Perasaan adalah bayangan fikiran.Jika fikiran kita positif,perasaan kita akan gembira.Sebaliknya,sekiranya perasaan kita sedih, marah atau kecewa, fikiran kita juga negetif. Jesteru itu, dengan menjaga perasaan,berarti kita juga menjaga fikiran kita.Perasaan dan fikiran sering berkaitan.PERASAAN itu umpama nyalaan api makala FIKIRAN itu unggunnya.
Dalam sebuah ikatan hubungan keluarga, perasaan suami dan isteri mesti selalu gembira dan berfikiran positif.Mengapa ini penting? jawapannya kerana rumahtangga adalah wadah berlakunya berbagai keadaan ,peristiwa dan insiden. Pahit manis datang silih berganti mengikut perasaan pasangan suami dan isteri.. Perasaan pasangan ini diransang oleh perasaan mereka .Jika keduanya mengalami perasaan yang bertentangan sudah pasti impak yang timbul berbeza kerana fikiran mereka didalam situasi perasaan yang berbeza..Berbicaralah bila suasana tenang dan terkawal..berdiamlah kala perasaan dan fikiran dalam mood tidak baik...
KEPENTINGAN MENJAGA PERASAAN
Cinta itu seumpama kebun MUDAH memiliki dari MENJAGA sebuah kebun. Adalah penting suami dan isteri menjaga perasaan masing-masing. Menjaga kebun cinta dengan keceriaan umpama menjaga kebun dari diserang serangga perosak agar kebun cinta meraka subur dan berbunga..Hanya orang yang gembira mampu mengembirakan orang lain. Oleh itu pastikan diri dan perasaan sendiri terlebih dahulu positif sebelum memberi aura positif kepada pasangan.. Bermujahadah memerangi perasaan benci,marah kecewa dan putus asa kerana inilah makhluk perosak yang akan menyerang kebun cinta anda berdua..Perasaan ini jika telah bertapak dihati haruslah dibuang sedikit demi sedikit agar kebun cinta anda tidak terancam..
Inilah rahsia kesuburan 'Kebun cinta" dalam rumahtangga. Apabila perasaan pasangan beroleh ketenangan sudah pasti (anak-anak,pembantu dan sesiapa saja yang tinggal sebumbung dengan mereka)akan nyaman berteduh dibawah pohon yang subur,rendang dengan rimbunan daun-daun dan buah yang manis dapat dinikmati seluruh insan yang singgah di rumahtangga sedemikian. Haruman bunga cinta dapat dihidu dari mereka yang bahagia kerana jelas dipandangan mata semuanya indah dan berseri...RAHSIA KEBAHAGIAAN TERLETAK PADA PERASAAN DAN FIKIRAN PASANGAN...
JADILAH SUMBER KEGEMBIRAAN...
Apakah yang harus dilakukan agar ceria gembira dan terhibur? Kegembiraan akan tiba jika ada sesuatu peristiwa yang lucu,kita akan ketawa melihat sesuatu yang buat kita ketawa..bila diberi hadiah..kita gembira..Bagaimana jika faktor kegembiraan tidak ada?Maksudnya tiada sesuatu yang menggembirakan kita.
Bagaimana?Gembirakanlah diri sendiri dengan mendengar lagu,menonton tv cerita jenaka,baca komik,baca buku motivasi agar peraaan kembali ke aura positif...Jika suami ada..carilah dia dan gembirakan perasaannya dengan usikan berjenaka secara biasa saja..InsyaAllah,kegembiraan yang kita beri akan kembali kepada kita.Sentiasalah memberi kegembiraan kerana ia umpama sekuntum bunga yang wangi..tangan yang memberi akan berbau harum..itulah simboliknya kala pasangan menerima haruman bunga...Biarpun sekecil manapun kebaikan yang kita lakukan ia pasti memberi impak kepada kesuburan "kebun cinta" kita....
Saya ulangi lagi sentiasalah mencari jalan bagaimana memberi kegembiraan pada pasangan.Jangan putus harap atau idea ketika berada dijalan buntu...usah sesekali ketandusan idea..fikirkanlah bagaimana nak menyelamatkan kebun cinta dan menyuburkan kebun cinta kalian..
Kita umpama tukang kebun cinta kepada tanaman yang berada di kebun kita..Sentiasalah mengawasi perasaan,mengambil peduli hati dan perasaan pasangan kerana ia harus di baja dan di siram selalu dengan bijaksana...Jika kita tukang kebun yang hebat tak perlu kita diajar cara merawat tanaman agar subur,berbunga dan berbuah...
Perkara yang paling simple dilakukan adalah senyuman...Sentiasalah tersenyum pada pasangan kala memandang wajahnya...Senyuman kerana kegembiraan lain..senyuman memberi kegembiraan adalah sedekah mendapat pahala yang besar disisi Allah..bagaimana?
Bila anda dalam situasi bermasalah,badan sakit,letih dan tidak mampu untuk melayan sesiapapun..namun demimengembirakan pasangan di depan mata anda masih mampu mengukir senyuman padanya..inilah senyuman ikhlas krn menggembirakan insan lain..
Kedua adalah memberi salam.Jangan beri salam ketika masuk ke rumah tetangga dan orang lain..berilah salam pada isteri dirumah sendiri setiap kali bangun tidur iaitu kala melihat wajah suami atau saat isteri melihat suami.Bersalaman ketika mahu ketempat kerja turut mengerat kasih sayang..amalan mencium tangan suami kala mahu berpergian jadikan amalan...jika kita bersalah cepat-cepatlah minta maaf..Hulurkan tangan dan berjabatlah tangan selama mana yang kita mahu..biarkan tangan terasa panas baru lepaskan..
Kesimpulannya..senyuman itu umpama baja dan berjabat tangan umpama air didalam kebun cinta rumah tangga..InsyaAllah,jika kebun cinta kita selalu diairi,dibaja dan diberikan cahaya,maka perasaan kita akan gembira..akan positiflah fikiran dan apa juga bentuk tindakan yang kita lakukan."FIKIRAN POSITIF MEMBUAHKAN KEBAIKAN"Itulah antara resepi"baiti jannati"....
TIP MENYUBURKAN CINTA
SELALU MEMBERI SENYUMAN DAN BERJABAT TANGAN SESAMA PASANGAN.
BUAT AKTIVITI DI RUMAH BERSAMA.
BERIBADAH BERSAMA,KE KELAS PENGAJIAN BERSAMA BERDOA,BERJEMAAH DAN BERPUASA BERSAMA.
LAZIMKAN MEMUJI PASANGAN DAN MEMBERI UCAPAN MANIS BIARPUN SEKADAR UCAPAN TERIMA KASIH.
JANGAN MARAH,SEKALI LAGI KURANGKAN MEMARAHI PASANGAN.
GEMBIRAKAN HATI PASANGAN DAN BERGURAU SENDA SELALU...
Marilah kita mencubanya agar resepi kebahagiaan ini menjadikan kebun cinta kita subur kembali..jangan putus asa..tidak salah jika kita mencubanya.....semoga kita lebih memahami pasangan dan sedar kesilapan kita setelah membaca catatan dari ustaz Pahrol Juoi ini...saya turut merasai bahang dari hasil tulisannya..tak sabar nak cuba....bye...jumpa lagi di lain catatan..wasallam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan