Isnin, 20 Jun 2011

sedetik lebih..





SEKIRANYA INGIN MENDENGAR LAGU SILA PAUSE LAGU DI BLOG DULU..CARI HANDPHONE SAYA DI SEBELAH KANAN TU YER..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata kuperlukan cinta darimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa...


Kasihku
Kuamat menyintai kamu
Kerana kau beri arti hidup
Kukan menyinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Kubersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih ada kamu

KISAH SEBALIK LAGU:
.................................................................................................................................
Memang best tengok filem nie..Kisah bertemakan sejarah antara filem yang menarik minatku untuk menontonnya.Lagu Anuar Zain pula tu...Dalam senarai  penyanyi yang kuminati...lagu tema  filem ini menarik perhatianku kerana liriknya dan melodynya indah..

Lagu ini sama seperti lagu lain juga, liriknya menggambarkan perasaan cinta mendalam pada kekasihnya..sangguh mendalam sehinggakan sanggup kehilangan segala demi cintanya.Benarkah masih ada cinta Agung yang diungkapkan dalam lagu ini?..Masih adakah cinta yang sedemikian?Padaku,biarlah hanya merasakannya kala hati berlagu kerana ia mustahil untukku miliki Apatah lagi untuk mengangan-angankan..jauhlah sekali..Masa telah merubah segalanya..zamanku telah berlalu, yang tinggal hanya sisa hidupku yang entah bila berakhir..Biarlah sisa usia yang ada ini mendidik diri agar belajar untuk setia dan terus mencintai  insan yang bergelar suamiku kerana itulah jodohku, anak-anak yang kusayangi dan mengasihi sahabat yang meyayangi diriku...ku tujukan lagu ini pada kalian semua....

Hanya satu harapan masih dihatiku untuk terus menyemai dan menyuburkan cintaku pada Allah S.W.T..Itulah saja HARAPAN dan satu-satunya  peluang dan masa yang ku ada..Biarlah ia menjadi sandaran segalanya..cinta YANG ADA hanya pada suamiku, anakku , keluargaku dan sahabat yang kusayangi..kerana kesetiaan yang tidak berbelah-bagi menjadi pegangan HIDUPKU..

 "Cinta sedetik lebih" tak akan menandingi  KEAGUNGAN CINTA ILLAHI yang mengajar manusia memberi tanpa mengharaf sekelumit balasan dan menaruh harapan....PadaNya jualah sepatutnya dan seharusnya kita sandarkan segala-galanya..Cinta manusia kepada manusia hanyalah cinta  biasa .Tiada lagi CINTA LUARBIASA  sehebat cinta  Shah Jehan dengan Mumtaaznya..CINTA AGUNG DAN SETULUS  Cinta Adam kepada  Hawa..zaman ini sukar lagi mendapatkannya..Sejarah mengajar kita..pengalaman membentuk pemikiran kita..usah mengangankan sesuatu yang tidak mapu kita kecapi, akui hakikat CINTA Mengundang derita dan menagih pengorbanan.Jika tidak mampu berhadapan dengan DERITA CINTA ,apa lagi berkorban demi memperjuangkan cinta jangan mimpikan merasai CINTA SEJATI..Tiada CINTA tanpa dugaan dan kesulitan..Berusahalah memiliki apa yang diimpikan tanpa rasa putus asa dan lelah..kerana CINTA ITU DIUJI...
CINTA  KUDUS PADA ALLAH SAHAJA MAMPU MENJAGA RASA CINTA SESAMA MANUSIA..ABADIKAN CINTAMU padaNYA pasti dirimu tidak pernah kecewa,derita dan dikhianati..Jika kau masih mendambakan cinta manusia, kau akan letih dan kecewa kerana cinta yang berlandaskan NAFSU dan TIDAK diberkati Allah pasti MENGUNDANG BENCANA DAN KEHAMPAAN..Pasti  dikecewakan dan merasa derita sakit terluka..Binalah cinta pada landasan yang BENAR  berasaskan keimanan dan ketulusan hati...

Pelajari bagaimana menjalani ujian kala menghayati perjalanan cinta sejati Adam dan Hawa.Selingkar kisah percintaan yang tulus dan suci dari syurga mereka bertemu dan berpisah juga . Hanya Allah menentukan segalanya..kumasih PERCAYA biarpun hatiku berkata, Segalanya BERKEMUNGKINAN .Seandainya masih ada cinta dari hati yang tulus mengasihi pasti akan dihargai..Simpanlah cinta dilubuk hati kerana yang dicintai pasti merasai kerana PERCINTAAN ITU PENYATUAN DUA HATI biarpun tanpa perlu mengucapkannya TAKDIR TELAH MENENTUKAN SEDEMIKIAN.......


Tiada cinta yang tidak mengenal arti nestapa.INSAN YANG BERCINTA pasti  merasai derita,sakit ditinggalkan,sengsara kala dikhianati ,pedih dipermainkan dan kelukaan kala hilang rasa cinta...CINTA ADA pasang surutnya ,bagai lautan yang pasti dilanda badai dan tsunami..Cinta hanya indah dihayati dan di baca samada dari cerpen,novel dan tayangan di filem dan drama .Itu semua lakonan dan hasil karya dari cetusan rasa dan idea penulis skrip dan rekaan semata bukan kenyataan.Biarlah lagu "SEDETIK LEBIH" ini menghiasi dan membuai rasa para pendengar yang meyukai lagu ini.Pasti ada kenangan di sebalik keindahan liriknya..

Bagi diriku pula..Cintaku  tiada seribu janji apa lagi ungkapan kata-kata puitis...Aku hanya bahagia kerana dicintai dan membuat insan lain bahagia untuk selamanya...Biarlah PEMILIK CINTA menentukanNya akan takdir CINTAKU ini....Kini kusedari dan memahami bahawa CINTA bukan untuk memiliki tetapi  untuk memberi.... Semoga mereka yang merasai kasih dan sayangku selama ini berbahagia menerima cintaku dan tahu menilai CINTAKU seadanya..Hanya ALLAH S.W.T yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untukku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan