Rabu, 7 September 2011

MARI KITA CUBA PRODUK MONAVIE




'Bersama eksekutif monavie asia tenggara'




        
                           Bersama Royal Black Diamond rakyat Malaysia Islam di dunia En.Shah Khan. 001


                



CUBA AMALKAN SELAMA 40 HARI . HANYA DENGAN SATU KOTAK RM 440 UNTUK HARGA AHLI SAHAJA, JIKA MAHU HARGA MURAH SERENDAH RM81 SEBOTOL HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0173528110 DAN EMEL SAYA arniisri@yahoo.com

'CUBA DULU BARU TAHU'


Dr. mokhtar sekarang kempen 1Malaysia agar sesiapa yang ada masalah jantung guna monavie pulse


Testimoni yang telah meyakinkan Dato Dr.Zainal pakar  Jantung di IJN kehebatan acai berry Monavie yang mampu membantu ramai pesakit Jantung dan Kanser di Malaysia dan di Dunia.



khasiat acai berry..rakyat Malaysia harus mencubanya



Rabu, 24 Ogos 2011

TERASA HATI @ BERKECIL HATI

Sebagai manusia biasa kita tak lari melakukan kesilapan,alpa,diuji dan sering terlanjur kata dan perbuatan.Namun begitu keegoaan diri yang tinggi dan kedegilan hati sering menguasai tindakan dan berlakulah perselisihan.Sekecil manapun  perselisihan jika.tidak diselesaikan dengan cepat dan tidakan yang wajar akan menjadi api di dalam sekam..berpanjangan dan membawa dosa berpanjangan..Kemenangan dipihak syaitan yang berjaya menguasai hati dan nafsu manusia...Lebih  lama BERKECIL HATI pada seseorang maka lebih banyaklah DOSANYA kerana TIDAKREDHA DENGAN UJIAN.

Saya pernah melalui masalah yang sama.Menyedarinya maka saya kongsikan sebuah catatan buat renungan diri,anak-anak keluarga dan sahabat handai  agar kesilapan ini tidak berulang dan menjadi teladan di masa depan.

DISEBUAH MAJLIS ILMU:

 TAJUK KULIAH  :"MENGECILKAN HATI ORANG ADALAH BERDOSA ,BERKECIL HATI JUGA ADALAH BERDOSA.TETAPI LEBIH BESAR DOSANYA JIKA KITA BERKECIL HATI"

Saya semakin keliru....

Kenapa orang kecilkan hati kita,kita pula yang berdosa?

Lalu saya bertanya apa maksud kenyataan itu.

Ustazah; Jika seseorang mengecilkan hati dan menghina kita, dia berdosa.Jika kita pula terasa hati dengan penghinaan dia kita pun berdosa.Tetapi dosa kita lebih besar dari dia.

Saya: Kenapa pula?padahal dia yang mulakan dan saya yang di hina dan di sakiti?

Ustazah: Orang yang menghina dan menyakiti kita itu adalah peringatan dari Allah dan ketentuan dan UJIAN dari ALLAH.

Saya; BLUR.....

Ustazah: Kenapa kita dihina oleh orang itu?Kerana ujian dari Allah.Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?Kerana Allah ingin mengingatkan diri kita agar redha dan sabar.Allah sering mengingatkan kita agar tidak leka dengan dunia dan sentiasa mengingatiNYA.Bila kita BERKECIL HATI dengan ujian sekecil itu bermakna kita gagal di uji.Kita tidak redha dengan ujian yang ALLAH HADIAHKAN.Itu bermakna keimanan kita masih tipis dan goyah.Ianya umpama diri berkecil hati dengan UJIAN ALLAH...disebalik UJIAN ITU TERSELINDUNG RAHSIA DAN HIKMAHNYA..

Saya :   Terasa pernah melaui sebegitu baru-baru nie...ASTAFIRULLAH..OK fahamlah saya..ustazah.

Ustazah :  Dosa lebih besar pada yang berkecil hati kerana dia akan menceritakan kepada kawan-kawan.Saya berkecil hati dengan sikap dia....saya rasa macam nie...rasa macam tu...Kawan2 pun bercerita pada kawan2 lain.BERPANJANGAN SEHINGGALAH DITOKOK TAMBAH makanya  orang yang dihadiahkan UJIAN OLEH ALLAH dan disakiti tadi lebih berdosa kerana dia tidak SABAR DAN REDHA dengan ujian ALLAH.Orang yang mengecilkan hatinya tetap berdosa..tetapi dosa yang disakiti hati akan besar dan berpanjangan selagi masih berterusan berkecil hati..ingatlah keredhaan kita pada ujian Allah akan lesap dan bertambah dosa kita ... jika berkecil hati pada seseorang

Saya; Termakan cili..sangatlah pedas...saya cuba berubah! insyaAllah..

So,the conclusion is..Jangan mudah terasa hati.Tanamkan rasa sabar di hati agar menerima ujian Allah agar mendapat hadiah dari UJIAH ALLAH  yakni pahala kesabaran . Syurga kelak sebagai balasan jika melatih hati bersabar walaupun sebesar zarah...maknanya...Berkecil hati samalah dengan kita tidak redha dengan ujian ALLAH.Itu menggambarkan kita tidak redha.Nauzubilllah..

P/s; Disini saya memohon keampunan pada kawan saya sri ,siti,maslina mahupun sahabat yang lain kerana pernah berkecil hati dengan kalian.Saya inginkan persahabatan kita berpanjangan.Saya memohon kemaafan jika telah bertindak tidak wajar.Semoga Allah membimbing hati saya agar belajar menerima ujian.Saya sedari kekurangan diri dan sentiasa memohon agar kalian menerima saya seadanya dan berterus terang jika saya menyakiti hati kalian tanpa saya sedari...Kebaikan kalian tidak saya lupakan.Saya memang mudah terasa hati kerana itulah kelemahan diri ini.Bimbing saya dan tegur saya secara baik insyaAllah saya boleh mengubah sikap saya...Semoga Hadiah Allah ini tidak saya sia-siakan kerana saya cuba bersifat Redha pada kalian  kerana Redha Allah pada hambaNya itulah yang diharafkan...amin.

Jumaat, 1 Julai 2011

BILA CINTA SUAM-SUAM KUKU


Bila usia isteri dan suami melewati 45tahun, dan perkahwinan mula mencecah 20 tahun...ketika itu anak-anak sudah dewasa.Sering satu soalan timbul dalam hati para suami...Bagaimana hendak membuat isteri terus malah lebih mencintainya berbanding anak-anak?

Pelik bunyinya bukan? Suami cemburu terhadap anak-anak? Jangan nafikan, ia sering berlaku.Bila isteri mengutamakan anak-anak padahal syariat mengingatkan-UTAMAKAN SUAMI BERBANDING ANAK-ANAK.

Sayangnya , isteri sering lupa. Maklumlah anak sudah besar-sudah boleh bersahabat, berkongsi suka duka. Suami pula sering 'Membisu ' atau 'SIBUK' dengan pergolakan luaran dan dalaman sendiri..Maka si isteri berpaling kepada anak-anak , atau pada cucu-cucu , mungkin!

Tanpa sedar suami akan rasa terpinggir sedikit demi sedikit.Terasa dirinya seolah-olah kurang dicintai walaupun bukan itu sebenarnya maksud isteri.CINTA ada tetapi SUAM-SUAM KUKU.

Kerap terjadi suami mula mencari 'ORANG KETIGA' buat berkongsi rasa. Mula-mula atas dasar sahabat, kenalan dan saudara. Lama-lama melarat menjadi hubungan cinta.Apabila cinta sudah 'MEMBENGKAK' barulah isteri tersentak.Rupa-rupanya suami bercinta lagi bukan dengan dirinya tetapi dengan orang lain.

Sering terjadi juga bila suami terlalu 'ABSORBED'  dengan tugasan sehinggakan terlupakan pasangannya.Kesibukan suami tidak mengira masa dengan kerjaya dan kawan-kawan membuatkan isteri rasa terabai... Sebenarnya, isteri juga inginkan perhatian , kemesraan dan belaian.Salah satu dari dua keadaan ini sering terjadi.

Akhirnya  dua-dua ego dan saling menyalahkan.Kedua-duanya perlukan masa untuk muhasabah kekurangan dan kelemahan diri...bukan dengan cara  mencari jalan keluar yang mudah untuk mengisi kekosongan dan kebosanan diri .Konflik tuduh- menuduh dan salah menyalahkan perlu dielakkan.Usahlah memikirkan diri sendiri jika situasi ini terjadi , yang harus diselamatkan adalah perkahwinan anda, berilah ruang dan peluang pada pasangan untuk berfikir dan berubah....

Ada yang lebih parah sehingga ke tahap saling mahu menunjukkan kehebatan masing-masing.Si isteri mencabar suami, "Jika abang boleh cari lain,saya pun boleh!". Akhirnya membawa bencana paling ditakuti iaitu PERCERAIAN....Kisah ini sepatutnya menjadi teladan pada kita, agar tidak terjadi pada diri dan keluarga kita.Jika masih boleh diatasi, bawalah berbincang.Jangan biarkan....

Ketika itu bermacam-macam tohmahan diluahkan-"Orang tua gatal" , "ORANG TUA MIANG KELADI" dan sebagainya..Sering terjadi perkelahian sebegini..Malang sekali, satu masalah kerap diselesaikan dengan masalah yang lain.Sepatutnya suami dan isteri saling berbincang dari hati ke hati  mengatasi  KERETAKAN DAN CINTA SUAM-SUAM KUKU..dan  CARI JALAN KELUAR bagaimana agar hubungan CINTA MEREKA kukuh bertapak seiring kedewasaan anak-anak, bukan umpama retak menanti belah.

RASA TIDAK DICINTAI LAGI...menjadi punca perceraian di senja usia.Masing-masing merasa diri tidak dicintai lagi.Hakikatnya dihati mereka sama-sama cinta!  JIKA MASIH SAYANG..MASIH CINTA , PERSOALAN INI HARUS DI JAWAB DAN DIPERSOALKAN DALAM DIRI MASING-MASING....begini caranya

CARA MUDAH MEMBUAT ORANG LAIN MENCINTAI KITA IALAH DENGAN KITA TERLEBIH DAHULU MENCINTAI ORANG TERSEBUT.Jika kita lebih cinta, maka dia pun akan lebih cinta. Ingatlah , pesanan ini.InsyaAllah, amalkanlah...

UNTUK MENDAPAT PERHATIAN, BERILAH PERHATIAN. UNTUK MENDAPAT BELAIAN, BERILAH BELAIAN. Ingatlah...cinta itu bukan kata-kata tetapi tindakan dan perbuatan.

SESIAPA YANG BANYAK MEMBERI DIA AKAN LEBIH BANYAK MENERIMA.
Sesiapa yang mencintai ALLAH S.W.T, akan mendapat kelebihan untuk mencintai orang lain. Muhasabah diri selalu, bagaimana hubungan diri dengan Allah s.w.t? Ini penting kerana modal kita mencintai isteri ,anak-anak dan sesiapa saja ialah cinta kita terhdap ALLAH S.W.T.

Cinta ALLAH SWT modal kita untuk mencintai manusia. Jesteru, iman dan kasih sayang itu sangat sinonim hubungannya. Sabda Rasulullah s.a.w
 "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri ". Jangan cinta puan, cinta suami dan cinta anak-anak saja yang diperkirakan....Muhasabahlah juga sejauhmana cinta kita pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w ? .Adakah cinta itu telah kita bangunkan ? Adakah  cinta itu terus  menjadi asas dan teras rumahtangga kita?fikir-fikirkanlah...

Jangan menunggu peluang, tetapi ciptalah peluang. Ertinya, anda mesti mengambil langkah pertama yakni dengan bertindak 'LEBIH' mencintai ALLAH S.W.T agar rasa kecintaan itu memberi harapan pada diri anda untuk belajar mencintai suami lebih hangat..bukan suam-suam kuku...Jika kita mahu suami berubah, kitalah harus berubah dahulu..Apapun langkah yang diambil..selalulah yakin dan berpegang pda jalan yang benar..ingatlah kemenangan selalu berpihak pada insan yang sabar....

Semoga paparan ini mampu memberi semangat kepada kita untuk belajar memberi peluang pada suami mahupun pada isteri yang amat kita cintai..Tiada siapa mampu mengubah cinta suam-suam kuku kecuali kita sendiri..Anda memiliki kunci kebahagiaan itu..semarakkanlah cinta dan pulihkan suasana dengan semangat baru dan fikiran yang positif..Doa dan beriktiar selalu akan mengukuhkan kerukunan rumahtangga yang dibina...Ingatlah sahabatku untuk merobohkan sesuatu memang mudah dari membinanya...oleh itu fikir-fikirkanlah.....SEMOGA KEBAHAGIAAN YANG SERING KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN....AMIN.

Isnin, 20 Jun 2011

sedetik lebih..





SEKIRANYA INGIN MENDENGAR LAGU SILA PAUSE LAGU DI BLOG DULU..CARI HANDPHONE SAYA DI SEBELAH KANAN TU YER..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata kuperlukan cinta darimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa...


Kasihku
Kuamat menyintai kamu
Kerana kau beri arti hidup
Kukan menyinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Kubersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih ada kamu

KISAH SEBALIK LAGU:
.................................................................................................................................
Memang best tengok filem nie..Kisah bertemakan sejarah antara filem yang menarik minatku untuk menontonnya.Lagu Anuar Zain pula tu...Dalam senarai  penyanyi yang kuminati...lagu tema  filem ini menarik perhatianku kerana liriknya dan melodynya indah..

Lagu ini sama seperti lagu lain juga, liriknya menggambarkan perasaan cinta mendalam pada kekasihnya..sangguh mendalam sehinggakan sanggup kehilangan segala demi cintanya.Benarkah masih ada cinta Agung yang diungkapkan dalam lagu ini?..Masih adakah cinta yang sedemikian?Padaku,biarlah hanya merasakannya kala hati berlagu kerana ia mustahil untukku miliki Apatah lagi untuk mengangan-angankan..jauhlah sekali..Masa telah merubah segalanya..zamanku telah berlalu, yang tinggal hanya sisa hidupku yang entah bila berakhir..Biarlah sisa usia yang ada ini mendidik diri agar belajar untuk setia dan terus mencintai  insan yang bergelar suamiku kerana itulah jodohku, anak-anak yang kusayangi dan mengasihi sahabat yang meyayangi diriku...ku tujukan lagu ini pada kalian semua....

Hanya satu harapan masih dihatiku untuk terus menyemai dan menyuburkan cintaku pada Allah S.W.T..Itulah saja HARAPAN dan satu-satunya  peluang dan masa yang ku ada..Biarlah ia menjadi sandaran segalanya..cinta YANG ADA hanya pada suamiku, anakku , keluargaku dan sahabat yang kusayangi..kerana kesetiaan yang tidak berbelah-bagi menjadi pegangan HIDUPKU..

 "Cinta sedetik lebih" tak akan menandingi  KEAGUNGAN CINTA ILLAHI yang mengajar manusia memberi tanpa mengharaf sekelumit balasan dan menaruh harapan....PadaNya jualah sepatutnya dan seharusnya kita sandarkan segala-galanya..Cinta manusia kepada manusia hanyalah cinta  biasa .Tiada lagi CINTA LUARBIASA  sehebat cinta  Shah Jehan dengan Mumtaaznya..CINTA AGUNG DAN SETULUS  Cinta Adam kepada  Hawa..zaman ini sukar lagi mendapatkannya..Sejarah mengajar kita..pengalaman membentuk pemikiran kita..usah mengangankan sesuatu yang tidak mapu kita kecapi, akui hakikat CINTA Mengundang derita dan menagih pengorbanan.Jika tidak mampu berhadapan dengan DERITA CINTA ,apa lagi berkorban demi memperjuangkan cinta jangan mimpikan merasai CINTA SEJATI..Tiada CINTA tanpa dugaan dan kesulitan..Berusahalah memiliki apa yang diimpikan tanpa rasa putus asa dan lelah..kerana CINTA ITU DIUJI...
CINTA  KUDUS PADA ALLAH SAHAJA MAMPU MENJAGA RASA CINTA SESAMA MANUSIA..ABADIKAN CINTAMU padaNYA pasti dirimu tidak pernah kecewa,derita dan dikhianati..Jika kau masih mendambakan cinta manusia, kau akan letih dan kecewa kerana cinta yang berlandaskan NAFSU dan TIDAK diberkati Allah pasti MENGUNDANG BENCANA DAN KEHAMPAAN..Pasti  dikecewakan dan merasa derita sakit terluka..Binalah cinta pada landasan yang BENAR  berasaskan keimanan dan ketulusan hati...

Pelajari bagaimana menjalani ujian kala menghayati perjalanan cinta sejati Adam dan Hawa.Selingkar kisah percintaan yang tulus dan suci dari syurga mereka bertemu dan berpisah juga . Hanya Allah menentukan segalanya..kumasih PERCAYA biarpun hatiku berkata, Segalanya BERKEMUNGKINAN .Seandainya masih ada cinta dari hati yang tulus mengasihi pasti akan dihargai..Simpanlah cinta dilubuk hati kerana yang dicintai pasti merasai kerana PERCINTAAN ITU PENYATUAN DUA HATI biarpun tanpa perlu mengucapkannya TAKDIR TELAH MENENTUKAN SEDEMIKIAN.......


Tiada cinta yang tidak mengenal arti nestapa.INSAN YANG BERCINTA pasti  merasai derita,sakit ditinggalkan,sengsara kala dikhianati ,pedih dipermainkan dan kelukaan kala hilang rasa cinta...CINTA ADA pasang surutnya ,bagai lautan yang pasti dilanda badai dan tsunami..Cinta hanya indah dihayati dan di baca samada dari cerpen,novel dan tayangan di filem dan drama .Itu semua lakonan dan hasil karya dari cetusan rasa dan idea penulis skrip dan rekaan semata bukan kenyataan.Biarlah lagu "SEDETIK LEBIH" ini menghiasi dan membuai rasa para pendengar yang meyukai lagu ini.Pasti ada kenangan di sebalik keindahan liriknya..

Bagi diriku pula..Cintaku  tiada seribu janji apa lagi ungkapan kata-kata puitis...Aku hanya bahagia kerana dicintai dan membuat insan lain bahagia untuk selamanya...Biarlah PEMILIK CINTA menentukanNya akan takdir CINTAKU ini....Kini kusedari dan memahami bahawa CINTA bukan untuk memiliki tetapi  untuk memberi.... Semoga mereka yang merasai kasih dan sayangku selama ini berbahagia menerima cintaku dan tahu menilai CINTAKU seadanya..Hanya ALLAH S.W.T yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untukku...

CINTA BUKAN BERARTI MEMILIKI



Bila kita mencintai seseorang , kita berfikir tentang dirinya  bukan diri kita. Kepentingan diri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itulah diutamakan. Macam lagu dalam filem Hang Tuah , kala Tun Teja disuruh makan sireh agar melupkan Tuah yang dicintainya..betul tak? Bagaimana jika kepentingan diri sendiri diutamakan, perasaan, jiwa kekasih hati dibiarkan, maka jawapannya itu bukannya CINTA tetapi MEMPERALATKAN CINTA namanya!

MENCINTAI ITU MEMBEBASKAN, manakala memiliki itu cenderung kepada mengawal dan mengikat.Berapa ramai isteri yang MENGAWAL  suaminya atas nama CINTA.Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan hidup seharian. 'Bila nak balik?", 'Kenapa lambat?", "kalau abang tak balik lagi saya akan...." bolehkah itu dikatakan ayat-ayat cinta? Maaf, pertanyaan seperti itu lebih mirip kepada pertanyaan seorang majikan kepada pekerja, bukan antara seorang isteri kepada suami yang dicintainya.Jika kita pernah lakukan sedemikian..berubahlah..jangan lakukan lagi...belajar dari kesilapan diri demi kebaikan bersama..ini barulah perkongsian dua hati dan sejiwa..Mari kita lihat bagaimana sikap sang suami pula...

Suami apa kurangnya....lebih dasyat prasangka dan cemburunya...Segala gerak- geri isteri sentiasa dipantau penuh curiga.Setapak isteri melangkah, menggelegak rasa cemburunya di dada. Prasangkanya sudah ketahap merimaskan sang isteri.Salah sedikit marah, terlanjur sedikit ugutan....Bila ditanya, mengapa? Si suami tak mahu mengaku, "kerana saya terlalu cintakannya"..itulah jawapan sang suami...Padahal, jika diamati dengan teliti, itu semua kerana cintakan dirinya  sendiri. Kasihan si isteri menjadi seperti "BURUNG DI DALAM SANGKAR" Di penjara di dalam banglo mewah bak istana, di limpahi intan permata, serta segala kemewahan...tetapi dinafikan suara hatinya.Pernah dengar kisah isteri diperlaku sedemikian..memang biasakan.....Contoh kisah rumahtangga yang dialami isteri...

Sudah lama tidak menziarah ibuayah.Suami tahu hakikat itu.Boleh jadi telah bertahun-tahun. Si isteri memendam rasa.Ingin bersuara takut disentak.Ingin meminta takut dibentak.Boleh jadi akan di 'boikot ' memanjang dengan silent mode begitu menyeksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Isteri dipujuk ke mall ziarah kedai emas, dibelikan subang ,rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan..Jangan , jangan begitu, kerinduan itu tidak dapat digalangganti dengan emas dan permata...

Belajarlah membebaskan khususnya pasangan yang telah lama berumahtangga.Apabila usia perkahwinan meningkat, cinta berapi akan malap.Yang tinggal tanggungjawab saja..tahukah apa itu cinta sebenar?Kala usia perkahwinan meniti usia emas...Yang tinggal cinta sebenar..Warna sebenar pasangan telah kelihatan 9true colours) pasangan kita, semangkin hari semakin terserlah, mampukah kita bersabar dan bertahan atas kelemahan dan kekurangan pasangan ketika itu walaupun sudah bertahun-tahun kita hadapi?.Jika nak tahu anda benar-benar mencintainy..teruskan membaca..selami diri dan hati pasangan anda...

Sudikah kita memberi peluang kedua,ketiga dan berkali-kali tanpa perlu dikira untuknya memperbaiki diri? Jika masih sudi,bermakna kita masih cinta. Namun jika kita sudah jemu, jika enggan, jika dah bosan itu petanda kurangnya  rasa CINTA...

