri tidak dicintai lagi.Hakikatnya dihati mereka sama-sama cinta!  JIKA MASIH SAYANG..MASIH CINTA , PERSOALAN INI HARUS DI JAWAB DAN DIPERSOALKAN DALAM DIRI MASING-MASING....begini caranya

CARA MUDAH MEMBUAT ORANG LAIN MENCINTAI KITA IALAH DENGAN KITA TERLEBIH DAHULU MENCINTAI ORANG TERSEBUT.Jika kita lebih cinta, maka dia pun akan lebih cinta. Ingatlah , pesanan ini.InsyaAllah, amalkanlah...

UNTUK MENDAPAT PERHATIAN, BERILAH PERHATIAN. UNTUK MENDAPAT BELAIAN, BERILAH BELAIAN. Ingatlah...cinta itu bukan kata-kata tetapi tindakan dan perbuatan.

SESIAPA YANG BANYAK MEMBERI DIA AKAN LEBIH BANYAK MENERIMA.
Sesiapa yang mencintai ALLAH S.W.T, akan mendapat kelebihan untuk mencintai orang lain. Muhasabah diri selalu, bagaimana hubungan diri dengan Allah s.w.t? Ini penting kerana modal kita mencintai isteri ,anak-anak dan sesiapa saja ialah cinta kita terhdap ALLAH S.W.T.

Cinta ALLAH SWT modal kita untuk mencintai manusia. Jesteru, iman dan kasih sayang itu sangat sinonim hubungannya. Sabda Rasulullah s.a.w
 "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri ". Jangan cinta puan, cinta suami dan cinta anak-anak saja yang diperkirakan....Muhasabahlah juga sejauhmana cinta kita pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w ? .Adakah cinta itu telah kita bangunkan ? Adakah  cinta itu terus  menjadi asas dan teras rumahtangga kita?fikir-fikirkanlah...

Jangan menunggu peluang, tetapi ciptalah peluang. Ertinya, anda mesti mengambil langkah pertama yakni dengan bertindak 'LEBIH' mencintai ALLAH S.W.T agar rasa kecintaan itu memberi harapan pada diri anda untuk belajar mencintai suami lebih hangat..bukan suam-suam kuku...Jika kita mahu suami berubah, kitalah harus berubah dahulu..Apapun langkah yang diambil..selalulah yakin dan berpegang pda jalan yang benar..ingatlah kemenangan selalu berpihak pada insan yang sabar....

Semoga paparan ini mampu memberi semangat kepada kita untuk belajar memberi peluang pada suami mahupun pada isteri yang amat kita cintai..Tiada siapa mampu mengubah cinta suam-suam kuku kecuali kita sendiri..Anda memiliki kunci kebahagiaan itu..semarakkanlah cinta dan pulihkan suasana dengan semangat baru dan fikiran yang positif..Doa dan beriktiar selalu akan mengukuhkan kerukunan rumahtangga yang dibina...Ingatlah sahabatku untuk merobohkan sesuatu memang mudah dari membinanya...oleh itu fikir-fikirkanlah.....SEMOGA KEBAHAGIAAN YANG SERING KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN....AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan