Rabu, 7 September 2011

MARI KITA CUBA PRODUK MONAVIE




'Bersama eksekutif monavie asia tenggara'




        
                           Bersama Royal Black Diamond rakyat Malaysia Islam di dunia En.Shah Khan. 001


                



CUBA AMALKAN SELAMA 40 HARI . HANYA DENGAN SATU KOTAK RM 440 UNTUK HARGA AHLI SAHAJA, JIKA MAHU HARGA MURAH SERENDAH RM81 SEBOTOL HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0173528110 DAN EMEL SAYA arniisri@yahoo.com

'CUBA DULU BARU TAHU'


Dr. mokhtar sekarang kempen 1Malaysia agar sesiapa yang ada masalah jantung guna monavie pulse


Testimoni yang telah meyakinkan Dato Dr.Zainal pakar  Jantung di IJN kehebatan acai berry Monavie yang mampu membantu ramai pesakit Jantung dan Kanser di Malaysia dan di Dunia.



khasiat acai berry..rakyat Malaysia harus mencubanya



Rabu, 24 Ogos 2011

TERASA HATI @ BERKECIL HATI

Sebagai manusia biasa kita tak lari melakukan kesilapan,alpa,diuji dan sering terlanjur kata dan perbuatan.Namun begitu keegoaan diri yang tinggi dan kedegilan hati sering menguasai tindakan dan berlakulah perselisihan.Sekecil manapun  perselisihan jika.tidak diselesaikan dengan cepat dan tidakan yang wajar akan menjadi api di dalam sekam..berpanjangan dan membawa dosa berpanjangan..Kemenangan dipihak syaitan yang berjaya menguasai hati dan nafsu manusia...Lebih  lama BERKECIL HATI pada seseorang maka lebih banyaklah DOSANYA kerana TIDAKREDHA DENGAN UJIAN.

Saya pernah melalui masalah yang sama.Menyedarinya maka saya kongsikan sebuah catatan buat renungan diri,anak-anak keluarga dan sahabat handai  agar kesilapan ini tidak berulang dan menjadi teladan di masa depan.

DISEBUAH MAJLIS ILMU:

 TAJUK KULIAH  :"MENGECILKAN HATI ORANG ADALAH BERDOSA ,BERKECIL HATI JUGA ADALAH BERDOSA.TETAPI LEBIH BESAR DOSANYA JIKA KITA BERKECIL HATI"

Saya semakin keliru....

Kenapa orang kecilkan hati kita,kita pula yang berdosa?

Lalu saya bertanya apa maksud kenyataan itu.

Ustazah; Jika seseorang mengecilkan hati dan menghina kita, dia berdosa.Jika kita pula terasa hati dengan penghinaan dia kita pun berdosa.Tetapi dosa kita lebih besar dari dia.

Saya: Kenapa pula?padahal dia yang mulakan dan saya yang di hina dan di sakiti?

Ustazah: Orang yang menghina dan menyakiti kita itu adalah peringatan dari Allah dan ketentuan dan UJIAN dari ALLAH.

Saya; BLUR.....

Ustazah: Kenapa kita dihina oleh orang itu?Kerana ujian dari Allah.Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?Kerana Allah ingin mengingatkan diri kita agar redha dan sabar.Allah sering mengingatkan kita agar tidak leka dengan dunia dan sentiasa mengingatiNYA.Bila kita BERKECIL HATI dengan ujian sekecil itu bermakna kita gagal di uji.Kita tidak redha dengan ujian yang ALLAH HADIAHKAN.Itu bermakna keimanan kita masih tipis dan goyah.Ianya umpama diri berkecil hati dengan UJIAN ALLAH...disebalik UJIAN ITU TERSELINDUNG RAHSIA DAN HIKMAHNYA..

Saya :   Terasa pernah melaui sebegitu baru-baru nie...ASTAFIRULLAH..OK fahamlah saya..ustazah.

Ustazah :  Dosa lebih besar pada yang berkecil hati kerana dia akan menceritakan kepada kawan-kawan.Saya berkecil hati dengan sikap dia....saya rasa macam nie...rasa macam tu...Kawan2 pun bercerita pada kawan2 lain.BERPANJANGAN SEHINGGALAH DITOKOK TAMBAH makanya  orang yang dihadiahkan UJIAN OLEH ALLAH dan disakiti tadi lebih berdosa kerana dia tidak SABAR DAN REDHA dengan ujian ALLAH.Orang yang mengecilkan hatinya tetap berdosa..tetapi dosa yang disakiti hati akan besar dan berpanjangan selagi masih berterusan berkecil hati..ingatlah keredhaan kita pada ujian Allah akan lesap dan bertambah dosa kita ... jika berkecil hati pada seseorang

Saya; Termakan cili..sangatlah pedas...saya cuba berubah! insyaAllah..

So,the conclusion is..Jangan mudah terasa hati.Tanamkan rasa sabar di hati agar menerima ujian Allah agar mendapat hadiah dari UJIAH ALLAH  yakni pahala kesabaran . Syurga kelak sebagai balasan jika melatih hati bersabar walaupun sebesar zarah...maknanya...Berkecil hati samalah dengan kita tidak redha dengan ujian ALLAH.Itu menggambarkan kita tidak redha.Nauzubilllah..

P/s; Disini saya memohon keampunan pada kawan saya sri ,siti,maslina mahupun sahabat yang lain kerana pernah berkecil hati dengan kalian.Saya inginkan persahabatan kita berpanjangan.Saya memohon kemaafan jika telah bertindak tidak wajar.Semoga Allah membimbing hati saya agar belajar menerima ujian.Saya sedari kekurangan diri dan sentiasa memohon agar kalian menerima saya seadanya dan berterus terang jika saya menyakiti hati kalian tanpa saya sedari...Kebaikan kalian tidak saya lupakan.Saya memang mudah terasa hati kerana itulah kelemahan diri ini.Bimbing saya dan tegur saya secara baik insyaAllah saya boleh mengubah sikap saya...Semoga Hadiah Allah ini tidak saya sia-siakan kerana saya cuba bersifat Redha pada kalian  kerana Redha Allah pada hambaNya itulah yang diharafkan...amin.

Jumaat, 1 Julai 2011

BILA CINTA SUAM-SUAM KUKU


Bila usia isteri dan suami melewati 45tahun, dan perkahwinan mula mencecah 20 tahun...ketika itu anak-anak sudah dewasa.Sering satu soalan timbul dalam hati para suami...Bagaimana hendak membuat isteri terus malah lebih mencintainya berbanding anak-anak?

Pelik bunyinya bukan? Suami cemburu terhadap anak-anak? Jangan nafikan, ia sering berlaku.Bila isteri mengutamakan anak-anak padahal syariat mengingatkan-UTAMAKAN SUAMI BERBANDING ANAK-ANAK.

Sayangnya , isteri sering lupa. Maklumlah anak sudah besar-sudah boleh bersahabat, berkongsi suka duka. Suami pula sering 'Membisu ' atau 'SIBUK' dengan pergolakan luaran dan dalaman sendiri..Maka si isteri berpaling kepada anak-anak , atau pada cucu-cucu , mungkin!

Tanpa sedar suami akan rasa terpinggir sedikit demi sedikit.Terasa dirinya seolah-olah kurang dicintai walaupun bukan itu sebenarnya maksud isteri.CINTA ada tetapi SUAM-SUAM KUKU.

Kerap terjadi suami mula mencari 'ORANG KETIGA' buat berkongsi rasa. Mula-mula atas dasar sahabat, kenalan dan saudara. Lama-lama melarat menjadi hubungan cinta.Apabila cinta sudah 'MEMBENGKAK' barulah isteri tersentak.Rupa-rupanya suami bercinta lagi bukan dengan dirinya tetapi dengan orang lain.

Sering terjadi juga bila suami terlalu 'ABSORBED'  dengan tugasan sehinggakan terlupakan pasangannya.Kesibukan suami tidak mengira masa dengan kerjaya dan kawan-kawan membuatkan isteri rasa terabai... Sebenarnya, isteri juga inginkan perhatian , kemesraan dan belaian.Salah satu dari dua keadaan ini sering terjadi.

Akhirnya  dua-dua ego dan saling menyalahkan.Kedua-duanya perlukan masa untuk muhasabah kekurangan dan kelemahan diri...bukan dengan cara  mencari jalan keluar yang mudah untuk mengisi kekosongan dan kebosanan diri .Konflik tuduh- menuduh dan salah menyalahkan perlu dielakkan.Usahlah memikirkan diri sendiri jika situasi ini terjadi , yang harus diselamatkan adalah perkahwinan anda, berilah ruang dan peluang pada pasangan untuk berfikir dan berubah....

Ada yang lebih parah sehingga ke tahap saling mahu menunjukkan kehebatan masing-masing.Si isteri mencabar suami, "Jika abang boleh cari lain,saya pun boleh!". Akhirnya membawa bencana paling ditakuti iaitu PERCERAIAN....Kisah ini sepatutnya menjadi teladan pada kita, agar tidak terjadi pada diri dan keluarga kita.Jika masih boleh diatasi, bawalah berbincang.Jangan biarkan....

Ketika itu bermacam-macam tohmahan diluahkan-"Orang tua gatal" , "ORANG TUA MIANG KELADI" dan sebagainya..Sering terjadi perkelahian sebegini..Malang sekali, satu masalah kerap diselesaikan dengan masalah yang lain.Sepatutnya suami dan isteri saling berbincang dari hati ke hati  mengatasi  KERETAKAN DAN CINTA SUAM-SUAM KUKU..dan  CARI JALAN KELUAR bagaimana agar hubungan CINTA MEREKA kukuh bertapak seiring kedewasaan anak-anak, bukan umpama retak menanti belah.

RASA TIDAK DICINTAI LAGI...menjadi punca perceraian di senja usia.Masing-masing merasa diri tidak dicintai lagi.Hakikatnya dihati mereka sama-sama cinta!  JIKA MASIH SAYANG..MASIH CINTA , PERSOALAN INI HARUS DI JAWAB DAN DIPERSOALKAN DALAM DIRI MASING-MASING....begini caranya

CARA MUDAH MEMBUAT ORANG LAIN MENCINTAI KITA IALAH DENGAN KITA TERLEBIH DAHULU MENCINTAI ORANG TERSEBUT.Jika kita lebih cinta, maka dia pun akan lebih cinta. Ingatlah , pesanan ini.InsyaAllah, amalkanlah...

UNTUK MENDAPAT PERHATIAN, BERILAH PERHATIAN. UNTUK MENDAPAT BELAIAN, BERILAH BELAIAN. Ingatlah...cinta itu bukan kata-kata tetapi tindakan dan perbuatan.

SESIAPA YANG BANYAK MEMBERI DIA AKAN LEBIH BANYAK MENERIMA.
Sesiapa yang mencintai ALLAH S.W.T, akan mendapat kelebihan untuk mencintai orang lain. Muhasabah diri selalu, bagaimana hubungan diri dengan Allah s.w.t? Ini penting kerana modal kita mencintai isteri ,anak-anak dan sesiapa saja ialah cinta kita terhdap ALLAH S.W.T.

Cinta ALLAH SWT modal kita untuk mencintai manusia. Jesteru, iman dan kasih sayang itu sangat sinonim hubungannya. Sabda Rasulullah s.a.w
 "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri ". Jangan cinta puan, cinta suami dan cinta anak-anak saja yang diperkirakan....Muhasabahlah juga sejauhmana cinta kita pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w ? .Adakah cinta itu telah kita bangunkan ? Adakah  cinta itu terus  menjadi asas dan teras rumahtangga kita?fikir-fikirkanlah...

Jangan menunggu peluang, tetapi ciptalah peluang. Ertinya, anda mesti mengambil langkah pertama yakni dengan bertindak 'LEBIH' mencintai ALLAH S.W.T agar rasa kecintaan itu memberi harapan pada diri anda untuk belajar mencintai suami lebih hangat..bukan suam-suam kuku...Jika kita mahu suami berubah, kitalah harus berubah dahulu..Apapun langkah yang diambil..selalulah yakin dan berpegang pda jalan yang benar..ingatlah kemenangan selalu berpihak pada insan yang sabar....

Semoga paparan ini mampu memberi semangat kepada kita untuk belajar memberi peluang pada suami mahupun pada isteri yang amat kita cintai..Tiada siapa mampu mengubah cinta suam-suam kuku kecuali kita sendiri..Anda memiliki kunci kebahagiaan itu..semarakkanlah cinta dan pulihkan suasana dengan semangat baru dan fikiran yang positif..Doa dan beriktiar selalu akan mengukuhkan kerukunan rumahtangga yang dibina...Ingatlah sahabatku untuk merobohkan sesuatu memang mudah dari membinanya...oleh itu fikir-fikirkanlah.....SEMOGA KEBAHAGIAAN YANG SERING KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN....AMIN.

Isnin, 20 Jun 2011

sedetik lebih..





SEKIRANYA INGIN MENDENGAR LAGU SILA PAUSE LAGU DI BLOG DULU..CARI HANDPHONE SAYA DI SEBELAH KANAN TU YER..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata kuperlukan cinta darimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa...


Kasihku
Kuamat menyintai kamu
Kerana kau beri arti hidup
Kukan menyinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Kubersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih ada kamu

KISAH SEBALIK LAGU:
.................................................................................................................................
Memang best tengok filem nie..Kisah bertemakan sejarah antara filem yang menarik minatku untuk menontonnya.Lagu Anuar Zain pula tu...Dalam senarai  penyanyi yang kuminati...lagu tema  filem ini menarik perhatianku kerana liriknya dan melodynya indah..

Lagu ini sama seperti lagu lain juga, liriknya menggambarkan perasaan cinta mendalam pada kekasihnya..sangguh mendalam sehinggakan sanggup kehilangan segala demi cintanya.Benarkah masih ada cinta Agung yang diungkapkan dalam lagu ini?..Masih adakah cinta yang sedemikian?Padaku,biarlah hanya merasakannya kala hati berlagu kerana ia mustahil untukku miliki Apatah lagi untuk mengangan-angankan..jauhlah sekali..Masa telah merubah segalanya..zamanku telah berlalu, yang tinggal hanya sisa hidupku yang entah bila berakhir..Biarlah sisa usia yang ada ini mendidik diri agar belajar untuk setia dan terus mencintai  insan yang bergelar suamiku kerana itulah jodohku, anak-anak yang kusayangi dan mengasihi sahabat yang meyayangi diriku...ku tujukan lagu ini pada kalian semua....

Hanya satu harapan masih dihatiku untuk terus menyemai dan menyuburkan cintaku pada Allah S.W.T..Itulah saja HARAPAN dan satu-satunya  peluang dan masa yang ku ada..Biarlah ia menjadi sandaran segalanya..cinta YANG ADA hanya pada suamiku, anakku , keluargaku dan sahabat yang kusayangi..kerana kesetiaan yang tidak berbelah-bagi menjadi pegangan HIDUPKU..

 "Cinta sedetik lebih" tak akan menandingi  KEAGUNGAN CINTA ILLAHI yang mengajar manusia memberi tanpa mengharaf sekelumit balasan dan menaruh harapan....PadaNya jualah sepatutnya dan seharusnya kita sandarkan segala-galanya..Cinta manusia kepada manusia hanyalah cinta  biasa .Tiada lagi CINTA LUARBIASA  sehebat cinta  Shah Jehan dengan Mumtaaznya..CINTA AGUNG DAN SETULUS  Cinta Adam kepada  Hawa..zaman ini sukar lagi mendapatkannya..Sejarah mengajar kita..pengalaman membentuk pemikiran kita..usah mengangankan sesuatu yang tidak mapu kita kecapi, akui hakikat CINTA Mengundang derita dan menagih pengorbanan.Jika tidak mampu berhadapan dengan DERITA CINTA ,apa lagi berkorban demi memperjuangkan cinta jangan mimpikan merasai CINTA SEJATI..Tiada CINTA tanpa dugaan dan kesulitan..Berusahalah memiliki apa yang diimpikan tanpa rasa putus asa dan lelah..kerana CINTA ITU DIUJI...
CINTA  KUDUS PADA ALLAH SAHAJA MAMPU MENJAGA RASA CINTA SESAMA MANUSIA..ABADIKAN CINTAMU padaNYA pasti dirimu tidak pernah kecewa,derita dan dikhianati..Jika kau masih mendambakan cinta manusia, kau akan letih dan kecewa kerana cinta yang berlandaskan NAFSU dan TIDAK diberkati Allah pasti MENGUNDANG BENCANA DAN KEHAMPAAN..Pasti  dikecewakan dan merasa derita sakit terluka..Binalah cinta pada landasan yang BENAR  berasaskan keimanan dan ketulusan hati...

Pelajari bagaimana menjalani ujian kala menghayati perjalanan cinta sejati Adam dan Hawa.Selingkar kisah percintaan yang tulus dan suci dari syurga mereka bertemu dan berpisah juga . Hanya Allah menentukan segalanya..kumasih PERCAYA biarpun hatiku berkata, Segalanya BERKEMUNGKINAN .Seandainya masih ada cinta dari hati yang tulus mengasihi pasti akan dihargai..Simpanlah cinta dilubuk hati kerana yang dicintai pasti merasai kerana PERCINTAAN ITU PENYATUAN DUA HATI biarpun tanpa perlu mengucapkannya TAKDIR TELAH MENENTUKAN SEDEMIKIAN.......


Tiada cinta yang tidak mengenal arti nestapa.INSAN YANG BERCINTA pasti  merasai derita,sakit ditinggalkan,sengsara kala dikhianati ,pedih dipermainkan dan kelukaan kala hilang rasa cinta...CINTA ADA pasang surutnya ,bagai lautan yang pasti dilanda badai dan tsunami..Cinta hanya indah dihayati dan di baca samada dari cerpen,novel dan tayangan di filem dan drama .Itu semua lakonan dan hasil karya dari cetusan rasa dan idea penulis skrip dan rekaan semata bukan kenyataan.Biarlah lagu "SEDETIK LEBIH" ini menghiasi dan membuai rasa para pendengar yang meyukai lagu ini.Pasti ada kenangan di sebalik keindahan liriknya..

Bagi diriku pula..Cintaku  tiada seribu janji apa lagi ungkapan kata-kata puitis...Aku hanya bahagia kerana dicintai dan membuat insan lain bahagia untuk selamanya...Biarlah PEMILIK CINTA menentukanNya akan takdir CINTAKU ini....Kini kusedari dan memahami bahawa CINTA bukan untuk memiliki tetapi  untuk memberi.... Semoga mereka yang merasai kasih dan sayangku selama ini berbahagia menerima cintaku dan tahu menilai CINTAKU seadanya..Hanya ALLAH S.W.T yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untukku...

CINTA BUKAN BERARTI MEMILIKI



Bila kita mencintai seseorang , kita berfikir tentang dirinya  bukan diri kita. Kepentingan diri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itulah diutamakan. Macam lagu dalam filem Hang Tuah , kala Tun Teja disuruh makan sireh agar melupkan Tuah yang dicintainya..betul tak? Bagaimana jika kepentingan diri sendiri diutamakan, perasaan, jiwa kekasih hati dibiarkan, maka jawapannya itu bukannya CINTA tetapi MEMPERALATKAN CINTA namanya!

MENCINTAI ITU MEMBEBASKAN, manakala memiliki itu cenderung kepada mengawal dan mengikat.Berapa ramai isteri yang MENGAWAL  suaminya atas nama CINTA.Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan hidup seharian. 'Bila nak balik?", 'Kenapa lambat?", "kalau abang tak balik lagi saya akan...." bolehkah itu dikatakan ayat-ayat cinta? Maaf, pertanyaan seperti itu lebih mirip kepada pertanyaan seorang majikan kepada pekerja, bukan antara seorang isteri kepada suami yang dicintainya.Jika kita pernah lakukan sedemikian..berubahlah..jangan lakukan lagi...belajar dari kesilapan diri demi kebaikan bersama..ini barulah perkongsian dua hati dan sejiwa..Mari kita lihat bagaimana sikap sang suami pula...

Suami apa kurangnya....lebih dasyat prasangka dan cemburunya...Segala gerak- geri isteri sentiasa dipantau penuh curiga.Setapak isteri melangkah, menggelegak rasa cemburunya di dada. Prasangkanya sudah ketahap merimaskan sang isteri.Salah sedikit marah, terlanjur sedikit ugutan....Bila ditanya, mengapa? Si suami tak mahu mengaku, "kerana saya terlalu cintakannya"..itulah jawapan sang suami...Padahal, jika diamati dengan teliti, itu semua kerana cintakan dirinya  sendiri. Kasihan si isteri menjadi seperti "BURUNG DI DALAM SANGKAR" Di penjara di dalam banglo mewah bak istana, di limpahi intan permata, serta segala kemewahan...tetapi dinafikan suara hatinya.Pernah dengar kisah isteri diperlaku sedemikian..memang biasakan.....Contoh kisah rumahtangga yang dialami isteri...

Sudah lama tidak menziarah ibuayah.Suami tahu hakikat itu.Boleh jadi telah bertahun-tahun. Si isteri memendam rasa.Ingin bersuara takut disentak.Ingin meminta takut dibentak.Boleh jadi akan di 'boikot ' memanjang dengan silent mode begitu menyeksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Isteri dipujuk ke mall ziarah kedai emas, dibelikan subang ,rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan..Jangan , jangan begitu, kerinduan itu tidak dapat digalangganti dengan emas dan permata...

Belajarlah membebaskan khususnya pasangan yang telah lama berumahtangga.Apabila usia perkahwinan meningkat, cinta berapi akan malap.Yang tinggal tanggungjawab saja..tahukah apa itu cinta sebenar?Kala usia perkahwinan meniti usia emas...Yang tinggal cinta sebenar..Warna sebenar pasangan telah kelihatan 9true colours) pasangan kita, semangkin hari semakin terserlah, mampukah kita bersabar dan bertahan atas kelemahan dan kekurangan pasangan ketika itu walaupun sudah bertahun-tahun kita hadapi?.Jika nak tahu anda benar-benar mencintainy..teruskan membaca..selami diri dan hati pasangan anda...

Sudikah kita memberi peluang kedua,ketiga dan berkali-kali tanpa perlu dikira untuknya memperbaiki diri? Jika masih sudi,bermakna kita masih cinta. Namun jika kita sudah jemu, jika enggan, jika dah bosan itu petanda kurangnya  rasa CINTA...

Haruslah kita ingatkan ini pada diri kita sendiri...INGATLAH!!!!..Jika pasangan kita ada kerenahnya, apa KURANGNYA DIRI KITA? Jangan kesabaran kita saja yang kita perkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap kerenah kita juga wajar kita pertimbangkan...SUAMI ADALAH CERMIN ISTERI DAN SEBALIKNYA....Sebagai cermin kenalah memperbaiki apa yang cacat dan perelokkan kekurangan diri pasangan..Tegur,nasihat dan beri panduan secara hemah..Sabarlah mengubah diri pasangan kerana bukan mudah mengubah sikap...

Jadi ...jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan MUHASABAH DIRI....sedarlah bahawa kesalahan dan kelemahan pasangan bukan mereka inginkan..berilah peluang padanya sebagaimana dia memberi kita peluang....Bukan itu yang mereka sengajakan dan mahu lakukan pada kita..Meraka juga sedang berhempas pulas ingin mengatasi kelemahan dan kekurangan diri..Sebagai pasangannya ..wajarlah kita memberi panduan dan sama-sama menginsafi kelemahan diri..Saling memberi peluang dan ruang..memahami dan mengasihani..Berlemah lembut dan salinglah berkongsi kelemahan..buangkan sikap ego dan tidak boleh ditegur..

MALANGNYA...ramai yang tidak sabar dengan kerenah pasangan sendiri.Keceriaan dan ketenagan hidup sepertinya telah terhakis oleh sikap pasangan..Masing-masing mahu membebaskan diri masing-masing tanpa memikirkan keserasian bersama dan tanggungjawab membaiki diri pasangan secara sabar...Tiada lagi istilah saling memberi dan menerima kekurangan pasangan..Ingatlah..pasangan kita manusia biasa bukan malaikat..ada keburukan dan melakukan kesilapan..kita pun sama..Bersabar dan memberi peluang padanya berubah ..itulah CINTA SEBENAR...jika tidak akan terjadi...

"Habis madu sepah dibuang.".Itu bukti cinta insan yang hanya mahu memiliki..Bila barang itu hilang fungsinya dan tiada manfaatnya lagi ,maka apaguna lagi di simpan?Begitulah cinta kalau tujuannya untuk MEMILIKI...TETAPI jika tujuannya BUKAN untuk MEMILIKI kita akan terus CINTA tidak kira apa keadaan pasangan kita ,kita tidak buang  jika ia hilang fungsi..tetapi kita baiki.Demi cinta dalam diam-diam hati mereka berbisik "JIKA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU SUKA,AKU MESTI BELAJAR MENYUKAI APA YANG AKU DAPAT".

Itulah cinta sebenarnya.INGATKAN DIRI SELAU...."Tidak ada cinta seikhlas cinta ALLAH". ALLAH yang Maha Kaya, TIDAK memerlukan sedebu manfaat daripada HAMBANYA...DIA tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan NYA..

Jeteru cintaNya benar-benar suci kerana hakikatnya ALLAH Tidak inginkan sebarang balasan atau ganjaran.Ya, Tuhan memiliki bukan membelenggu.CintaNYA membebaskan..Untuk bebas daripada memperalatkan cinta dan diperalatkan cinta, jadikan cinta ALLAH sebagai asas dan di atas segala cinta.....Jangan meyeksa diri.Sangka baik kepada suami dan isteri..Biarkan cinta Allah melestarikan cinta kita sesama manusia...

Buat suamiku..selamat hari lahir buatmu..sesungguhnya hanya dirimu dalam hidup ini yang memahamiku,mengasihiku seadanya diriku..Kasihmu,pengorbanan yang kau lakukan demi membangunkan cinta kita menjadikan aku dewasa .Terima kasih atas budibaikmu, kesabaran dan pengertianmu.Semoga kita tetap bersama dan bahagia dalam membangunkan institusi kekeluargaan yang dibina...Aku tetap ingati tanggal kelahiranmu suamiku....semoga Allah lanjutkan usiamu,dikurniakan kesihatan dan berkati kehidupanmu..amin ...

Sabtu, 18 Jun 2011

MENIKMATI SAKIT


Sesungguhnya mensyukuri nikmat sakit itu satu kewajipan ke atas orang beriman.Manakala KESIHATAN merupakan NIKMAT terbesar yang dikurniakan Allah kepada HAMBANYA.Namun kenikmatan itu hanya dapat diukur oleh orang yang sakit. Manusia dapat menilai arti KESIHATAN hanya apabila nikmat tersebut HILANG.Bilamana sakit menimpa, maka ia telah melenyapkan kebahagiaan.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud"Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu KESIHATAN DAN WAKTU LAPANG" Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan daripada penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan untuk kesembuhan dari penyakit tersebut.

Selain penyakit dapat menghapuskan dosa, ia juga dapat mengangkat darjat seseorang disisi Alah s.w.t. Apabila penyakit menimpa orang yang beriman, lalu ia mampu bersabar,nescaya semuanya menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya.Rasulullah s.a.w bersabda "Kalau Allah menginginan kebaikan bagi seseorang hamba , maka Allah akan mempercepatkan seksaan di dunia".

Sekiranya imannya kuat,maka cubaan yang menimpanya juga berat.Sekiranya imannya lemah, maka cubaan yang menimpanya juga sesuai dengan kadar imannya.Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di mukabumi in tanpa memiliki dosa lagi"

Sesungguhnya setiap kali Allah datangkan KESUSAHAN, pasti Allah datangkan KEMUDAHAN sesudahnya.Ini kerana ia sudah menjadi sunnahullah yang berlaku kepada makhlukNYA.

Bolehjadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu menekan jiwa , namun pasti ada jalan keluar dari sisi ALLAH yang akan diperolehinya.Mungkin saja seseorang yang menghadapi saat-saat kesukaran dan merasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka dihadapan matanya jalan keluar dari kesukaran yang tidak pernah difikirkan atau terfikir sebelumnya.

Ingatlah..orang yang terkena MUSIBAH,hakikatnya sedang menanti KESENANGAN dan orang yang sedang dalam KESENANGAN, hakikatnya sedang menanti MUSIBAH.


Syaitan tidak pernah letih untuk menyesatkan seorang MUSLIM samada ia lemah,kuat,sihat dan sakit.Oleh itu berjaga-jaga kepada langkah syaitan setiap masa.Perkara berikut harus diambil perhatian ketika SAKIT:

1. Jangan sampai berburuk sangka terhadap ALLAH atau berasa kecewa dan berputus asa.Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud bahawa Allah azzawajalla berfirman "Aku hanya mengikut sangkaan hamba-KU sahaja.Kalau ia  bersangka baik kepada-KU, Akupun akan berbuat begitu.Anadai ia bersangka buruk kepada KU, Akupun akan berbuat begitu Terhadapnya".Allah mengabulkan doa hambaNYA  sesuai denagan permintaannya.Maka sentiasalah menjaga dan meluruskan niat kerana ALLAH sentiasa menurut sangkaan kita.

2. Sebaik-baiknya jangan menghebahkan khabar sakit dan mengeluh.

3.Jangan membuang masa dengan pekerjaan yang sia-sia dengan mendengar,melihat atau bercakap perkara yang haram.

4.Jangan remehkan soal menutup aurat ketika sakit.

5. Jangan berubat dengan unsur syirik dan haram.Antara perubatan haram yang perlu dielakkan adalah mendatangi dukun atau tukang tilik.Apabila pesakit itu bersabar menahan beratnya penyakit tersebut dan rasa sakit yang hebat, itulah lebih baik dari menempuh cara yang mengiringnya ke neraka yang menyala-nyala.

Fitrah beragamalah yang mengangkat darjat manusia semulia malaikat atau lebih mulia dari malaikat.Sebaliknya jika fitrah beragama ini diabaikan dan ditolak, manusia boleh jatuh ke darjat yang lebih hina dari haiwan dan syaitan.

Bersyukurlah kita kerana msih dikurniakan nikmat sihat yang tidak mampu kita beli dengan apa jua gantinya..Jika miliki segunung emas sekalipun kita tidak mampu memilikinya...Nikmat sihat itu sudah cukup buat kita merasa bahagia dari mereka yang sedang terlantar di hospital.Bersyukurlah kerana dikurniakan ALLAH kesihatan yang baik...

Jumaat, 17 Jun 2011

Biar bersusah-susah dahulu...


Dalam hidup ini hendak mencapai kejayaan memang tiada jalan pintasnya.Jalan menuju kejayaan sangat payah dan perlukan pengorbanan baik dari segi masa,emosi,wang,titik peluh dan suka duka..Jangan putus asa dan teruskan usaha tanpa jemu dan berdoalah agar dibantu dengan iringan doa yang tak pernah putus..
Jangan dengar cakap orang,mereka hanya pandai memberi komen dan melemahkan semangat..dengarkanlah kata hatimu yang berkobar-kobar mengejar impian hidupmu itu..

"DI MANA ADA KEYAKINAN DISITU ADA JALAN." Yakinlah Allah telah menjamin rezeki setiap anak Adam.Dimanakah keyakinan kita pada Allah s.w.t bahawa dia Al-Razzaq iaitu MAHA MEMBERI REZEKI.Kita hanya berusaha dan terus berusaha melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan penuh tanggungjawab melaksanakan urusan yang telah diberi.

Jika awal-awal kita telah menolak peluang kerana takutkan kesusahan, orang lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut.

Saya kagum mendengar cerita seorang ibu berusia 60an yang berusaha untuk mengisi masa lapangnya dengan menghafal ayat-ayat Quran setiap hari.Kerja menghafaz memang memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi.Walaupun satu hari dia menghafaz 3-5 ayat saja,akhirnya dalam masa lima tahun dia telah menghafal seluruh al-Quran.Biarpun lambat, tetapi usahanya membuahkan kejayaan.Bukan mudah menghafaz dalam usia yang telah masuk 60an yang mana sedikit ingat dan banyak lagi lupa...Namun kejayaan nenek tadi kerana sikap istiqamahnya yang tak pernah kenal arti putus asa dan melakukannya secara berterusan dengan sabar.

Tetapkanlah matlamat yang ingin kita capai dalam hidup ini.Fikirkan masa depan yang cemerlang..Kita adalah apa yang kita fikirkan pada masa ini.Berpegang teguh pada ayat al-Quran dan sunnah agar kita tidak terpesong jauh dari landasan Islam.Bersabarlah jika menghadapi kesusahan,kegagalan atau rintangan kerana Allah s.w.t akan membalas dengan ganjaran pahala kepada insannya yang sabar sebagaimana firmannya"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan  sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta ,jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar."(surah al-baqarah ayat 2;155)

Cabarlah diri untuk melakukan yang terbaik.Misalnya lebih banyak membaca, bijak mengatur masa, solat pada awal waktu, bijak menyusun stratergi, lebih berdisiplin dan jangan putus asa.Jika gagal carilah kelemahan sendiri dan sebaik-baiknya belajar dari pengalaman orang yang telah berjaya.Tanamkan sikap rendh diri dan tidak malu bertanya pada orang yang telah berjaya.Contohi mereka dan lakukan apa yang telah mereka usahakan.

Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.Semoga kesusahan atau kepayahan yang dihadapi hari ini menjadikan kita insan yang mempunyai semangat juang yang tinggi pada hari-hari yang dilalui untuk menjadi insan yang berjaya...

Ingatlah..cara belajar yang paling berkesan adalah MEMPRAKTIKKAN apa yang kita pelajari.Untuk mendapat pengalaman, ILMU perlu DIAMALKAN.Setelah diamalkan barulah apa yang DIPELAJARI dialami.PENGALAMAN itulah GURU  yang paling baik.

Sabar itu indah..Ganjarannya syurga.Dengan keyakinan itu,penderitaan yang sedikit dan sementara kala hidup di dunia mampu dihadapi kerana mengharafkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di SYURGA.....

Menolak Permusuhan.(musuh vs sahabat)


Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepada kamu dengan cara baik; Apabila engkau  berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, DENGAN SERTA-MERTA AKAN MENJADI SEOLAH-OLAH SAHABAT KARIB.(Surah fussilat: 34)

TIP MENOLAK PERMUSUHAN:

1. Maafkan,tanpa mengira pihak siapa bersalah.

2. Jika tidak mampu memaafkan,cepat berlalu dan diam, tanpa membalas.

3. Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan
    'MUSUH' kita itu.

4. Muhasabah hubungan kita dengan ALLAH.Mungkin ALLAH mendidik kita melalui
    kerenah musuh kita itu.

5. Sedarlah,kita hanya hamba,penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti,
    disalahtafsirkan dan sebagainya.

Sekiranya kita amalkan 5 tip di atas, InsyaAllah kita akan lebih tenang , lebih sabar dan lebih bahagia selepas berhadapan dengan krisis..Jadilah insan yang belajar dari tip dan kata-kata hikmah agar hati kita lembut dan berpegang pada kebenaran demi menjadi sahabat bukan menjadi musuh di mata insan lain kala menghadapi apa jua perbalahan.

  Bukan mudah mengubah sikap dan membentuk pribadi sendiri, apalagi mahu mengubah sikap insan lain. Di dalam tubuhnya  dan tubuh kita ada seketul daging yang bernama 'HATI' . Di sanalah letaknya harapan dan segala-gala yang kita hajati. Peganglah hatinya dan bersabarlah mendidiknya..InsyaAllah , cinta kepada perdamaian,ketenagan adalah jalan kebahagiaan.Hanya doa mampu mengubah takdir..

Keabadian cinta sebenarnya blog yang mendekati dan mencari KEBAHAGIAAN dengan mendapatkan CINTA Allah, tanpa kehadiran CINTA ITU , cinta yang lain akan pudar dan rebah..Mencintai kedamaian dan ketenangan itu lebih mampu mendekatkan diri kita padaNya.Oleh itu elakkanlah  perbalahan, berselisih pendapat dan bertikam lidah walaupun sehari.Tiada kebahagiaan sekiranya hatimu tiada ketenangan dan hidup dalam jiwa yang berperang.

Carilah solusinya  dan cubalah memujuk hatimu dahalu sekiranya diuji dan jiwamu resah kala musibah itu singgah...Ingatlah! kerendahan hati dan sifat kehambaaan itu SANGAT INDAH!..Biarpun kalah dan hina  pada kacamata kita sebagai manusia tapi tinggi martabatnya pada kacamata Allah swt. Oleh itu jagalah KETENANGAN HATIMU.....ABADIKAN CINTAMU demi sebuah persahabatan,persaudaraan bukan permusuhan....Amin ya Rabbal A'lamin.Terima Kasih. 

Selasa, 14 Jun 2011

14hb June. 1970...


salam?cuaca hari ini sangat sejuk..pagi hari hujan selebat-lebatnya.Terhenti hasrat hati keluar mencari kek.Bila keluar nak beli kek pastinya ada sesiapa yang menyambut hari ulangtahun.14hb June 1970 kira-kira 41 tahun lalu..pastinya ibu dan ayah paling bahagia dan gembira menyambut kehadiran adik kembarku..usiaku ketika itu baru 2tahun..Masih kecil dan tak rasapun ada adik..Kelahiran anak kedua bagi ayah dan ibuku..akulah paling bertuah kerana dapat dua orang adik sekaligus..

Menurut cerita ibu..semasa mengandungkan adik cuma sekali saja ibu membuat pemeriksaan..Kali pertama periksa ,hanya untuk mengesahkan ibu hamil..kali kedua ke hospital kerana sudah hampir melahirkan.Menurut cerita ibu, perut ibu sangat besar dan berat badan berganda-ganda.Ibu ke tempat kerja naik dan turun bas.Ketika itu ibuku kerja di muzium Negara,Kuala Lumpur.Jika naik bas semua orang pandang perut ibu yang luarbiasa besarnya..Lucu aku dengar cerita ibuku,bayangkan ketika usia kandungan baru 4 bulan orang menyangka kandungan 9bulan..besar betul!

Zaman tu memang jarang dapat tahu jantina anak atau berapa orang dalam perut..Maklumlah..ibu jenis paling tak suka ke hospital..bila saat melahirkan ibu terkejut bila nurse bagitahu ada seorang lagi...Rupanya ibu tak tahu dia mengandung anak kembar..Selepas 10 minit lahir seorang lagi..Yang keluar dulu itulah kakak dan kemudian itulah adik..ipah kakak manakala ina adik..beza 10 minit ..
Doktor yang merawat ibu sempat memarahi ibu kerana tidak membuat pemeriksaan ketika mengandung sampaikan mengandung anak kembarpun ibu tak tahu......senangnya ibu bersalin..fikirku..



Adik lahir kembar seiras..lalu dinamakan Mazarina dan Mazarifah.Aku cuma ingat adikku ketika usiaku 6tahun kami beza umur hanya dua tahun.Itupun kerana ibu tunjukkan kepadaku, sekeping gambar keluarga ,di hadapan muzium ...Memang sukar bezakan wajah mereka berdua.Rasa tidak puas menatap wajah adik yang sangat comel sewaktu kecil..Kini,gambar itu entah kemana hilangnya.Kebanyakkan gambar keluarga  rosak, ketika banjir besar di Kuala Lumpur.Masa itu kami tinggal di kg.Baru.

Bila adik sudah bersekolah baru terlihat perbezaan antara mereka..Untuk mengenal adik ina,dia agak montel dari adik ipah..Kedua adikku itu memang sehati sejiwa.Jika seorang menangis pasangannya pun menangis.Jika demam,keduanya demam..apa saja pasti sama.Kata ibuku paling susah masa nak mengganti kain lampin..bayangkan kalau dah buangair pun sama jer masanya..Begitulah ragam pasangan kembar ini.Sehinggaah dewasa..pakaibaju nak sama,kemana-mana mesti sama..nikah pun tahun sama.Bila seminggu lepas bernikah tak jumpa maka menagislah salah seorang kerana merindui kembarnya..Maka kenalah suami mereka jumpakan..

SELAMAT HARI JADI IPAH DAN INA!!! kakak mengingatinya..kalian sangat brmakna dalam hidup kakak dan keluarga kita..percayalah,kami semua sayangkan kalian berdua.Semoga ALLAH panjangkan umur kalian,dimurahkan rezeki .diberkati usia yang ada dan dipermudahkan segala urusan hidupmu..Jaga diri dan jaga anak-anak sebaik mungkin...


Saya Ada Perasaan

Ahad, 12 Jun 2011

Aku seorang adik dan sebagai seorang kakak ....


Salam?apa khabar saudra maraku,keluargaku,adik-adikku dan kawan-kawanku sekalian.Cuti sekolah dah tamat..Esok dah bermula sessi persekolahan penggal ke dua.Bila cuti aku ternanti-nanti,siapalah adikku yang mahu mengunjungiku..Paling tidak adik bongsuku shima dan anak-anaknya..Best bila berjumpa..berboraklah kami..adikku ini paling suka pergi mandi di waterpark,berluncur dan berendam.Dialah adikku yang suka mengusik suamiku dan mendera abang iparnya.... kami gemar window shopping bersama..paling dekat rumahku ,mana lagi kalau bukan ke  Nilai3 ....shopping apa aje ..beli baju,cadar dan tudung..beli apa yang berkenan..Masa nielah nak tengok siapa belanja siapa..yang bongsu nie memang manja dan nak dibelanja saja...selalu kami bertanya?..Ha..ha..giliran siapa yer???Aku jugalah yang jadi tukang bayar..pandai betul dia nie..kalau selalu kopak aku...


Semalam dah jalan seharian..suamiku ajak berdating di Sunway Piramid, bukan berdua macam dulu-dulu, tapi kini dah bertiga..Kami santai,urut kaki dan badan,cari tempat makan yang romantik dan paling cantik.Kami cuba di Garden makan-makan dan masanya aku menguji suamiku..Kalau tak bila lagi?.Bila dia dah bagi lampu hijau..apa lagi , aku main tunjuk jer.. suamikan sayang isteri,kenalah sesekali diturutka isterinya yang baru sorang nie....Dapatlah aku beli handbag dan baju yang kuberkenan.Seronok... jadilah..beg untuk Hari Raya.Kenalah JUGA AKU beringat dan  berjimat demi masa depan..Semua nie kerana anakku masih kecil..masih perlukan biaya belajar dan simpanan masa depan..Suami ajak keluarpun krn kimi minta tunai janji..sejak cuti dia tak kemana-mana kecuali balik kampung hari tu...Gara-gara tak sempat berluncur ais, dia minta ayahnya berjanji bawanya  jalan lagi,minggu  depan.KENA LAGI!!.."terimakasih Abah!"itulah kata anakku ..sejuk perutku kerana dia memang berbudibahasa...

Hari Minggu biasanya jadi hari keluarga.Hari mengeratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga.Hari ziarah mak atau penuhi undangan kenduri kendara...biasanya adik datang rumah kakaklah....Siapalah diri kita tanpa Keluarga.Pada diriku ibu,kakak dan adik-adikku saja keluarga paling rapat.Lebih-lebih sekarang nie sukar berkumpul kerana masing-masing sibuk.Semenjak ayah meninggal dunia ,Ibulah ketua keluarga. Aku merupakan anak sulung aruah ayah,hanya ada tiga orang aje adik..Rugi rasanya kerana tak miliki adik yang ramai.....sekarang barulah terasa sedikit..masa zaman sekolah aku rasa penat melayan mereka, suruh mak aku cukup- cukuplah beranak..jangan tambah adik lagi....Zaman dah berubah..hati kita pun berubah dari rasa rimas, sekarang rasa rindu dan sedih kalau adik tak telefon dan tanya khabar..

Dalam hidupku cuma ada seorang kakak.Tak sangka pulak  kakak sempat singgah rumahku .Dapat juga ku berjumpa  anakbuahku yang teramat-amatku rindu....Minggu nie minggu menyedihkan  kerana  ibumertua kakakku meninggal.Suami kakak orang Kuala Terengganu.Ku dan keluarga turut merasai arti kehilangan kerana abang iparku sangat baik dan aku pula dah anggap dia seperti abangku sendiri.Teringat semasa berkunjung di kampung abang iparku...ibunyalah yang paling sibuk,sangat mesra melayan tetamu, sangat baik dan sopan  melayan suamiku,aku dan anakku...Walaupun kali pertama bertemu seolah telah lama mengenali aruah.Abang ipar sangat sedih,terkejut dan tak mampu berkata apa kala singgah tempohari.Kelihatan jelas diwajahnya ,kesedihan di hatinya..Aku dan keluarga hanyaberdoa agar  dia tabah dan bersabar dengan ketentuan Ilahi..Semoga Allah berikan pahala dan membalas kebaikan Aruah  pada kami sekeluarga. Aku terasa kehilangannya ..apa lagi abangiparku dan kakakku..Semoga roh aruah makcik di cucuri Rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama-sama para solihin....al-fatihah..

Hari nie adik bongsu sekeluarga berkumpul di Nilai rumahku... Adik dari Banting datang bawa keropok dan kerepek dari Kg.Sg.Lang..Pusat Industri kerepek di Banting memang terkenal dengan apa saja  jenis makanan ringan..Dapatlah aku jadikan kudapan menonton tv.."Terima kasih adik..kalau boleh bawa lagi".Untuk sedara di Miri pun dibelikan sekali...Petang nie kakak akan sampai dari Terengganu,bermalam di Nilai dan bertolak ke Miri esok pagi jam 6.30 pagi....Aku seperti biasa sibuklah sikit memasak dan pastikan semua selesa dirumahku.Ini sempat menuliskala mereka sedang nyenyak tidur..aku rasa nak menulis..maka kuisikan masa terluang merehatkan diri caraku...Bila adik berkunjung, aku dah tahu apa kegemaran adikku shima .Dia minat sungguh makan lauk ala kampung.Katanya sesekali nak merasa kakaknya masak.Pelik-pelik mintanya..ikan keli salai,kulit lembu,urat kaki lembu dan yang mampu kusediakan minggu nie daging salai saja...

Adik memang pandai memasak.Maklumlah dia ada gerai.Berniaga makanan dan nasi campur di Telok Panglima Garang.Orang pandai memasak,Bila sesekali datang dia tak mahu masak kerana nak makan air tanganku juga."dah jemulah kak..sesekali nak rehat !". itulah katanya..Tengahari nie kumasakkan daging salai masak lemak cili api,sediakan udang goreng daun kari lauk kegemaran anak-anaknya...ulam,sambal belacan  lauk wajib suiamiku.. sotong masak kicap pula kegemaran abang iparku....Malam nanti kena masak lebih kerana kakak sheli  yang akan sampai satu keluarga...Anak kakakku janji ada ikan goreng dah cukup.. .

Aku gembira jika masakanku habis dijamah adik dan kakakku.. Aku rasa puas hati dari belanja mereka makan di restauran..Maklumlah hanya memasak saja yang mampu aku sumbangkan.Nak kasi duit pun kena minta duit suami.Maklumlah sekarang nie aku manja sikit dan nak berehat di rumah.Sejak  tak bekerja, keperluanku semuanya ditanggung beres oleh suamiku..Dulu lainlah kakakmu nie rajin berbisnis...sekarang dah tak larat..nak rehat dan bagi tumpuan pada rumahtangga aje..Kalau ada duit suami ku beri..dapat bersedekah pada mak dan anak-anak buah memanglah buat hati mereka gembira.....Mujur suami mahu mengerti...mahu berkongsi..Terimakasih pada abang iparmu..bukan padaku...syukurlah dik..Kak tiada apa-apa yang boleh membuat diri bangga!memberi bila ada lebih..kalau tak mampu beri duit,kak mampu beri doa..yang penting kalian sayang pada kakak.....Kalau yang lain rasanya tiada istimewa kakakmu ni..

Ketahuilah adikku, kita semua mampu mencipta kemesraan dan kasihsayang yang boleh membanggakan ibu dan aruah ayah... Ingat pesan ayah ..ingat amanah ibu....Jika hati kita merasa saling mengingati,saling merindu,pasti jiwa kita gembira kala bersama.Kakakmu ini sangat gembira dan ingin juga bermanja2 dengan adik dan anak buahku yang ada..maklumlah Kakak tak ada anak yang ramai .Hanya Hakimi seorang permata hati kakakmu..  biasanya  kimi di rumah seorang saja tiada berkawan....dialah paling gembira kalau sepupu-sepupunya ada..

Aku ada seorang kakak, namanya sheliza.Ku panggil kak sheli..Kakakku jarang balik.Kami memiliki ibu yang sama ..cuma ayah berlainan.Tanpa dia, aku tak merasai bagaimana rasanya menjadi seorang adik..inilah hikmahnya  ibuku merupakan seorang janda beranak satu kala menikahi aruah ayahku..Bila kuteringat sejarah seakan berulang..Ayah seorang bujang bernikah dengan seorang janda beranak satu....Aku  pula seorang gadis,bernikah dengan duda beranak 3.Semua anak suamiku perempuan..lagi ramai dari anak tiri aruah ayahku...Adakah ini  SURATAN ATAU KEBETULAN?

Walaupun kakak anak tiri, ayahku sangat sayang dan anggap dia seperti anak kandungnya.Aku sememangnya anak paling manja dan paling disayangi aruah ayah..Segala-galanya aku sering dilebihkan oleh ayah kerana anak pertama katakan..cucu sulung gamaknya....Maka sering  kakakku cemburu dan cari salahku..Bukan pintaku dilayan sebegitu..mungkin aku pandai ambil hati ayah dan nenek..Kakakku sering berselisih faham denganku dan rasa dirinya dianaktirikan..Mungkin itu perasaanya saja..tapi hakikatnya ayah orangnya adil,penyayang, bertanggungjawab, tegas dan orang yang  berdisiplin  dalam bab agama dan sahsiah kami anak-anak.Ibu pula sebaliknya.Tapi ayah tak panjang umur..Semoga Allah swt sajalah yang membalas jasa dan budibaik ayah dalam hal keagamaan kepada keluarganya..

Sebagai seorang adik, jadi kewajipanku menegur bila diri bersalah .Itu bukan bermakna aku ingin mencari salahmu..AKU SAYANG PADAMU KAKAKKU...aku rindukan belaian seorang kakak... Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk pada dirimu sekiranya diriku gagal memberi nasihat dan bimbingan.

Kakakku mengikut suaminya yang bertugas kemerata tempat..Kali ini di Sarawak.Paling tidak setahun sekali kakak balik..itupun kalau Hari Raya...Kakakku lebih bertuah kerana serba mewah hidupnya berbanding kami.Merasa juga diriku duit hari raya,walaupun dah berusia.... ,baju raya kakak belikan...minyak wangi.. semua tetap ku ingat kerana aku berterimakasih disetiap pemberian dari kakakku..Dia suka belikanku kasut..gembira tak terkira kalau dapat hadiah dari kakakku sorang ini.Terima kasih abang iparku kerana selalu bagi kakak duit belanja kami....Alhamdulillah..kami tumpang gembira..

Dia seorang kakak yang sangat pemurah dan sayang pada emak dan adik-adikku semua....Dalam keluarga dia tak pernah lupakan kami walaupun jarang bertemu.Semua adik-adikku manja dan rapat dengannya.Pastinya adik-adikku mampu memilih siapa antara kami terbaik sebagai insan bernama KAKAK...Syukurlah,siapapun,siapapun aku di mata adik-adikku..hanya mereka yang mapu menilainya..Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagi seorang kakak..Kepada kakakku,sebagai adik aku tetap menghormati dirimu dan menyayangimu, kakakku.. Semoga ikatan ini berpanjangan ke akhir hayat nanti...ku tetap bersamamu, kala suka dan duka...

Adik kembarku lain pula ceritanya.. Adik yang seorang namanya Mazarifah dan seorang lagi Mazarina..Mazarifah biasanya rapat dengan kak Sheli dan adik ina rapat denganku..Itu semasa kecik..jika hidup perlukan pasangan..maka semasa kecil ,Mazarina menjadi geng aku...kecik-kecik dah ada geng..Ipah dan ina merupakan adik yang baik padaku.Mereka kembar seiras..sukar mengecam wajah mereka.Bila dewasa baru tak sama..Kerana mereka juga aku tahu apa makna ' langkah bendul'.Maklumlah semasa mereka bertunang aku dapat hadiah..tak tahu kenapa dan mengapa diberikan hadiah serba lengkap...Untung jugak..walaupun hatiku sedih sebenarnya melepaskan mereka menjadi tunangan orang di udia muda sesangat... Semasa di tingkatan 4, adik-adiku dipaksa BERNIKAH oleh ibuku..kasihan mereka berdua,mereka DIJODOHKAN makanya aku jadi seorang pengkritik yang suka membantah sikap ibu..Kulakukan kerana membela nasib dan masa depan adik-adikku..Mengapa dan kenapa ibu mahu menikahkan mereka seawal usia 14tahun..Adakah kerana JODOH MEREKA???..Yang mengalami tekanan pastinya adikku kerana bersuamikan calon pilihan ibuku.. Mereka berumahtanggaa lebih awal dariku,melahirkan dan melalui pengalaman hidup lebih awal dariku..takdir hidup adikku membuatkan aku kecewa dengan sikap ibu..Zaman remajaku lebih indah dari mereka..Aku terasa bertuah dari mereka kerana dapat menduduki SPM DAN STPM..Sepatutnya aku  ke maktab,suamiku izinkan tetapi......Mungkin rezekiku tiada kerana kemahuan ibu melarang aku memasuki maktab setelah berumahtangga...

 Mazarifah lebih malang berbanding dengan Mazarina.Perkahwinan pertamanya mengalami kegagalan dan dikurniakan anak lelaki tunggal..kini anaknya dah berusia 24tahun.Berkelulusan diploma UITM dan sambung ijazah...Bernikah kali kedua gagal begitu juga untuk kali ke tiga belum ada rezeki ..tetap gagal..kini masih mencari kebahagiaan..masih solo dan muda lagi....Melihat kehidupannya membuatkan hatiku tertanya-tanya..adakah kerana salah ibu menjodohkannya atau apakah puncanya?Semua yang dialaminya buat hatiku takut untuk menghadapi kemungkinan atau takdir yang bernama perpisahan atau perceraian..SEMOGA DIJAUHKAN ALLAH.....Jika semua kerana takdir Ilahi..ku berdoa agar dia dipertemukan jodoh yang baik,soleh dan bertanggungjawab sebagai pemimpinnya kelak...Pasti ada hikmah dari kegagalan yang dilaluinya...Apapun terjadi dia tetap adikku..Aku mahu lihat dia gembira dan bahagia suatu masa nanti..

Mazarina lebih bertuah dari kembarannya kerana sikapnya yang lembut,sabar  dan mengalah...Walaupun dia dinikahkan semasa berusia 14 tahun...namun dia bahagia.Ina lebih rapat dan mesra dengan keluarga sebelah mertuanya  dari  keluarga ibuku..Kakakmu  ini amat kehilangan kala dirimu bernikah..aku amat merasai perasaan sedih dan dukacitamu.Namun kufahami dirimu berada dalam dilema antara kasih saudara dan suamimu...Tak apalah adikku..andai itu membuatkan hati suami gembira dan kau harus mematuhi kehendaknya, maka teruskanlah tanggungjawabmu.Kakak mengerti dan amat mengagumi sikap dan kesabaranmu..Aku tahu hatimu ingin seperti dulu waktu dirimu belum berumahtangga..Kau mahu melalui saat itu berkumpul dan akrab dengan kembaranmu....apakan daya kehidupan dah berubah adikku....semoga hatimu tetap tidak berubah...

Kau salah seorang adik kesayanganku juga..Sikapmu yang bersederhana dalam kehidupan menjadi teladan buat kakakmu ini.Kakak bangga kerana kau mampu mendidik anakmu dalam pelajaran dengan tegas dan baik sekali.Kakak fahami sikapmu yang tidak pernah berputus asa dalam mencapai impian memberi Ilmu secukupnya pada anak-anak.Mungkin kerana kau tidak merasai peluang belajar walaupun di peringkat Sijil Rendah Pelajaran..Kakakpun akan bersikap sepertimu..menjadi ibu yang baik dan utamakan pendidikan anak-anak..ibu yang lebih memahami kehendak anak-anak...

Buktikanlah..teruskanlah berjuang adikku.. pasti dirimu mampu menjadi ibu yang baik dan berjaya mendidik anak-anak ke menara gading walaupun adik tidak pernah ambil SRP..kakak doakan adik terus menjalankan tanggungjawab yang terbaik sebagai ibu dan isteri ,demi kebahagiaanmu..Kakak bangga dengan adik..Tahniah adikku..kau  tentu ggembira kala anakmu mampu mendapat 7A1 dalam SPM..Kakak bangga bila Aida anakmu layak ke UIAM..teruskanlah perjuanganmu..

Kakakmu hanya mampu mendoakan kalian semua.Siapalah diri kakak tanpa rasa kasihmu pada diriku ini.Ingatlah selalu dan doakan kakakmu selalu yer..Bila adik rindu bawalah anak-anak dan ajaklah suamimu ziarah kakak..Ingatlah ..aruah ayah suka melihat kita berkumpul dan saling ambiltahu..aruah juga berpesan agar kita jaga anak-anak .Biar anak tak pandai membaca asal tahu mengaji..biar mereka sakit kena rotan asal mereka jangan tinggal solat..Jadikan cara ayah mendidik kita sebagai panduan..Pesanan aruah ayah sebagai azimat kita semua..semoga anak dan cucu aruah ayah terus menjaga namabaiknya dan tidak henti-henti berdoa demi kesejahteraan dan kebahagiaan aruah ayah di alam barzakh.Jika kakak tiada lagi ketahuilah..kakak amat sayang adik-adik kakak..Buat aruah ayah marilah kita sama-sama mendoakan aruah selalu..sekian coretan kakak dikala hatiku sangat merindui kalian dan aruah ayah.....al-fatihah,semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang yang beramal soleh...Amin ya rabbal a'lamin....Kepada adik-adiku dan kakakku,aku mohon ampun dan maaf jika salah tulis..apapun inilah rasahatiku..kalian tahu apa kegemaran dan minatku..mohon fahamilah aku..sudilah singgah ke blogku lagi dan terus beri komen...terima kasih..jumpa lagi di lain catatan...

Jumaat, 10 Jun 2011

PUISI-INDAHNYA MEMAAFKAN...


Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di dalam hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau yang pernah menghadiahkan
Gurisan luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu rawat kembali luka itu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah , terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
Termanggu aku seketika..
Di pinggiran nostalgia
....sukarnya memaafkan
....sukarnya melupakan

Segalanya telah berubah
Setelah ikatan hati terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan
Kita semakin matang mentafsir
Kalau benar cintakan Allah
Hati kita tak akan berpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini...
Kita dipertemukan semula
....dipersada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan lagikan memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh..
Walau diawalnya susah sungguh
Kini terlerai jiwa resah..hati damai kembali tenang...
Amin.....

PENYAKIT TEMAN TAPI MESRA DAN KELDAI CINTA....



Dunia ini tidak lepas dari rasa jemu,sunyi dan lesu.Nikmat yang diburu, akan merasa jemu apabila sudah berada dalam genggaman.Manis,seronok dan indah hanyalah sementara.Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada ALLAH, segala bentuk cinta pada makhluknya akan berunsur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Apabila cinta kepada ALLAH Lemah  MAKA Cinta lain akan turut REBAH......

Tanpa kembali kepada cinta ALLAH, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu.Cinta yang ada di depan mata disia-siakan tetapi cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi , lesu ada yang bertindak membuka lembaran cinta baru. Mereka ketagih merasai semula haruman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa zaman muda-muda dahulu. "Orang lama" ini bermimpi untuk menjadi  "Orang baru" yang hidup penuh keceriaan, tenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan "TEMAN TAPI MESRA". Suami orang dan isteri orang berhubungan dengan mesra.Kononnya,mereka tetap menjaga perkahwinan masing-msing, mereka cuma bersahabat dengan bertemu mesra, berbual dan saling meluah rasa, di luar pengetahuan pasangan masing-masing. Inilah satu lagi PRODUK PEROSAK perhubungan rumahtangga TAJAAN SYAITAN untuk menipu  dan melalaikan manusia...TEMAN TAPI MESRA  ini adalah perbuatan di larang kerana menghampiri ZINA..Istilah ini dicipta agar mengurangkan  rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.

Tepuk dada tanyalah hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa si isteri, apabila diketahui ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat perasaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka.Pasti ada rasa tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama.Mengapa dia perlukan TEMAN TAPI MESRA? Apakah kerana  aku sudah menjadi "suami tapi tidak mesra" atau "isteri tetapi tidak cinta?"..

Anehnya,isteri atau suami yang lupa diri ni begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri jika berhadapan TEMAN TAPI MESRANYA..Kata-katanya begitu sopan, tingkahlakunya begitu baik.Apabila bersama temannya itu dialah begitu romantis atau menjadi wanita begitu beradap.Padahal dengan sumi atau isteri sendiri di rumah, tuturkatanya kasar,sapaannya selamba dan tingkahlakunya begitu pasif dan air mukanya masam dan bungkam.Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak dan merampas hak daripada yang berhak.Hak suami atau isteri telah di rampas dan diberikan kepada TEMAN TAPI MESRANYA itu!.

Itu kisah suami atau isteri yang bekerja di luar, sama ada di pejabat kerajaan atau di badan-badan swasta.Mereka mempunyai alasan ruang dan peluang untuk berselingkuh di luar.Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah?

Ya,dalam dunia tanpa sempadan dan era ict ini,segalanya berada dihujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih dengan sekali klik sahaja pada papan kekunci atau tetikus menyebabkan lebuhraya siber semakin moden menjana CINTA KAYU TIGA yang penuh dosa dan lagha (sia-sia) ini.

KELDAI CINTA.Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seseorang yang bercinta secara membabi buta.Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, KELDAI CINTA ini memberi cinta sepenuhnya.Akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah,akhlak semua orang yang meyayanginya rela dikorbankan. Berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial, dalam facebook, Twitter, Yahoo!, Messenger dan sebagainya, namun cinta di alam maya itu membawa komitmen kepada alam realiti.

Bayangkan bagaimana tegar hati seorang isteri yang sudah memiliki anak rela mengabaikan semuanya kerana cinta yang mendalam kepada seorang lelaki yang kononnya memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati.Bagi seorang gadis pula rela dia meninggalkan ibu dan ayah yang menyayanginya kerana mahu mengikut kekasih hatinya.Ada pula sang suami yang sanggup berjaga malam,berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan "kekasih maya".

Mula-mula hanya bercerita kisah lama,berkenalan,berbual-bual biasa dan akhirnya mula meluahkan masalah masing-masing.Anda mungkin pernah mendengar tentang masalah ini..Alasan mereka ringkas sahaja-"saya kesepian","suami tidak pandai melayan perasaan","isteri pula tidak memahami saya".Begitulah yang sering kita dengar...Hairan juga, mereka ini bukan sehari dua baru duduk sebumbung.Sudah bertahun-tahun...berbelas tahun,malahan ada berpuluh tahun,sudah beranak pinak,bercucu,tetapi seolah-olah baru ternampak kekurangan pasangan, keaibannya, kecatatannya dan keburukan pasangan.Ini gara-gara menemui TEMAN TAPI MESRA..

Ironinya pada diri TEMAN TAPI MESRANYA semua nampak sempurna.Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak mawar, diberikan potret gambar ,si isteri yang kesepian itupun cair.Lalu berbalaslah kata cinta " I love you", " I miss You" dan sebagainya.Waktu dinihari itu sepatutnya mengejutkan isteri atau suami untuk solat tahajud,solat taubat agar mampu mendoakan isteri dan anak-anak ..tetapi digunakan untuk berbual-bual dengan KEKASIH HATI.

Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah.KESEPIAN, KELESUAN  DAN KEJEMUAN tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan mungkar.Sebaiknya penuhi aktiviti dengan kerja dan amalan yang bermanfaat.Jika kita beriman dan memegang teguh  ajaran Islam, kita akan merasai tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada.Hargai kelapangan masa yang ada dan kesihatan yang baik untuk mempelajari sesuatu. Alangkah lebih elok jika dipergunakan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid,mendengar majlis ilmu, mendalami ilmu al-Quran dan memperbaiki bacaan Al-quran .

Isteri yang solehah dan suami yang soleh akan sentiasa sibuk memenuhi masa dengan aktiviti kebajikan bersama,menyediakan bekalan amalan akhirat bersama-sama, untuk menempuh jalan pulang ke dunia yang kekal abadi sebelum menemui Ilahi.....Sedangkan cinta si KELDAI tadi seolah-olah dunia ini miliknya, enggan bertaubat dan sibuk pula menghimpun dosa seolah-olah tidak mahu pulang ke dunia kekal abadinya...

Sahlah,dialah KELDAI CINTA yang telah tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil...Dimanakah wajah kita nak dihadapkan di hadapan ALLAH SWTdi akhirat kelak sekiranya  kita menderhakai suami dan menentang ALLAH dan RASUL hanya kerana CINTA MURAHAN, KHAYALAN DAN TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA???Insaf dan fikir-fikirkanlah.....

Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang mengamalkannya dalam kehidupan.Menegakkan hukum ALLAH SWT  dalam rumahtangga akan memberi ketenangan ,kebahagiaan dan kesejahteraan.Jika sering engkar ,melanggar hukum dan perintah ALLAH,SWT  ia akan mendatangkan kesusahan,penderitaan dan kekacauan jiwa.TEMAN TAPI MESRA DAN KEKASIH MAYA adalah DUA PENYAKIT JIWA yang sedang melanda rumahtangga umat Islam zaman ini.

PUNCANYA?Mudah saja...jiwa kosong dan tujuan hidup yang tidak jelas.Bagi mereka semuanya serba tidak kena.Suami diam dikatakan tidak romantik,Isteri peramah dikatakan penyibuk.Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong.Benarlah kata bijak pandai,tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju.Maka begitulah nasib KELDAI CINTA ini.Hidup serba tidak kena,serba keliru,dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk di tuju!!!

semua yang dipaparkan di atas adalah PUNCA DAN TANDA-TANDA PENYAKIT yang menjadi virus dalam membentuk kerukunan rumahtangga ...Sebagai seorang pemimpin rumahtangga dan Nakhoda bahtera ..kemudilah haluan ke jalan PELABUHAN CINTA HAKIKI DAN SEJATI ...Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH SWT kurniakan..jadikan pasangan CINTA SEJATIMU...BUKAN TEMAN TAPI MESRA...
Kasihanilah diri sendiri dan ciptalah kebahagiaan diri kerana tiada arti terlewat untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN...yakinlah..anda pasti boleh......semoga kita dijauhi dari VIRUS MERBAHAYA TADI......Amin ya Rabbal A'lamin...terima kasih kerana sudi membaca dan meluangkan masa....


Khamis, 9 Jun 2011

AKU DARI KELUARGA YANG BERMASALAH...


Assalamualaikum? Setiap hari kita dikejutkan dengan kisah perceraian dalam rumah tangga.Paling dekat di kalangan keluarga sendiri.Pada diriku pengalaman menghadapi kemelut dan dugaan menjadi seorang anak dalam sebuah keluarga yang bermasalah menjadikan aku sangat tertekan, malu pada jiran , kawan-kawan, sedaramara terutama kala bertemu sesekali dan bercerita hal keluarga.. ...Aku  merasa tidak bangga dengan keluargaku  sendiri dan lebih membanggakan keluarga orang lain..Aku menjadi anak tiada keyakinan diri, malu pada diri sendiri dan lebih suka buat hal aku sendiri...

Biarpun peristiwa itu telah lama berlaku,namun kesannya amat mengganggu emosi ketika ku masih belajar. Bila ibuayahku  bergaduh  akulah paling bersedih dan makanhati.....mana tidaknya tiap hari ada saja yang tak kena....kalau balik rumah pasti ada pergaduhan.. masalah paling biasa kudengar..masalah kewangan, ibuayahku masing-masing ego....paling tidak berpunca dari salah faham tak habis-habis!!Kasihan adik-adikku... ,mereka tak berpeluang belajar seperti aku....umur baru 14 tahun dan masuk 15 tahun dah dikawinkan oleh ibu..alasannya senang saja..tak payah susah-sush nak menyara hidup mereka apalagi  nak jaga anak dara..Biar suami yang tanggung...pelik..tapi itulah hakikatnya..

Adikku bukan tak mahu bersekolah tetapi ibu menghalang atas sebab yang memang tak logik..Aku kesian pada kedua orang adikku itu..Mereka tiada hak nak membela diri..Aku nyaris-nyaris ditunangkan ..mujur ada bantahan dari ayah yang memahami cita-citaku..impianku...

Biarpun adik-adik bernikah awal dengan pilihan ibu..kesannya dapat dilihat pada masa sekarang.Semua punahranah..berakhir dengan pergolakan dan perceraian..Semua berpunca dari pemikiran cetek ibuku..Memang aku selalu memprotes tindakan ibu dalam hal itu..

Habis saja tingkatan 6 Atas..kalau boleh siapa saja yang ibu berkenan nak dijodohkan pada aku..Aku memang faham sangat sikap ibu..kemahuannya sukar dihalang oleh sesiapapun..Aku pun bernikah atas pilihan dan desakan keluarga..Aku serah saja takdirku dan masa depanku pada ALLAH SWT dan calon pilihan ibuku..ibulah yang beria-ria  menjodohkan aku dan suamiku..Padanya apa yang dia nampak baik maka baiklah untuk ku???IBU MEMANG TIDAK ADIL PADAKU...Aku hanya  mampu berdoa agar perkahwinan ini berpanjangan dan bahagia..AKU PASRAH DAN REDHA DENGAN JODOHKU..Alhamdulillah. ..nasib menyebelahi doaku dan ibuku....Kami berkekalan sehingga hari ini.

Memang sikap  ibu yang  sering buat ayah tak puashati..Bila ayah dan ibu tak bertegur sapa , hatiku sedih sesangat.Semua tugas ibu kenalah aku yang lakukan kerana faham sikap ibu jika mogok memasak,pasti adik-adik kelaparan.Jika ibu tiada akulah kena ambilalih tugas dan tanggungjawabnya di rumah...Bila ayah naik angin dan marah sudah pasti ibu jadi mangsa panas baran ayah.Kedua-dua orang tuaku sering bertelagah...sering bermasalah... .Ayah dan ibu saling nak menang sendiri..yang jadi mangsa kami adik-beradik.

Bila ibu dah terlalu sakit hatinya, sudah semestinya ibu menangis dan bawa diri dua atau tiga hari kekadang hampir seminggu ke rumah kakaknya di Kuala Lumpur ..Maka berteriaklah adik-adikku menangis kala ibu pergi membawa beg berisi pakaian dan tekad tinggalkan aku dan ayah...

Sebagai anak aku serba salah untuk memilih..Siapa salah ,siapa benarr...dua-dua memang baran..Kalau nak kata mereka sudah tiada rasa kasih sayang..tak mungkin..Biasanya bila seminggu pergi ..ibu akan pulang..Ayah murung dan bersedih..tiada mood kerja atau sering berjaga malam...Aku selalu tersepit ditengah-tengah mereka mahu  ikut ibu atau sebelahi ayah...Jalan selamat tinggal dirumah atau balik ke asrama...

Biasanya ayah tak akan benarkan seorangpun anak ikut ibuku jika ibu keluar rumah...Siapa pula nak jaga adik-adik?Siapa yang nak jaga ayah? Aku benci bila melihat ayah dan ibuku berkelakuan sebegitu...Bengkak mataku menangis mengenang nasib keluargaku bagaimana ?dan bilakah  kemelut keluargaku akan berakhir.. ?.Kala itu Adik-adikku yang masih belajar ada dua orang lagi.Adik lelaki tunggal ketika itu darjah 5 dan adik yang bongsu baru darjah satu..Aku di tingkatan 5 bakal duduki SPM... Fikiranku memang tak tenang bila lihat ayah dan ibu bergaduh selalu...Bila ibu dah sakit hati ayah akan biarkan saja ibu pergi ke mana dia nak pergi...Aku merayu agar ayah jangan biarkan ibu pergi..namun ayah buat tak tahu..kedua-duanya keras hati . Akhirnya ibu bulathati meninggalkan kami..Itulah saat paling sedih melihat adik-adik meraung..  harus berpisah dengan ibu..

Aku sedih,tertekan  dan serbasalah..Pernah aku terfikir untuk berhenti  sekolah dan cari kerja ...Bagaimana adik-adik jika ketiadaan ibu?Namun atas desakan ayah..dia menyuruhku pulang ke asrama kerana tidak mahu aku ketinggalan pelajaran.Berat rasa hatiku mengenangkan nasib ayah yang nak uruskan dua orang adikku bila aku tiada..

Walaupun jasadku di asrama, namun hatiku di rumah.Bila makan di asrama, aku tak berselera walaupun  lauk semuanya sedap-sedap belaka..bila teringat siapa pula yang menyediakan makan buat ayah dan adik-adikku?Tidak mampu kujamah makanan bila teringatkan mereka di rumah.Aku  cuma  mampu menangis dan seboleh-boleh menyimpan rahsia keluargaku..aku hilang tumpuan,tiada bersemangat belajar kerana fikiranku bercelaru memikirkan masalah yang ada .Berhari-hari aku resah dan tak tentu arah..apa lagi masaku terbuang begitu saja..tanpa mengulangkaji pelajaran.Padahal tahun itulah tahun penting aku ...peperiksaan semangkin hampir.Rahsia ini baru sekarang   berani kukongsikan..Aku sering melihat anak saudaraku bersedih..sepupuku..melalui pengalaman yang sama..Bilakah semua ini akan berakhir?Inikah takdir hidup kami???

Ayah dan ibu bercerai mati..setelah ayahku  disusuli adik tunggalku meninggal dunia maka terbukalah mata ibu .Mungkin insaf ditinggalkan dua orang yang amat berarti dalam hidupnya..Aku kehilangan ayah yang memahami dan sumber kekuatanku..ayah yang selalu menyebelahiku..memberi semangat dan nasihat kala aku sedih dan bermasalah..Perginya memberi tamparan hebat pada ibu...Akhirnya ibu berubah dan insaf dengan kesilapannya dan menjadi ibu yang paling memahami isihatiku...Dialah teman kala ku bersedih mengganti tempat ayah yang amat kurindui...

Kemelut rumahtangga sudah pasti memberi kesan pada jiwa anak-anak.Pada yang cekal dan berfikiran positif mereka mampu mencari tempat mengadu..Kawan dan guru mampu memberi nasihat..Bagaimana pada anak -anak masih mentah tentang kehidupan,suka memberontak, yang lemah jatidiri dan keimanan mereka yang cetek??Punca masalah remaja lari dari rumah,terlibat dengan masalah ponteng sekolah,merokok,terlibat dengan dadah,merempit,melepak di shopping kompleks kebanyakan berpunca dari suasana di rumah yang membosankan dan jalan pintas yang mereka fikirkan adalah keluar dari rumah dan cari ketenangan di luar bersama kawan-kawan..Sikap ibubapa yang tidak ambil peduli tentang  solat anak, prestasi pelajaran, perubahan emosi dan tingkahlaku anak-anak amat membimbangkan..

Janganlah kerana kita bercerai- berai anak-anak jadi mangsanya...Itulah yang paling kutakuti..Sudah pasti perceraian itu memberi  masalah kejiwaan dan psikologi anak-anak.Akun telah lalui..belum bercerai pun dah rasa tertekan..apa lagi jika ibubapaku bercerai....Itu cuma bergaduh dan baik semula...Fikirkanlah jiwa anak-anak ,sayangilah mereka kerana merekalah harapan kita mewarisi kehidupan akan datang...

Sebagai seorang adik yang memiliki seorang kakak yang turut mengalami pergolakan rumahtangga..semua peristiwa yang diceritakan buat hatiku merasakan betapa parahnya kes perceraian dalam keluargaku.Selepas ayah meninggal dunia,ibu bernikah senyap-senyap...kemudia bercerai dan nikah untuk kali ke 4...lepas tu  kakakku ia disusuli oleh dua orang adikku,yang bercerai dalam keluarga termasuklah  ibudan bapa saudaraku , dan yang paling kurasai bila anak tiriku hampir-hampir nyaris mengalaminya..dan terbaru sahabat di fb dan kawan satu sekolah..

Bila kufikirkan semula mengapakah semua ini terjadi..Ibu,kakak adik dan yang lainnya bila kutanya.. hampir sama saja jawapannya, "dah tiada jodoh..nak buat macamana..?" atau yang paling biasa,"Apa nak dikatakan lagi,dah takdir!".

Atas rasa mahu berkongsi maka kuterbitkan catatan agar semua ahli keluargaku,adik-beradik,anak-anak ,kenalanku dan diriku mahu mencari jawapan atas kemelut yang pernah kami lalui...mereka lalui..di dalam blog keabadian cinta ini..aku mahu mengabadikan impian dan harapan agar kita semua boleh berfikir sejenak tentang APA ITU KEBAHAGIAN?Bagaimana mencapai kebahagiaan..belajar membahagiakan diri sendiri..baru boleh memberi kebahagiaan pada yang disayangi...Apa juga yang kita mahukan di dunia ini bermula dari apa yang kita fikirkan dan usahakan..Jika  usahakan yang baik maka baiklah..jika kita memilih berbuat salah..kembalilah kepangkal jalan..jika dah ditakdirkan berbuat baik tapi masih gagal dan kecewa..itulah takdir kita..Allah akan temukan kebaikan atas ujian yang diberikan..InsyaAllah...

Bagaimana menangani masalah emosi dan kemelut dalam rumahtangga kenalah kita rajin cari info dan perbaiki kelemahan diri..mahu terima nasihat dan mahu berubah jadi pasangan yang baik...Jalinkan ikatan rohani dengan Allah..pelihara hubungan dengan Allah..barulah kita mampu jadi insan yang mampu jalinkan hubungan yang baik sesama pasangan dan manusia...carilah ketenangan diri..elakkan bergaduh....Biarlah pengalaman lalu yang kualami ..tidak berulang pada anak-anakku dan generasiku akan datang..kepada sahabatku  dan kenalanku..kasihanilah anak-anak dan jadilah ibubapa yang berfikiran positif dan contoh terbaik buat anak-anak kita.Hanya ini saja kisah yang mampu kukongsikan...Semoga hidup kalian lebih indah dan bahagia dariku...bersyukurlah dengan apa yang kita miliki....Amin..Ya Rabbal A'lamin..




Rabu, 8 Jun 2011

Benci tapi rindu..


Tajukku catatkan hari ini berkaitan dengan MEMBENCI...SAKIT HATI PUNYA PASAL...bila kualami pada siapa nak kuadu..andai pada suami nanti dia kata ''biarkanlah...buat tak tahu jerlah." hati ku menjawab.."boleh ker aku buat tak tahu??"..Kalau tanya mak ini jawabnya."Buat baik berpada-pada,kau tu dah banyak kali dicakap degil...!!!yang kau nak buat buat baik lagi pada dia tu nak buat apa?jangan ditegur..jangan ambik tahu lagi... "  lantas hati ku berbisik lagi...asyik-asyik itulah mak cakap.!" Betul ker  kena buat baik berpada-pada?sepatutnya buat baik banyak-banyak kalau dah tua nie...tapi dah buat baik pun masih orang benci macam na???..kalau orang  nak benci kita mana kita tahu?!! tak adil !!!"bentak hatiku....."takkan kita nak membalas benci dengan benci pulak!samalah kita macam orang tu!" semua pertanyaanku akhirnya aku juga menjawabnya..Aku yang kena fikirkan apa yang terbaik pada persoalan yang berkaitan dengan masalah benci...Akhirnya hatiku berkata..teman baikku cuma satu BUKU DAN GEDUNG ILMU...., dia takmenghasut,tak pernah mengecewakanku,tak pernah silap dan tak pernah nak marah,tak akan membuatkan aku terasa walaupun pedih dan pedas  umpama 'SIAPA MAKAN CILI...DIA YANG RASA KEPEDASANNYA..."nasihatnya sering buat aku tergigit cili..memang pedas!!!,..nak tahu siapa?SOLUSI jawapannya...namanya pun SOLUSI... masalahku yang berbuku  kini  semakin tipis...hatiku lapang...., SOLUSI  juga yang mematangkan minda dan mencuri hatiku...makanya KuUlangi  membaca..berpuluh kali agar melekat di minda dan hatiku..memberi ruang hati agar beri tumpuan dan  khusyuk membaca.... kala persoalan mengganggu fikiran..dialah menjawapnya..Inilah jawapan yang diberikan..aku terharu dan puashati..kerana aku belajar untuk  melatih minda dan hatiku agar jangan sesekali membenci .....apa lagi pada suami,anak-anak keluarga..kerana mereka kita perlukan juga suatu hari nanti. Hari-hari bertemu, sampai bila nak benci?hati sendiri tenangkah?????

SOLUSINYA....

Hidup ini terlalu singkat untuk MEMBENCI.Maafkan pasangan hidup kita kerana dia seperti kita manusia lemah.Memaafkan dia seperti kita memaafkan diri sendiri..Pernah ker fikirkan kalau kita tak memaafkan diri sendiri?kita ego pada diri..?maafkan diri sendiri sebenarnya mahu berubah,tidak menyalahkan orang tetapi salahkan diri..

