Jumaat, 27 Mei 2011

Siapakah?




Jumaat hadir lagi,tanpa disedari begitu cepat minggu berlalu..Hari yang penuh keberkatan dan penghulu segala hari..

Hari ini aku berkesempatan menikmati anugerah hidup yang Allah berikan..syukur Alhamdulillah.Aku sihat,mampu bernafas untuk meneruskan aktiviti harianku.Perjalanan hidup yang harus diteruskan dengan yakin,tabah,sabar tanpa rasa putus asa kala menghadapi apa jua ujian yang ditentukan.

Alhamdulillah,kelapangan waktu yang ada memberi peluang untukku berkongsi ruang di blogku ini menyampaikan sedikit ilmu buat perkongsian sesama teman yang singgah.

Ilmu yang diperolehi bukan hak milik ekslusif.Sampaikanlah walaupun satu perkataan boleh jadi yang singgah membaca akan lebih memahami ,dapat manfaatkan dari yang mencatatkan.Sudilah menghayatinya....

TAJUK :SIAPAKAH?

SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?

Orang yang paling sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia telah memiliki sebuah kerajaan sendiri seperti Kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING MANIS SENYUMANNYA?

Orang yang paling manis senyumannya iatu mereka yang mengucapkan "Innalillahi wainnailaihi rojiun"lalu berkata 'YaRabbi,aku redha dengan ketentuan ini" sambil bibir dan riak wajahnya mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?

Orang yang paling kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?

Orang yang paling miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menghimpun harta dunia tanpa merasa kepuasan dan kedekut dengan hartanya.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..oleh itu usah diukur kecantikan individu dengan melihat rupa parasnya..

SIAPAKAH ORANG YANG PALING SEMPIT RUMAHNYA?

Orang yang paling sempit rumahnya malah terhimpit olehnya akan kuburnya adalah orang yang semasa hidup tidak berbuat amal dan kebaikan.Maka ia akan merasai kesempitan di alam kubur...

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?

Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana mereka telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...

SIAPAKAH ORANG YANG PALING KEDEKUT?

Orang yang paling kedekut ialah orang yang membiar dan membuang ingatan ini dengan begitu saja malah tidak menyampaikan kepada orang lain....

Sekian terima kasih,

Jumpa anda di lain paparan dan catatan.....amin..



Khamis, 26 Mei 2011

Aku hanya ingin kau tahu

Suamiku,sahabatku,anak-anakku dan semua kaum keluargaku...sekiranya kalian ingin dicintai haruslah mencintai terlebih dahulu.Belajarlah bagaimana menghargai,memberi dan bersedia juga untuk disakiti,dikhianati dan sangguplah berkorban demi kebahagiaan dan cinta yang sejati iaitu kepada Illahi..

AKU INGIN KAU TAHU...

Bahawa cinta yang Agung
Dan sebenar-benarnya itu
Hanyalah cinta Allah kepada HambaNya
Dan seharusnya Cinta Alah itu yang utama,
Allah Maha Pengasih,
Lagi Maha Penyayang.

Cinta dan kasih sayang manusia
Hanyalah setitis jika dibandingkan
dengan selautan cinta dan
Kasih sayang Allah.

Sekiranya engkau kehilangan yang setitik itu,
ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu kerana
kau masih memiliki selautan cintaNya.
Usahlah kau tangisi dan bersedih
Kuatkan imanmu dan harus kau tahu..
Berdoalah setulus hatimu...


Bismillahirahmanirrahim,

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta
Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu
Agarku tidak terjatuh
Ke jurang cinta Nafsu

Ya Rahman,
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu
Agar bertambah kekuatanku
Untuk mencintaiMu....

Ya Rahim,
Jika aku merindui seseorang
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid dijalanMu

Ya Aziz,
Jika aku menikmati cinta hambaMu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan
Betapa indahnya beribadat kepadaMu

Ya Rabbana,
Jika aku bersedih
Kerana seseorang menjauhiku
Kuatkanlah hati dan keimananku
Agar aku tidak jauh dari Kasih SayangMu

Amin Ya Rabbal A'lamin....

Aku hanya ingin kau tahu

Hargailah org yg kita miliki.mp4

Rabu, 25 Mei 2011

Surat dariku untukmu.


Temanku,

Biar di mana diri berada,apa jua yang sedang kau lalui,kuselalu mengingatimu.Hanya melihat dirimu gembira buat diriku turut ketawa..kebahagiaanmu kebahagiaanku juga..Kehadiranmu membawa seribu arti,itu adalah memori di hati.Terasa bagai dilambung mimpi saat berbicara soal hati kerana naluri ini  seolah lupadiri antara mimpi dan kehidupan realiti.....Indah kemesraan yang kita bina,kuharaf  kau terus menghiasi hidupku ini sehingga akhir nanti.Impianku kini terlaksana jua,biarpun hanya seketika ku tetap mensyukuri kerana bisa merasa.Kusyukuri nikmat pertemuan biarpun seketika,yang pasti perpisahan abadi pasti akan terjadi..itulah lumrah dan hakikat kehidupan yang tiada abadi.

sahabatku,

Apalah arti persahabatan jika kehadiran diriku ini umpama melukut ditepi gantang..yang pasti kusedari siapalah diriku ini.Seorang wanita yang lemah danserba kekurangan.Apa yang ku ada hanya sekeping hati insan biasa,aku insan yang tak berdaya,lemah dan tiada istimewanya.Aku masih seperti dahulu ..masih setia dan tetap tidak lupa pada kata-kata....aku tetap aku..jika tiada mampu kau menerima kelemahan diriku maka terkeluarlah aku bagai sampah terbuang yang tak diperlu..Andai ada kesudian teman menghampiri terasa diri dihargai..itulah kegembiraan diri..

Wahai temanku,

Usah kita kesali nasib diri kerana inilah takdir ilahi dari azali.Yang telah terjadi tetap terjadi..marilah kita kita adili kesilapan diri ,bukan mencari siapa yang salah-saiap yang benar kerana semua itu melukai diri,yang baik kita kaji,yang jahat kita jauhi..agar sempadan dan daya tahan diri sukar ditembusi..Terimalah diriku,kelemahanku,penjelasanku,atau siapa diriku ini seadanya..Usah kau pinta sesuatu yang tak pasti ,pujian yang tak bertepi usahkau ucapi kerana itu semua memang tidak berhak ku miliki..yang pasti apa yang kau dan aku alami,rasai dan nikmati semalam dan hari-hari yang telah kita lewati itulah pasti..esok belum tau apa terjadi..

Rakanku,

Sekiranya rezeki yang kumiliki melebihi usah kau tolak ketepi rezeki Ilahi.Usah kau ragui,usahkan rendah diri..anggaplah itu pemberian dari hati...Kuharaf kau terima dan sudi berkongsi kerana itulah nikmat rezeki yang harus disyukuri..Tiada apa yang mampu kuberi hanya sekadar ingin kau menikmati dengan itu ku mampu berkongsi nikmat kegembiraan kala dirimu mampu memahami .Membuat dirimu bahagia dan ketawa itu sudai memadai.. ..kerana disanalah diri merasai nikmat memberi ,yang pasti ia sudah cukup buat aku rasa dihargai kerana kau sahabat yang disayangi...


Pintaku temanku.

Diriku ini usah kau sangsi ,usah sesekali kau dekati kerana  simpati..Bukan itu kupinta. Anggaplah ini semua anugerah Ilahi pada jiwa yang rindu mencari arti sebuah persahabatan sejati..Jika dirimu dan diriku mampu menghadapi saat diuji..kekuatan diri  ini pasti kukuh mengharungi ,sama-samalah kita  berjanji ,sanggup bersatu hati demi impian mencari kebahagiaan sejati..

Nasihati aku,teguri kesilapanku,beri dan teruslah memberi motivasi kerana bagiku itu sudah memadai..aku lemah ,aku gundah ,aku sepi dan aku seriang dikhianati oleh mereka yang kusayangi..hanya dirimu mengerti dan memahami..jadilah sumber  inspirasi diri,agar aku tak terus jauh menyendiri dan rasa disayangi..

Sekiranya pintaku itu sukar kau janji..usah paksa diri lagi berlalulah pergi dengan rela hati kerana mungkin itu suratan Illahi..ada hikmah tersembunyi yang kita berdua tidak ketahui..

Hatiku sering diuji itu mengajarku menjadi lali..kesakitan hati kurawat sendiri demi masa depan anakku Hakimi.Aku masih mampu tersenyum,menahan kesukaran hidup ini atas semangat sendiri..demi meneruskan perjuangan hakiki..demi amanah dari Ilahi menjadikan Hakimi muslim sejati agar menreruskan perjuangan ku ini..

Maafkan diriku sepanjang persahabatan ini..Redhakan dirimu berteman diri yang tak sempurna ini.Apapun terjadi terimalah diriku ini,usah diriku kau benci kerana itu pasti membuatkan hati ku menyesali sehinnga akhir hayatku nanti..

Semoga bukan simpati yang kau ingin beri kepada diriku ini .Jika benar kau sayang pada diriku ini, ampuni aku..kupohon kau tegurdan sedarkan diriku dari setiap kesilapanku padamu,kuharafkan kesabaran dan kepercayaan agar kau berikanku kepastian dan jawapan ,bersikaplah seadanya dirimu kerana hanya kejujuran dan kepercayaan yang kudambakan...Sudikah dikau menjadi sahabatku lagi..???

Selasa, 24 Mei 2011

Hidup ini satu ujian dan pilihan


Assalamualaikum? Buat sahabat yang sudi singgah ,terima kasih diucapkan.Apa yang dibaca dan dipaparkan merupakan perkongsian ilmu dari bahan yang saya baca.Saya sekadar menyalin semula untuk berkongsi ilmu dan kebaikan.Buku adalah guru,teman sejati dan gedung yang perlu dibuka..kuncinya ada pada kita untuk memiliki khazanah yang amat berharga didalammya. Ilmu yang mampu memberi kekuatan akan menguatkan hati kita,Ilmu yang memberi pengajaran menjimatkan masa kita dan memberi pandua agar tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang yang terdahulu.Dari manapun sumber ilmu.Jadikanlah amalan membaca sebagi rutin dan hobi harian.Bacalah..kerana membaca membuka minda kalian...

Karya yang hebat mampu merawat kelukaan hati,memberi keinsafan diri,membuka minda yang tertutup,menyedarkan kita akan kelemahan diri dan mampu menawan  hati jutaan jiwa yang rindukan bimbingan dan panduan.Menghayati hasil tulisan motivasi melembutkan hati yang keras ,membentuk jiwa yang tidak tenteram agar terbimbing dan tidak terus hanyut tanpa panduan.Berpandukan ilmu kita jadi bijak berfikir,mampu membuat keputusan terbaik.Kita mampu menilai diri,mencari solusi terbaik bagaimana mahu  membuat pilihan dan keputusan yang terbaik.Setiap masalah kita pasti ada puncanya..Kala kita hadapi ujian kesedihan,kegagalan rumahtangga,keresahan jiwa tiada ketenagan,ketidak bahagiaan dalam hidup..marilah membaca!!!persoalan pasti mampu kita jawab setelah kita membaca .

Sebuah karya yang menarik mampu buat hati pembacanya tertarik...Saya bersyukur kerana dapat menaipkan semula,menyalin agar sahabat yang belum pernah membaca cacatan sedemikian merasai apa yang tersirat disebalik sebuah cacatan... Biarlah saya isi masa terluang yang ada untuk sebuah perkongsian yang memberi impak positif buat rakan taulan yang singgah di blog saya.Semoga dengan menaip,jejari saya turut menjadi saksi,hati saya menghayati ,otak saya memahami maksud yang tersirat..saya pula jadi insan yang lebih baik,lebih tabah,redha dan pasrah dengan semua ujian yang telah dilalui semalam,hari ini,esok mahupun  di masa akan datang.

Sayalah peminat majalah Solusi...Menghayati setiap baris ayat, buat hati saya tertarik dan tidak pernah buat saya jemu.Saya sentiasa rindukan hasil tulisan penulis yang saya minati dan semua penulis yang lain.Langganlah majalah Solusi kerana didalamnya terkandung panduan hidup bersyariat yang penuh dengan ilmu fekah,farduain,motivasi dan hadis.Majalah pertama saya jadikan koleksi prinbadi.Saya setia menanti apakah isu dan paparan yang akan datang.Saya jadi serasi dan sebati dengan majalah ini.Syukur Alhamdulillah kerana saya masih diberi nikmat melihat dan mampu membaca lagi...

 Saya mengikutinya tanpa jemu seolah-olah jatuh cinta pandang pertama..Itulah kehebatan seorang penulis dan karyawan dalam menyampaikan hasil karyanya...Apa yang menarik hati saya,pasti saya salin untuk dikongsikan.Semoga Allah menyampaikan pahala kebaikan kepadanya...

Marilah kita sama-sama hayati,selami dan pahatkan diminda dan nurani kita.Ilmu itu mampu memerangi kejahilan.Biarlah, cahayanya menerangi hati  kita yang kegelapan.Biarlah cahaya ilmu itu memberi sinar baru memimpin kita kejalan yang lurus dan benar.Ilmu itulah guru kita ,pemimpin malah menjadi sahabat sejati dikala kita terkeliru dan membuat kesilapan.Apa juga masalah dan ujian yang ditempuhi jika hati berpegang pada ilmu alquran dan hadis kita pasti insaf dan mensyukuri nikmat iman dan Islam yang kita anuti .. kita manusia yang lemah,tidak sempurna pasti lemah dan membuat kesilapan..hidup kita pasti diuji..dosa pahala sering tercatat setiap hari..

Tiap hari kita buat kesilapan dan belajar daripadanya...belajarlah mendidik hati sendiri kerana hati kita perlu dibelai,dijaga,dirawat dibersihkan dimotivasikan melalui cermin diri..muhasabah diri adalah cermin hati dan diri..tanya-tanyakanlah diri kita sendiri sebelum menuding jari pada orang lain saat dan ketika kita ditimpa kesusahan.Jangan kita mencari masalah dan terus menerus melakukan kesilapan yang sama.Berubahlah,bertaubatlah selagi kita masih sihat,masih diberi kesempatan umur oleh Allah swt.

Semoga kita  menemui kebahagiaan hidup yang diimpi-impikan dan memperoleh keselamatan di dunia mahupun akhirat kelak.Sebanyak mana ilmu yang dituntut bukan ukurannya....apa yang terbaik biarpun sedikit tetapi  diamalkan.Beristiqamah dengan ilmu yangdiperolehi adalah kebijaksanaan yang dituntut..Ilmu yang diamalkan amat berguna kepada diri sendiri dan memberi impak yang besar kepada insan sekeling kita.Oleh itu carilah ilmu bukan kerana nama tetapi kerana Allah.Kemudian, diamalkan dalam kehidupan seharian....semoga kita jadi insan yang dapat memberi kebaikan kepada insan yang dekati diri dan kebaikan buat semua insan yang kita sayangi...Amin ya rabbalalamin...

Isnin, 23 Mei 2011

Pelangi tersenyum pada surat cinta


Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah,Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang.Demikian kata seorang PENDETA...
Benar,setelah usia perkahwinan meningkat (semakin pudar cinta)hanya akan bergetar semula apabila berpisah.

Perpisahan sekali-sekala akan menyuburkan percintaan.Tetapi jangan terlalu lama,jesteru jika lama ia mengundang bahaya kerana mengundang fitnah dan mampu menghakis setia.Jika sayangkan anak tangan-tangankan,mungkin jika sayangkan isteri tinggalkanlah.Dalam kehidupan pejuang agama dahulu,kini dan akan datang,perpisahan memang sudah menjadi 'MAINAN'

Walaupun perpisahan dikalangan suami isteri yang bernikah memedihkan,ia sebenarnya baik untuk menyuburkan rasa cinta.Bukan maksud saya kerana bercerai tetapi berjauhan kerana tugas atau urusan.

Jangan berterusan berkepit dirumah.Manusia tidak boleh lari dari rasa jemu.Oleh sebab itu,para suami keluarlah pada masa tertentu,urusan tertentu tanpa rasa berat hati,enggan atau malas.Lebih-lebih lagi atas tujuan dakwah,kebajikan dan kebaikan.Bukankah itu hak ALLAH keatas kita?Janganlah hendaknya kerana terlalu cinta ister sehingga kita mengabaikan CINTA PADA ALLAH.

Sayidina Abu Bakar pernah mengarahkan anak lelakinya menceraikan isterinya yang baru dinikahi kerana anaknya itu sudah jarang keluar solat berjemaah sejak berkahwin.Sudah menjadi tradisi para sahabat rasulullah keluar kota Madinah untuk berdakwah dan menyebarkan Islam.Meraka keluar berperang dan sanggup berpisah kerana Agama.

Kalau dahulu,jika suami bermusafir trjadilah perpisahan secara total kerana tiada alat komunikasi,berbeza sekarang,sudah banyak alat telekomunikasi boleh digunakan untuk berhubung.Jadi manfaatkanlah untuk meredakan kerinduan .

Tempoh perpisahan dan berjauhan akan melembutkan hati dan sangat berkesan jika dimanfaatkan untuk mendidik isteri dan anak-anak .Berilah nasihat dan didikan ketika hati sangat lembut .Berbicara dari jauh mendekatkan hati.Bak kata pepatah'JAUH-JAUH BAU BUNGA'.Ingatlah cinta lebih subur jika berjauhan berbanding berdekatan.Kala berjauhan,kekadang kebaikan kesetiaan,pengorbanan isteri pada kita akan lebih terasa.Berbanding bila kita berdekatan adakalanya kita 'BUTA'.tidak melihat dan merasai semua itu.

Percayalah,kekadang Allah menghilangkan seketika mentari,kemudian Dia datangkan guruh dan kilat.Puas kita meratap dimanakah mentari..rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan kita pelangi yang indah.
OH...itulah nikmatnya berpisah.Cinta akan lebih indah.Jika berpisah insan lain yang dikenang,tiada kerinduan,kegelisahan dan wajah isteri tidak muncul jua diingatan dan doa,itu petanda TIDAK BAIK.

Mungkin cinta itu tidak lagi terpendam malah sudah terpadam.Ini kerana cita menerbitkan kerinduan ingin bertemu,berbual mesradan sebagainya.Jika itu pun tidak dirasai lagi saya khuatir mungkin cinta itu sudah tiada...

Wahai kaum adam tuliskanlah surat cinta buat isterimu...

Ke ribaan isteriku tersayang,

Sayang,aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan ketabahan dan kebijaksanaan.Hentikanlah tangisanmu di sana.Demi ketenanganku di sini.Yakinlah perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi.Tetapi oleh retaknya hati.
Perpisahan ini,insyaAllah akan menyuburkan cinta..Sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan dari Allah.Yakinlah,kita akan bertemu dalam suasana lebih indah dan manis.Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku memberi kekuatan jiwaku kerana inilah ubat jiwa paling mujarab jika melakukan demi ALLAH.Mencintai Allah akan menguatkan lagi cinta kita..
Kita berpisah kerana dijemput ke daerah tauhid dan syariatnya.Aku pasrah dengan 'PAKSAAN' ini walaupun suntikannya terlalu sakit,ubatnya terlalu pahit.

Sayangku,
Hadapilah keyataan yang telah termaktub sejak azali lagi.Kesedihan dan airmata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah.Aku sentiasa berdoa kepada Allah untuk dirimu.

"Ya Allah,
Ampuni dosa-sosa isteriku dan maafkan semua kesalahannya.Kuatkanlah iman dan takwanya..dengan kau suburkan selalu hatinya rasa hina,berdosa,jahil,lemah dan miskin,agar berharaf kepadaMU".

"YaRahim,
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami.Agar ditangannya nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah.Bimbinglah kemarahannya,kebijaksanaannya,kesabarannya,kelembutannya,hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang,agar dia terdidik untuk mendidik".

"Ya Rahman,
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya,Hiasilah kata-kata dan lidahnya dengan kebenaran dan kelembutanseperti kau hiasi matanya dengan kecantikan.Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpah takwa yang sejati".

"Ya Rabbi,
Lembutkanlah hati isterikua agar mudah ia mengadu-ngadu padaMU.Haluskanlah perasaannya agar mampu menangis dan merintih-rintih padaMU,hancur dan remuk-redamkanlah dirinya dalam menerima didikanMU,kerana disitulah pengiktirafan dia sebagai hambaMU."

Sayangku,

Ramai pasangan berpisah kerana tidak cinta.Namun lebih ramai berpisah kerana terlalu cinta.Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah,maka cinta itu akan hilang daya untuk sesama makhluknya.Ia akan layu,kesepian,dan kesaorangan.Pada cinta yang ilusi begini,,,pertemuan adalah perpisahan.Tapi apabila cinta itu hakiki,berpisah pun masih bertemu.
Jesteru,perpisahan ini untuk menyelamatkan.Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan lagi ikatan perkahwinan.Ia adalah satu reaksi berantai kepada semua yang ada ikatan dengan kita.Agarbergantung kepada Allah semata.

Makhluk yang berhubung atas  nama  suami isteri,ibuayah,anak ,abang,adik kakak,saudara,sahabat,kenalan dan sesiapa saja akan pergi jua.Mati boleh jadi dimana-mana.Sesunggunya perpisahan adalah cara Allah 'MENCANTAS'pergantungan hati kita pada mereka.Jika saat perpisahan itu tiba kala hati tidak bersedia,pedihnya dan sakitnya tentu terlalu hebat.Mungkin hilang kewarasan untuk terus hidup,luntur semangat,kecewa untuk meneruskan hidup.Ynag ditakuti terhakis iman dan tercalarnya tauhid.

Sayang,

Bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita denganNYA tidak akan terpisah dengan istilah janda,duda,balu,yatim dan piatu.Sedangan hubungan kita bersama makhluk pasti berpisahdan terputus kerana kematian.Jesteru itu ,anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi kematian yang pasti menjemput kita.
Syukur,kerana dahulu aku terlintas andai antara kita dipanggil pulang terlebih dahulu,adakah ketika itu hati kita redha???lantaran benci menguasai fikiran anakn terkunci untuk mengingati mati..padahal masing kita tahu mati itu pasti...oh tuhan!benci betul rupanya kita pada mati.

Angkuh betul kita pada 'MILIK' pinjaman Allah itu.Seolah-olah suami kita,ibuayah,anak,abang,adik,kakak,sahabat,benar-benar kepunyaan dan milik kita.Terlalu berat kita mahu memulangkannya..SEBAB MEMULANGKANNYA ARTINYA BERPISAH.

Tak sanggup kita pulangkan kembali jika masanya sudah tiba.Kita kena bersyukur kerana pinjaman itu diminta kembali oleh Allah buat sementara...didikan yang mahal harganya.Inilah intipati iman kita kepada satu ayat al-quran (surah al-baqarah 2:156)"sesunggunya kita kepunyaan Allah,dan kepada Allah kita akan dikembalikan".

Bersedialah menghadapi perpisahan selamanya walaupun apa jua keadaanya.Namun jangan sesekali terputus dari berharaf sesuatu yang terbaik.Semoga Allah pertingkatkan kesabaran,keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdirnya.Jangan diminta perkecilkan ujian tetapi mintalh dibesarkan iman untuk menghadapinya.Semakin besar ujian,semakin besarlah kehebatan seseorang.

Maka begitulah dengan cinta kita,semakin diuji,maka semakin membumbung tinggi.Semakin jauh,cinta kita semakin kukuh.InsyaAllah...Amin..



AKU HANYA HAMBA ALLAH


"Kau tu mcm baik sangat!"..jawapan untuk ini. Sila baca kalian akan mendapat jawapanya.

Berjalan lah aku diatas muka bumi ini dengan keizinan dari Allah S.W.T . Langkah kaki ini membawa aku untuk menginjak ke satu bangunan yang tersegam indah di tengah metropolitan. Bertapa hebatnya manusia mereka bentuk dan membina kesemua ini. Tetapi tahu kah meraka segala yang mereka perolehi adalah dari Maha Pencipta ALLAH S.W.T?. MasyaAllah,kekuasaan Mu tiada tandingan. Aku berjalan meyusuri gelimpangan manusia yang berada di dalan bangunan itu. Ternyata benar pesan ibu. Terlampau banyak maksiat yang berada diselilingku. Ada pada kaum wanita berpakaianya seperti bertelanjang. Segelintir kaum Adam yang pakaianya meniru gaya wanita sehingga hampir-hampir tidak ketahuan jantina mereka.Tetapi siapalah mereka itu untuk mengubah kejadian azali yang terlah tertakluk di langit dan dibumi. Biarpun dengan merubah segala yang ada pada jasad. Allah menciptakan Hawa dan Adam dengan penuh keperbezaan pada jasad dan rohani.

Sedang aku leka meneruskan langkah ini, Terlihat aku sepasang kekasih bercumbuan dan berpelukan di satu sudut. Aku hanya hamba Allah yang hina. Perlukah aku menegur ketidak biadaban mereka terhadap hukum Islam? . Subhanallah,berikan aku kekuatan untuk aku menegakkan kalimah LAILAHILALLAH. Langkah kaki ku diatur kemas sambil berzikrullah pada Maha Mengasihani.

AKU : "Assalammualaikum"

Salamku tidak berbalas. Meraka semakin galak mencumbui antara satu sama lain

AKU :" Assalammualaikum wahai hamba Allah".

Kali ini salamku dibalas dengan renungan yang tajam dari pihak lelaki . Pihak perempuan tersipu malu sambil membetulkan pakaian yang kian memperlihatkan tubuh.

Lelaki : "Wa`laikumsalam..ha kau nak apa bangsat?"

AKU : "Alhamdulillah bertemu kita saudara sesislam di kawasan ini. Boleh aku tanya sedikit, kalian berdua sudah bernikah?"

Lelaki: "Apasal kau tanya? aku sudah nikah atau belum bukan urusan kau bangsat"

Lelaki berkenaan kelihatan begitu tidak senang dengan kehadiran aku. Namun tidak semena-mena pasangan kepada lelaki tersebut menggelengkan kepala sambil menundukkan wajah.

AKU : "Saudaraku,tahukah kalian bertapa beratnya hukuman yang Allah akan beri pada kalian?. Jauhilah kalian dari zina."

Lelaki: : "mulut kau cantik sikit eh..siapa yang berzina?kau buta kah?aku dengan dia tidak akan membuat perkara terkutuk tu. aku pun ada maruah"

AKU : "Subhanallah. Aku tidak menuduh kalian berzina. tapi perbuatan kalian ini begitu hampir dengan zina. Ingat saudara ku,setiap hamba Allah berdua-duaan dengan yang bukan muhrim pasti ada yang ketiganya. Yang itu adalah syaitan laknatullah. Syaitan itu akan menghasut kalian tampa kalian sedari. Syaitan amat suka apabila ada dari anak adam melakukan maksiat. Kerana golongan seperti ini akan menjadi teman mereka di neraka kelak. Maka tersenyumlah syaitan sahaya melihat kalian melakukan perkara terkutuk tersebut."

Lelaki: "Ah..kau ni nak nasihatkan aku pulak. Kau tu macam baik sangat. Bro,Kubur lu dengan gua asing-asing la.Lu buat hal lu, Gua buat hal gua. Sayang jom kita pegi tempat lain.tempat yang takde orang-orang bodoh macam mamat ni"

Lelaki itu terus berjalan sambil bepengangan tangan dengan pasangan wanita beliau.

AKU : "Saudari."

Aku enggan mengalah. Aku terus memanggil wanita tersebut. Alhamdulillah dia sempat mendengar lalu berkalih kepada ku.

AKU : "Aku tahu kamu tidak ingin melakukan ini semua. Riak wajah mu itu memberitahu aku."

Lelaki: "woi! kau nak apa lagi?nak ngorat awek aku pulak?"

Terbeliak mata lelaki berkenaan. Begitu marah dengan aku sehingga di menapak beberapa langkah kehadapan. Namun itu bukan peluntur bagi semangat ku. Islam itu harus aku tegakkan biarpun bermandikan darah. Aku menapak beberapa langkah kehadapan sambil mata ku merenung tajam lelaki berkenaan.Kini jarak aku dengan lelaki berkenaan hanya kurang 1kaki.

AKU: "Saudara ku.Aku Hanya Hamba Allah. Sungguhpun aku ini tidak sempurna, Tugas sebagai khalifah dibumi tuhan harus aku lakukan. Aku sudah menasihai kamu. Terpulanglah pada kamu ingin mengambil atau tidak. Tetapi ingat pesanku ini. Jangan pula dipadang masyar kelak kamu menyebut nama ku kerana tidak menasihati mu. Allah maha mengetahui. Bertaubat lah saudaraku sebelum terlambat. Takut-takut ajal mu akan tiba sebelum kau sempat bertaubat." aku terus memgang bahu lelaki tersebut dan berkata." Pintu taubat itu sangat luas. Allah akan sentiasa menerima taubat hamba-hambanya. Saudaraku, Hidup InsyaAllah dan mati itu pasti. Bertaubat lah sebelum kamu berangkat ke alam akhirat." aku meleretkan senyuman dan terus berlalu.

Sengaja aku meninggalkan pasangan tersebut dengan persoalan mengenai kematian. Kerana orang yang sentiasa memikirkan tentang kematian adalah orang-orang yang bijak dan aku juga kerap memikirkan perkara ini kerana AKU HANYA HAMBA ALLAH.



Ahad, 22 Mei 2011

Benarkah Cinta Buta ?


Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.
Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.
Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.
Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”
Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.
Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.
Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Buat suamiku,keluargaku,anak-anakku,saudara-maraku..ingatlah hidup ini sementara.Semalam bukan milik kita,hari ini belum tahu,antara nafas yang dihembus dengan nafas selepas di tarik kita bernyawa kerana ehsan ALLAH SWT.Apa yang kita bawa ketika  ke liang lahad ?Hanya jasad yang telah kaku dibaluti kain putih dan jadi habuan ulat di tanah.Diri kita ini pun bukan milik kita akhirnya.Apa yang kita lakukan,apa yang kita amalkan samada baik dan buruk telah dicatat oleh malaikat penjaga amal.Itulah yang jadi milik kita sebenarnya.Ingatlah,kalian semua sangat kusayangi,kalianlah saudaraku,sahabatku didunia ini..marilah sama-sama kita pastikan insan yang kita sayangi tidak terus alpa,sayangi mereka,bimbingi dan nasihati mereka dengan kesabaran dan yakinkan diri bahawa perjuangan adalah jihad.

Jumaat, 20 Mei 2011

Sebelum Terlambat...


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. sabdanya:

Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.

Selagi masih bernafas, segeralah bertaubat kepada Allah SWT. Masih belum terlambat lagi melakukan sekarang. Jangan tunggu esok, minggu depan,bulan depan atau sudah bersedia baru nak bertaubat. Takut tak sempat nanti, bila-bila masa sahaja ajal kita boleh diambil oleh sakaratul maut. Pada masa itu tertutupnya pintu taubat maka mati anak adam itu sia-sia sahaja.

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkong (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”.
ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah SWT telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat:

Ikhlas ingin bertaubat
Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat:

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati ber-erti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat:

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

Lafaz niat: Usalli sunnatal Taubati rak'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran. (Surah Al-Kafirun).

Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
(Surah Al-Ihklas).

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),



Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar berikut:


Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah, dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,




Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Khamis, 19 Mei 2011

hijjaz-fatamorgana




Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

( korus )
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

( ulang dari korus )

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Rabu, 18 Mei 2011

Lumrah diuji




Pujukan Allah cuma satu,bergembiralah dengan pahala disebalik ujian itu.Tenanglah dengan janji-janji syurga.Ini bukan 'ESKAPISME' tetapi itulah iman.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah,ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Asiah isteri kepada firaun Laknatullah.Ketika diseksa menjelang kematiannya,Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah dalam syurga.Yakinlah,bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang kecil.Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

Dan jika cinta kecil itu rapuh,jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh.Percayalah panji-panji Allah di akhirat ialah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia.

Bagaimana sekiranya cinta kita sudah dipersiakan?Pasangan kita seolah-olah menjadi 'ORANG LAIN' Dia bukan lagi insan yang kita kenal dulu.Apakah ketika itu kita akan jadi penasaran?Habis segala laci,meja tulis,kereta atau begnya kita selongkar.Terkadang kita mahu m.Berilah ruang dan peluang untuk insan yang dicintai menikmati hidupnya,menyimpan kenangannya,usah cemburu pada kenangan dan memori lalu..cemburu buta merosakkan rumahtangga.Hilang kepercayaan menyebabkan kita hilang pertimbangan.Habis telefon bimbitnya, e-mail suami/isteri diperiksa,Facebook dan apa saja milik pribadinya kita selongkar.Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya.Siang malam diamuk gelisah.Kita bagaikan kerasukan.

Pada saat genting itu tekanlah butang 'PAUSE'.Bertanyalah pada diri,apakah kita masih menaruh harapan?jika jwapannya masih ya,maka nyalakanlah harapan itu-"KEEP HOPE ALIVE"Berusahalah untuk memperbaiki diri.Dakap cinta Allah swt erat-erat.Moga perubahan diri kita membuahkan harapan dan juga merubah pasangan kita.Cinta Allah beri kita kekuatan,ketenangan dan mohonlah diberi petunjuk.Berdoalah,merayu dan bertafakkurlah mencari cinta yang Besar..pasti menemui jalan pada cinta yang kecil...

CINTA ALLAH LEBIH UTAMA

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan.Jangan cuba membasuh najis dengan air najis.Maksudnya,jangan gunakan jalan yang salah untuk memperbetulkan kesalahan pasangan kita.Nanti keadaan akan bertambah buruk.Terimalah takdir itu dahulu.Kita tak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin,tetapikita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

Setelah berusaha sehabis daya,istirehatkan minda dan hati yang lara.Tenangkan perasaan barulah dapat berfikir dengan tenang..Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini.Harafkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk.Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

Buat isteri yang diuji,ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah.Ketika hatimu tenang,tuliskan surat ini.Surat untuk menghadapi tragedi cinta.....

Suamiku yang disayangi,

Surat ini kutulis dengan hati yang tulus dan terus-menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita untuk mendapat keredhaan Allah.Hingga kini aku terus yakin,jika kita mencari kebaikan,insyaAllah,Allah akan memberikannya.

Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang berlaku sepanjang kita berumahtangga,aku tetap menghormatimu.Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar,itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu...Tetapi semua itu kerana terlalu sayang.Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai suami seperti anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih sayang seorang ayah.

Maafkan aku.Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumahtangga ini.Sesungguhnya sejak dulu sehingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu.Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik.Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayanganku ini.Oleh itu,aku merayu agar aku terus kau sayangi,dilindungi,dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang bener-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.

Kebahagiaan kita sekeluarga berada ditanganmu.Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumahtangga ini.Aku mahu tugas dan amanah ini dikau laksanakan biarpun ianya berat.Ia menagih keikhlasan,keimanan dan kejujuran yang tinggi.Aku sedar apa yang akan ditanya ALLAH pada hari akhirat kelak kepada suami sebagai pemimpin adalah lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri.Jadi aku sentiasa sedia dan setia untuk berada disisimu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah kita sama-sama menginsafi hakikat yang umur kita semankin bertambah,upaya dan tenaga kita semakin kurang,tetapi perjalanan kita semakin jauh dan beban kita semakin berat.Amanah yang adapun belum selesai kita tunaikan,apatah lagi untuk menambah beban yang baru.

Oleh itu marilah kita saling mengingatkan,supaya kembali menilai peranan dan tangungjawab masing-masing.Apakah kita telah laksanakan amanah yang kita janjikan dihadapan Allah ketika kita bernikah dulu?Pernikahan yang disamakan dengan mendirikan masjid.Sanggupkah kita merobohkan masjid yang sama-sama kita bina?Marilah kita bertanya apakah fungsi sebuah masjid didirikan??Begitu suci ikatan kita,bukan sekadar melepaskan hawa nafsu sahaja.Ia bukan perkongsian fizikal,tetapi perkongsian fikiran,perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah.Di dalam masjid orang solat,berzikir,membaca al-quran,mendengar tazkirah kuliah dan lain-lain ibadah.

Aku rindukan semua itu.Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbingan daripadamu.Aku lemah wahai suamiku.Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu.Engkau harapan aku dan anak-anak.Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu.JANGAN SIA-SIAKAN,KELAK BURUK PADAHNYA.Relakah engkau melihat kami terkapai-kapai di dunia ini tanpa pimpinan?Dan sanggupkah kita melihat di akhirat kelak insan yang bersama kita dan kita sayangi ,terhumban ke dalam neraka yang penuh seksaan?Berfikirlah dengan fikiran dan hatimu yang tenang demi agamamu,keluargamu dan hidupmu biarpun sejenak..

Mohon berundur dahulu,Pasangan bahagia bukanlah tidak membuat kesilapan.Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan dan belajar daripadanya....Kuakui kesilapanku dan kucuba memperbaikinya dan melupakannya...Aku menaruh harapan dan sentiasa berharaf kau sudi membantuku untuk itu! Semoga paparan ini dijadikan santapan minda dan panduan yang berguna kala santai dan menambah ilmu keibubapaan kita bersama...Amin..


Mencipta Syurga Rumah Tangga


Apakah formulanya untuk mencipta syurga rumah tangga? Untuk menjawab persoalan ini marilah kita sama-sama membuka minda kita dan berani menyelam ke dasar yakni asas kepada pembentukan keluarga yang bahagia. ‘Syurga dunia’ bermula dalam rumah kita – “Baiti Jannati” (Rumahku Syurgaku) yang seringkali kita dengar dan perkatakan. Rumah tangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga. Keamanan dan kesejahteraan dunia yang luas ini bermula daripada keharmonian sebuah rumah tangga. Oleh sebab itulah Allah S.W.T. telah menegaskan dalam maksud firmanNya:


“Selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.” (Surah al-Tahrim 66: 6)


Sekadar meminjam kata-kata hikmah daripada Mother Teresa (yang kita orang Islam lebih berhak atas hikmah ini) ketika beliau ditanya: “Bagaimanakah hendak melahirkan dunia yang lebih aman?” Jawapan beliau ringkas:“Pulanglah ke rumah masing-masing dan sayangilah keluarga anda.”Daripada sebuah keluarga, keamanan itu akan membesar kepada sebuah masyarakat, daerah, negeri, negara dan akhirnya ke seantero dunia dan begitu juga sebaliknya.

Dapat kita perhatikan, jika bilangan rumah tangga yang bermasalah dalam sesebuah negara semakin meningkat, keamanan negara juga akan terjejas. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa contoh salah laku jenayah remaja kini yang banyak terjadi yang berpunca daripada permasalahan rumah tangga. Sebagai contoh masalah remaja lari rumah yang jika diselidiki dan ditanya kepada para remaja berkenaan apakah punca mereka melarikan diri dari rumah, hampir kesemuanya menjawab dengan jawapan yang menjurus kepada kerana berlakunya permasalahan di rumah. Mereka mengambil keputusan untuk lari dari masalah tersebut dengan melarikan diri dari rumah. Lantas wujud pula masalah jenayah yang lain seperti dadah, pergaulan bebas, judi, sumbang mahram, arak dan sebagainya.

Fikir dan renungkanlah sejenak apakah peranan kita dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia yang akhirnya menyumbang kepada penghapusan masalah dan salahlaku jenayah masa kini. Berbalik semula kepada persoalan tadi, apakah formula mencipta syurga rumah tangga? Solusi Isu #29 memberikan jawapan kepada soalan ini berpandukan kepada 3 aspek iaitu: Iman sebagai dasar; Syariat jadi amalan; dan Akhlak jadi budaya.


UntukMu Teman



Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

saya benci awak

Surat SAYANG untuk Awak...



Awak...
Saya telah mengembara ke 'hujung dunia', mencari apa yang saya inginkan.

Tapi, kali pertama saya bertemu awak, hati saya telah begitu riang gembira.

Demi Tuhan, saya tidak tahu mengapa. Tapi itulah kebenarannya.

Setelah beberapa lama kita berkawan, saya telah jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.

Dan di saat saya begitu menyayangi awak,

Perasaan sayang saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya.

Awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.

Di sana awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari.

Tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu SAYANG dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar SAYANG pada seseorang.

Jadi, selama ini siapa saya di hati awak?

Saya tahu, awak anggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak...

Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati yang pernah di kecewakan?
Siapa yang mengajar saya bahawa SAYANG itu memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?

 AWAK!!

Awak mungkin jenis seseorang yang boleh di SAYANGI ramai orang berkali kali.
Tapi saya pula seseorang yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 'Seseorang', seseorang yang nak saya sayangi dan satu perkahwinan...

Kita hidup sekali,mati sekali dan Menyintai sekali..

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada.
Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak..Jangan..!!
Bagaimana saya harus bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak.

Seumur hidup ini saya akan menyayangi awak..

Awak,
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu.

Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana perasaan saya sayangkan awak,
Ini lah jawapan saya :

"Kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu saya akan bisu selamanya....

"Kalau suatu hari awak kehilangan penglihatan, saya akan memberikan mata saya aga awak dapat melihat sayang saya biarpun waktu tiu saya akan buat selamanya..

dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini....'

Semuanya untuk awak...

Seseorang telah berkata,

"Jika kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiannya. Kebahagiannya membuatkan kita bahagia"

Awak,
Kerana saya menyayangi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari.

Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti SAYANG yang sebenar.
Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu SAYANG seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,
Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
Saya tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya.
Saya juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik..

Akhir kata...

Saya doakan awk bahagia dengan hidup awak...
Saya SAYANGKAN awak...

