Bila kita mencintai seseorang , kita berfikir tentang dirinya bukan diri kita. Kepentingan diri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itulah diutamakan. Macam lagu dalam filem Hang Tuah , kala Tun Teja disuruh makan sireh agar melupkan Tuah yang dicintainya..betul tak? Bagaimana jika kepentingan diri sendiri diutamakan, perasaan, jiwa kekasih hati dibiarkan, maka jawapannya itu bukannya CINTA tetapi MEMPERALATKAN CINTA namanya!
MENCINTAI ITU MEMBEBASKAN, manakala memiliki itu cenderung kepada mengawal dan mengikat.Berapa ramai isteri yang MENGAWAL suaminya atas nama CINTA.Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan hidup seharian. 'Bila nak balik?", 'Kenapa lambat?", "kalau abang tak balik lagi saya akan...." bolehkah itu dikatakan ayat-ayat cinta? Maaf, pertanyaan seperti itu lebih mirip kepada pertanyaan seorang majikan kepada pekerja, bukan antara seorang isteri kepada suami yang dicintainya.Jika kita pernah lakukan sedemikian..berubahlah..jangan lakukan lagi...belajar dari kesilapan diri demi kebaikan bersama..ini barulah perkongsian dua hati dan sejiwa..Mari kita lihat bagaimana sikap sang suami pula...
Suami apa kurangnya....lebih dasyat prasangka dan cemburunya...Segala gerak- geri isteri sentiasa dipantau penuh curiga.Setapak isteri melangkah, menggelegak rasa cemburunya di dada. Prasangkanya sudah ketahap merimaskan sang isteri.Salah sedikit marah, terlanjur sedikit ugutan....Bila ditanya, mengapa? Si suami tak mahu mengaku, "kerana saya terlalu cintakannya"..itulah jawapan sang suami...Padahal, jika diamati dengan teliti, itu semua kerana cintakan dirinya sendiri. Kasihan si isteri menjadi seperti "BURUNG DI DALAM SANGKAR" Di penjara di dalam banglo mewah bak istana, di limpahi intan permata, serta segala kemewahan...tetapi dinafikan suara hatinya.Pernah dengar kisah isteri diperlaku sedemikian..memang biasakan.....Contoh kisah rumahtangga yang dialami isteri...
Sudah lama tidak menziarah ibuayah.Suami tahu hakikat itu.Boleh jadi telah bertahun-tahun. Si isteri memendam rasa.Ingin bersuara takut disentak.Ingin meminta takut dibentak.Boleh jadi akan di 'boikot ' memanjang dengan silent mode begitu menyeksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Isteri dipujuk ke mall ziarah kedai emas, dibelikan subang ,rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan..Jangan , jangan begitu, kerinduan itu tidak dapat digalangganti dengan emas dan permata...
Belajarlah membebaskan khususnya pasangan yang telah lama berumahtangga.Apabila usia perkahwinan meningkat, cinta berapi akan malap.Yang tinggal tanggungjawab saja..tahukah apa itu cinta sebenar?Kala usia perkahwinan meniti usia emas...Yang tinggal cinta sebenar..Warna sebenar pasangan telah kelihatan 9true colours) pasangan kita, semangkin hari semakin terserlah, mampukah kita bersabar dan bertahan atas kelemahan dan kekurangan pasangan ketika itu walaupun sudah bertahun-tahun kita hadapi?.Jika nak tahu anda benar-benar mencintainy..teruskan membaca..selami diri dan hati pasangan anda...
Sudikah kita memberi peluang kedua,ketiga dan berkali-kali tanpa perlu dikira untuknya memperbaiki diri? Jika masih sudi,bermakna kita masih cinta. Namun jika kita sudah jemu, jika enggan, jika dah bosan itu petanda kurangnya rasa CINTA...