Kesalahan diri atau kesalahan pasangan sebesar manapun maafkanlah.Sebenarnya ,kesalahan orang sering kita perbesar-besarkan.Cuba kita fikir?pernahkah kita perbesar-besarkan kesalahan sendiri?pernah????kenalah fikir-fikirkan..cubalah ..

Tirulah sifat al-Afu (Maha Pemberi Maaf)Allah swt yang berterus-terusan memaafkan kesalahan hambaNYA yang memohon maaf,yang bertaubat.Hanya dosa syirik,selain dari itu pengampunan ALLAH tidak 'bertapi'atau bertepi...

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan suami atau isteri kita?Apakah kita terlalu baik dan suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain?Sesungguhnya manusia lain berhak mendapatkan kemaafan sesama manusia. Apa lagi jika dia itu bukan orang lain,suami kita,isteri kita..

Allah memaafkan hambanya kerana cintaNYA..Maka kerana cinta juga kita kena memaafkan pasangan kita kerana kita seriang mengharaf ALLAH memaafkan kita.Ingatlah,kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita,tetapi kerana kita diperintahkan ALLAH agar mencintai mereka!!

Katakanlah pada diri, betapa sukarpun aku wajib memaafkan mereka!!Memang kebiasaannya atau kadangkala ada tingkahlakunya,tuturkatanya atau sikapnya yang begitu menyakitkan hati. Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutupkan mata, dipujuk-pujukkan jiwa, tetapi kesalahan dan kesakitan hati itu bila terbayang dan terkenang sangat mengundang kebencian.Hendak melupakan??Ah jauh sekali..Ada yang berkata"Jangan haraflah...sekali orang buat aku..sampai mati aku tak lupa"..ada yang kata"Langkah mayat aku dulu,sekalipun aku tak lupa dan tak akan memaafkannya...".Alangkah kerasnya hati mereka yang berkata sedemikian..Inikah kata-kata yang kita mahu contohi?atau ucapkan????Andai pernah terucap,bertaubatlah kerana kita seperti mengeraskan hati dan mengotorkan hati sendiri..

ALLAH MENGUJI CINTAMU

Apabila datang perasaan semacam itu dihatimu...sedarlah ketika itu Allah menguji cintamu !Allah bukan sahaja menguji cintamu padaNYA, tetapi menguji cintamu pada pasanganmu...Pada masa itulah cinta kita diuji apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta sekadar kerana nafsu atau mengikut perasaan kepada dia. Memanglah orang yang paling membuat dirimu marah biasanya orang yang paling dirimu cintai.Jadi apabila diri kita diuji katakan pada diri,pujuklah kata hati nsihatkan diri"oh,Tuhanku sedang menguji dan mengajar aku arti cinta dan arti sabar....".

Jika benar kita dintakan dia kerana Allah maka mudahlah hilang rasa marah dan benci.Kita mampu mengalah dan mengorbankan perasaan keranaNYA. Jesteru sesunggunya CINTA ITU SENTIASA MENGATASI DAN MENDAHULUI RASA MARAH.JIKA cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakan pasangan kita, tetapi kita mencintai diri sendiri.Oleh itu muhasabah diri semula apa arti cinta sebenarnya?

Kemaafan itu memberi KETENANGAN bukan sahaja untuk isteri atau suamimu tetapi buat hatimu sendiri. percayalah!..KEBENCIAN DAN KEMARAHAN kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih MENYEKSAKAN Berbanding diri dia yang kita marahkan.

KEMARAHAN umpama 'BOM JANGKA" yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita. Ia boleh menjelma menjadi satu PENYAKIT CINTA yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu nak tahu apa? PENYAKIT "BENCI TAPI RINDU"...

Sekali lagi saya tegaskan..saya katakan dan saya pesan-pesankan ingatlah kata-kata
ini..tekad dan sematkan di minda dan hatimu."Untuk mendapatkan KETENAGAN DALAM HIDUP ,berilah KEMAAFAN. Kata ahlipsikologi, apabila kita memaafkan barulah kita "BEBAS" daripada belenggu individu,peristiwa dan keadaan yang menyebabkan kita marah,benci dan sakithati dahulu.Selagi hati kita TIDAK MEMAAFKAN,SELAGI ITULAH APA YANG KITA MARAHAKAN MELEKAT DI HATI KITA. Ingatlah kemarahan itu API  di dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala KEMAAFAN itu umpama salju dingin yang akan memadamkannya.



Jesteru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau "LIFE STYLE" orang SOLEH.Saiyidina Umar memaafkan isterinya yang suka berleter.Tahukah anda siapakah isteri saiyidina Umar dan bagaimana sikapnya???Kita sudah tentu ingin meneladani sikap dan tingkahlaku insan yang SOLEH DAN SOLEHAH ?Jika anda katakan"mestilah!" "Ya!" makanya....bermulalah dengan sesuatu yang mudah,MAAFKANLAH orang yang hampir dengan kita..Siapa lagi kalau orang itu bukan isteri dan suami?

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun....Apatah lagi memaafkan isteri dan suami sendiri.Ingat,kita tidak akan bahagia selagi orang disisi kita tidak bahagia.Bahagia itu bukan dengan mendapatkan sesuatu dari pasangan, tetapi dengan memberi sesuatu kepada pasangan...Amalkan pesanan khidmat masyarakat ini...Harus diingat pemberian bukan sekadar keperluan fizikal dan meterial tetapi keperluan jiwa,emosi dan KEMAAFAN.Kerana dalam kehidupan yang singkat ini insan yang paling kita sayangi dan amat berarti dalam hidup kita pastinya suami dan isteri kita....Olah yang demikian DIALAH YANG BERHAK MENDAPATKAN KEMAAFAN SELAIN DARI ORANG LAIN....

Semoga paparan dan tulisan ini umpama nasihat seorang sahabat kepada sahabat kesayangannya dunia dan akhirat menyusuk ke hati dan sampai kedalam hati nuraninya...Aku pun berusaha menterjemahkan apa ilmu yang kumiliki agar aku mampu berubah dan berikan kebaikan pada sesiapa yang dekat dan menyayangi dirimu....
Marilah bersama-sama belajar sesuatu dari bacaan kerana dizaman yang serba sibuk dan pernah tak sibuk kita jadi lalai pada kepentingan BERILMU UNTUK BERAMAL...BERAMAL UMPAMA AKAN MATI PADA HARI INI...

Semoga kalian suka dan tidak marah padaku...amin....alhamdullillah..jumpa lagi yer di lain info...bye...see you...

Isnin, 6 Jun 2011

Sesuatu yang indah dahulu....


Keabadian cinta memaparkan soal cinta yang saya ambil dari tulisan penulis Pahrol Juoi..Darinya saya pelajari dan menjadikan ilmu dari bacaan untuk mengabadikan sebuah cinta demi kerukunan rumahtangga..semoga apa yang memberi manafaat dapat saya kongsikan buat teman-teman yang sudi singgah ke blog saya...terima kasih keran sudi memberi ruang pada masa yang ada untuk membaca....

Oksigen cinta....

Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat,pupuklah kepercayaan.Kepercayaan itu melahirkan tanggungjawab dan tanggungjawab itu adalah OKSIGEN CINTA.Oksigen itulah akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga...

Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab.Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima.Lafaz "Aku terima nikahnya" oleh suami bukan berarti kita menerima,sebaliknya untuk memberi...

Musim berlalu.Alam rumahtangga yang kita bina bersama menongkah arus.Pelbagai sukaduka,pahitmanis diharungi bersama.Kata orang,semakin tinggi pokok yang dipanjat,semakin kuat pula angin yang menggoncang.Semakin tinggi puncak kehidupan yang kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati.Warna sebenar kita dan pasangan kita terserlah..Pada masa itu segala yang msam,pahit dan kelat terserlah..

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan rumahtangga.Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab.Cinta itu bertunjangkan rasa dan perasaan.Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian.

CEMBURU,JEMU,CURIGA.....

Itu baru ujian luaran.Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu,jemu,marah,dendam,curiga dan lain-lain " virus perhubungan".Berapa ramai yang perhubungannya putus akibat hilangnya kepercayaan.Ungkapan "aku cintakan dia,tapi aku curiga apakah dia setia dibelakang aku" ."tergodakah dia kalau dibelakang aku?"..itulah contoh dialog hati yang merasuk apabila ada cinta tapi kurang percaya.Fobia dan trauma ini melanda rumahtangga.Ini akan menghilangkan ketenangan dan menyebabkan hilang bahagia.

Ada yang melihat si suami menerima panggilan telefon 15minit sekali?aduh,rimasnya.Betulkah itu kerana cinta,atau curiga?Padahal cinta itu MEMBEBASKAN bukan MENGAWAL.Jika kita benar-benar cintakan suami atau isteri kita tunjangilah dengan kepercayaan dan biarkan dia bebas.Terbanglah kemana dia suka,insyaAllah kau akan kembali jua.Jesteru hatimu tetap disini,dihatiku!

Ada sisuami yang curi-curi membuka inbox dan sent isteri kalau-kalau ada sms yang mencurigakan.Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami andai ada kesan-kesan tinggalan perempuan lain.Pernah juga suami yang memusnahkan resit,bil dan dokumen dalam poket dan dompetnya sebelum pulang kerumah kerana takut di soal siasat oleh isterinya."Ini bil abang makan di mana?dengan siapa?"..Ini "lain macam jer bunyi sms nie,ada apa-apa ker?"..."eh,banyaknya yang abang beli ni.Tetapi mengapa sikit jer yang abang bawa balik?"

Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial untuk menjawabnya.Pada suami itu soalan remeh-temeh,tetapi semua itulah punca "PERANG BESAR" .Kalau suami disyaki sudah pasti menimbulkan syak wasangka.Isteri tidak mempercayai suami,suami pula tidak mempercayai isteri..Bukan tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya.Sebab itu mengikut kajian, ada perceraian yang berlaku bukan kerana pasangan sudah kehilangan cinta  tetapi kerana rasa terlalu cinta kepada pasangan...

Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor.PERTAMA,kita belum benar-benar mengenalinya.KEDUA, kerana kita telah benar-benar telah mengenalinya.Jika kerana faktor pertama,jalan yang terbaik ialah mengenalinya dengan lebih mendalam.Perkenalan kali pertama hanya bibit-bibit cinta.Tetapi perkenalan berikutnya menyuburkan bibit-bibit percaya.Adalah salah jika kita beranggapan setelah memasuki alam perkahwinan kita telah kenal kenal pasangan dan menghentikan proses perkenalan.Padahal proses perkenalan nie berterusan...

Cinta sejati dalam rumahtangga adalah dibina atas dasar perkenalan bukan saja dengan kebaikan tetapi dengan keburukannya.Ya,kita sanggup menerima bukan saja yng indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita.Keburukan yang ada itu sama-samalah kita mengatasinya dan sekiranya tidak boleh diatasi kita kenalah menerima seadanya...Ingatlah..kita berkahwin dengan manusia bukan dengan malaikat....

KEPERCAYAAN MELAHIRKAN TANGGUNGJAWAB....

Kita harus mempercayai pasangan dalam apa jua keadaan.Jangan sesekali hilang kepercayaan.Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat.Kembalilah kepada asas rukun iman? Binalah kepercayaan berlandaskan 6 percaya dalam rukun iman...Percaya kepada Allah adalah simpulan yang mengikat kepercayaan kepada manusia.Kerana percaya itu adalah akidah-artinya simpulan.Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan.Ya,kita percaya kepada Allah makanya pasangan kita percaya kepada kita."Eh,suamiku jauh.Tetapi aku mempercayainya.Dia mukmin yang teguh agamanya""aduh lamanya kita berpisah,namun iman akan menjagamu"...

Apabila hancur sebuah cinta berarti hancurlah satu kepercayaan.Apabila hancurnya sebuah kepercayaan berati hancurlah iman.Wahai suami, wahai isteri ....sekali lagi ditegaskan,inilah oksigen cinta!!!!