Haruslah kita ingatkan ini pada diri kita sendiri...INGATLAH!!!!..Jika pasangan kita ada kerenahnya, apa KURANGNYA DIRI KITA? Jangan kesabaran kita saja yang kita perkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap kerenah kita juga wajar kita pertimbangkan...SUAMI ADALAH CERMIN ISTERI DAN SEBALIKNYA....Sebagai cermin kenalah memperbaiki apa yang cacat dan perelokkan kekurangan diri pasangan..Tegur,nasihat dan beri panduan secara hemah..Sabarlah mengubah diri pasangan kerana bukan mudah mengubah sikap...

Jadi ...jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan MUHASABAH DIRI....sedarlah bahawa kesalahan dan kelemahan pasangan bukan mereka inginkan..berilah peluang padanya sebagaimana dia memberi kita peluang....Bukan itu yang mereka sengajakan dan mahu lakukan pada kita..Meraka juga sedang berhempas pulas ingin mengatasi kelemahan dan kekurangan diri..Sebagai pasangannya ..wajarlah kita memberi panduan dan sama-sama menginsafi kelemahan diri..Saling memberi peluang dan ruang..memahami dan mengasihani..Berlemah lembut dan salinglah berkongsi kelemahan..buangkan sikap ego dan tidak boleh ditegur..

MALANGNYA...ramai yang tidak sabar dengan kerenah pasangan sendiri.Keceriaan dan ketenagan hidup sepertinya telah terhakis oleh sikap pasangan..Masing-masing mahu membebaskan diri masing-masing tanpa memikirkan keserasian bersama dan tanggungjawab membaiki diri pasangan secara sabar...Tiada lagi istilah saling memberi dan menerima kekurangan pasangan..Ingatlah..pasangan kita manusia biasa bukan malaikat..ada keburukan dan melakukan kesilapan..kita pun sama..Bersabar dan memberi peluang padanya berubah ..itulah CINTA SEBENAR...jika tidak akan terjadi...

"Habis madu sepah dibuang.".Itu bukti cinta insan yang hanya mahu memiliki..Bila barang itu hilang fungsinya dan tiada manfaatnya lagi ,maka apaguna lagi di simpan?Begitulah cinta kalau tujuannya untuk MEMILIKI...TETAPI jika tujuannya BUKAN untuk MEMILIKI kita akan terus CINTA tidak kira apa keadaan pasangan kita ,kita tidak buang  jika ia hilang fungsi..tetapi kita baiki.Demi cinta dalam diam-diam hati mereka berbisik "JIKA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU SUKA,AKU MESTI BELAJAR MENYUKAI APA YANG AKU DAPAT".

Itulah cinta sebenarnya.INGATKAN DIRI SELAU...."Tidak ada cinta seikhlas cinta ALLAH". ALLAH yang Maha Kaya, TIDAK memerlukan sedebu manfaat daripada HAMBANYA...DIA tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan NYA..

Jeteru cintaNya benar-benar suci kerana hakikatnya ALLAH Tidak inginkan sebarang balasan atau ganjaran.Ya, Tuhan memiliki bukan membelenggu.CintaNYA membebaskan..Untuk bebas daripada memperalatkan cinta dan diperalatkan cinta, jadikan cinta ALLAH sebagai asas dan di atas segala cinta.....Jangan meyeksa diri.Sangka baik kepada suami dan isteri..Biarkan cinta Allah melestarikan cinta kita sesama manusia...

Buat suamiku..selamat hari lahir buatmu..sesungguhnya hanya dirimu dalam hidup ini yang memahamiku,mengasihiku seadanya diriku..Kasihmu,pengorbanan yang kau lakukan demi membangunkan cinta kita menjadikan aku dewasa .Terima kasih atas budibaikmu, kesabaran dan pengertianmu.Semoga kita tetap bersama dan bahagia dalam membangunkan institusi kekeluargaan yang dibina...Aku tetap ingati tanggal kelahiranmu suamiku....semoga Allah lanjutkan usiamu,dikurniakan kesihatan dan berkati kehidupanmu..amin ...