Haruslah kita ingatkan ini pada diri kita sendiri...INGATLAH!!!!..Jika pasangan kita ada kerenahnya, apa KURANGNYA DIRI KITA? Jangan kesabaran kita saja yang kita perkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap kerenah kita juga wajar kita pertimbangkan...SUAMI ADALAH CERMIN ISTERI DAN SEBALIKNYA....Sebagai cermin kenalah memperbaiki apa yang cacat dan perelokkan kekurangan diri pasangan..Tegur,nasihat dan beri panduan secara hemah..Sabarlah mengubah diri pasangan kerana bukan mudah mengubah sikap...
Jadi ...jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan MUHASABAH DIRI....sedarlah bahawa kesalahan dan kelemahan pasangan bukan mereka inginkan..berilah peluang padanya sebagaimana dia memberi kita peluang....Bukan itu yang mereka sengajakan dan mahu lakukan pada kita..Meraka juga sedang berhempas pulas ingin mengatasi kelemahan dan kekurangan diri..Sebagai pasangannya ..wajarlah kita memberi panduan dan sama-sama menginsafi kelemahan diri..Saling memberi peluang dan ruang..memahami dan mengasihani..Berlemah lembut dan salinglah berkongsi kelemahan..buangkan sikap ego dan tidak boleh ditegur..
MALANGNYA...ramai yang tidak sabar dengan kerenah pasangan sendiri.Keceriaan dan ketenagan hidup sepertinya telah terhakis oleh sikap pasangan..Masing-masing mahu membebaskan diri masing-masing tanpa memikirkan keserasian bersama dan tanggungjawab membaiki diri pasangan secara sabar...Tiada lagi istilah saling memberi dan menerima kekurangan pasangan..Ingatlah..pasangan kita manusia biasa bukan malaikat..ada keburukan dan melakukan kesilapan..kita pun sama..Bersabar dan memberi peluang padanya berubah ..itulah CINTA SEBENAR...jika tidak akan terjadi...
"Habis madu sepah dibuang.".Itu bukti cinta insan yang hanya mahu memiliki..Bila barang itu hilang fungsinya dan tiada manfaatnya lagi ,maka apaguna lagi di simpan?Begitulah cinta kalau tujuannya untuk MEMILIKI...TETAPI jika tujuannya BUKAN untuk MEMILIKI kita akan terus CINTA tidak kira apa keadaan pasangan kita ,kita tidak buang jika ia hilang fungsi..tetapi kita baiki.Demi cinta dalam diam-diam hati mereka berbisik "JIKA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU SUKA,AKU MESTI BELAJAR MENYUKAI APA YANG AKU DAPAT".
Itulah cinta sebenarnya.INGATKAN DIRI SELAU...."Tidak ada cinta seikhlas cinta ALLAH". ALLAH yang Maha Kaya, TIDAK memerlukan sedebu manfaat daripada HAMBANYA...DIA tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan NYA..
Jeteru cintaNya benar-benar suci kerana hakikatnya ALLAH Tidak inginkan sebarang balasan atau ganjaran.Ya, Tuhan memiliki bukan membelenggu.CintaNYA membebaskan..Untuk bebas daripada memperalatkan cinta dan diperalatkan cinta, jadikan cinta ALLAH sebagai asas dan di atas segala cinta.....Jangan meyeksa diri.Sangka baik kepada suami dan isteri..Biarkan cinta Allah melestarikan cinta kita sesama manusia...
Buat suamiku..selamat hari lahir buatmu..sesungguhnya hanya dirimu dalam hidup ini yang memahamiku,mengasihiku seadanya diriku..Kasihmu,pengorbanan yang kau lakukan demi membangunkan cinta kita menjadikan aku dewasa .Terima kasih atas budibaikmu, kesabaran dan pengertianmu.Semoga kita tetap bersama dan bahagia dalam membangunkan institusi kekeluargaan yang dibina...Aku tetap ingati tanggal kelahiranmu suamiku....semoga Allah lanjutkan usiamu,dikurniakan kesihatan dan berkati kehidupanmu..amin ...
izinkn saya guna ayat ni "Tidak ada cinta seikhlas cinta ALLAH". ALLAH yang Maha Kaya, TIDAK memerlukan sedebu manfaat daripada HAMBANYA...DIA tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan NYA.
BalasPadamSegala yg kita lalui didunia ni adalah ujian untuk kita
BalasPadam