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Selasa, 17 Mei 2011

Zikir ‘senjata’ terbaik hadapi cabaran ujian alam


SETIAP manusia pasti tidak terlepas daripada segala macam ujian dan dugaan hidup. Selagi bergelar insan yang berada di atas muka bumi ini, cabaran itu sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan seseorang hamba.

Pelbagai musibah seperti banjir, tanah runtuh dan penyakit yang pelik-pelik serta merbahaya yang dihadapi kita hari ini adalah ujian Allah SWT untuk kita bertanyakan kepada diri sendiri apakah kita daripada kalangan manusia yang sabar atau sebaliknya.

Manusia adalah makhluk paling sempurna ciptaan Allah SWT. Melalui kombinasi roh, jasad, akal dan fikiran menjadikan manusia khalifah yang mentadbir alam ini mengikut peraturan Penciptanya. Kesempurnaan ciptaan menyebabkan manusia lebih hebat berbanding makhluk-Nya yang lain.

Ini diakui melalui firman Allah SWT yang bermaksud:


“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’, ayat 70)

Keupayaan manusia sebagai khalifah memerlukan kepada beberapa kekuatan dan tumpuan kali ini akan memfokuskan kepada kekuatan emosi dan jiwa sebagai salah satu faktor penting kejayaan manusia meneruskan tanggungjawabnya untuk memakmurkan alam ini.

Sesungguhnya kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi apa juga rintangan hidup. Allah SWT memberi jaminan beruntungnya manusia yang menjaga dan menyucikan hati serta kerugian mereka yang mengotorinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams, ayat 9-10)

Kemewahan juga adalah ujian begitu juga kesusahan dan kesedihan. Justeru, Islam mengatur kehidupan manusia bagaimanakah kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menghadapi ujian hidup.

Zikrullah atau berzikir mengingati Allah SWT salah satu alternatif ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah. Zikrullah yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah SWT, menyebut kalimah Allah SWT, mengucap tasbih, tahmid dan takbir serta melakukan pujian kepada-Nya.

Termasuk dalam istilah zikrullah ialah mengerjakan solat, menghadiri majlis ilmu dan membaca al-Quran. Ini bererti seseorang hamba Allah SWT perlu dan mesti melakukan perkara itu bagi memenuhi ciri zikrullah sebenar.

Zikrullah adalah penawar hati paling mujarab dalam memberi ketenangan jiwa bagi mengubat keresahan diri. Ini terbukti melalui firman Allah SWT yang bermaksud:


“Orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Zikrullah itu adalah penawar bagi hati.”

Sesungguhnya zikir itu boleh dilakukan melalui beberapa keadaan sama ada zikir secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan mengenai mengingati Allah SWT dengan lisan atau hati bahawa ia adalah zikir yang paling afdal.

Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama Allah SWT berulang kali, menyebut sifat-Nya atau melafazkan puji-pujian kepada-Nya. Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah SWT dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan mengingati Allah SWT.

Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah SWT akan mendapat beberapa manfaat antaranya ;
Membersihkan hati daripada sifat mazmumah.
Melembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada Allah SWT.
Berasa betapa dekatnya diri dengan Allah SWT sehingga apabila berhadapan dengan pelbagai musibah, pergantungannya hanya kepada Allah SWT.
Meningkatkan mutu amalan kepada Allah SWT.
Memelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati Allah SWT.
Menjadi penawar kepada hati yang sering gundah gulana, keluh kesah dan tidak tenteram.

Menghadiri majlis ilmu sama ada berbentuk kuliah, ceramah, seminar atau bengkel turut termasuk dalam kategori zikrullah malah disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu daripada taman syurga.

Baginda SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar yang bermaksud: “Apabila kamu melalui taman syurga, maka hendaklah kamu singgah dan ambil perhatian. Sahabat bertanya, apakah dia taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab ia adalah halaqah (majlis) zikir. Sesungguhnya Allah menghantar utusannya yang terdiri daripada malaikat mencari majlis zikir dan apabila malaikat melihat dan berjumpa dengannya, mereka saling menyebut perkara itu sesama mereka.”

Rasulullah SAW ada menyebut bahawa malaikat akan turut serta duduk di dalam majlis zikir yang diadakan sehingga mereka merendahkan sayap menaungi mereka yang menghadirinya.

Allah pula akan menurunkan rahmat dan ketenangan kepada ahli majlis zikir dan apabila mereka selesai, hati mereka dipenuhi cahaya lantaran menerima percikan pancaran nur Ilahi.

Solat adalah zikrullah seperti dijelaskan Allah SWT dalam firman yang bermaksud:

“Dirikanlah solat untuk mengingatiKu.” (Surah Toha, ayat 14)

Solat adalah zikir paling afdal mesti menghiasi individu yang mengaku kasih dan cintakan Allah SWT. Sesungguhnya seseorang yang istiqamah dalam mengerjakan solat, dialah yang hampir dengan Allah SWT. Sesiapa yang lalai daripada mengingati Allah SWT melalui solat, sesungguhnya hati dan jiwanya kosong.


Ini lah bahagia


Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.


• Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

• Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

• Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.

Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

• Bukti hilangnya bahagia.

Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang …

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

• Ujian hidup punca hilang bahagia?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

• Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

• Inilah erti bahagia

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:

1. Beriman dan beramal salih.

“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:

“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.

Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

Firman-Nya:

“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

 7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:

“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

ZIKRULLAH YANG MEMBAWA BAHAGIA

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, tolong rujuk kembali entri dalam blog ini dalam tajuk: Mencari Ketenangan Hati)

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selalin berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!

Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.

Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.



Agnes Monica - Matahariku (Official Music Video)

Isnin, 16 Mei 2011

lembaran baru...


salam ?

semalam dah jadi kenangan, hari ini kenyataan,esok belum pasti.. bersyukurlah kerana masih dipertemukan insan yang disayangi, masih mampu bersuara, meluah rasa,bertanya soalan, menjawab persoalan, mencari kesilapan diri, memperbaiki.. menyedari apa yang benar dan apa yang salah... hidup ini mengajar kita.. pengalamanlah guru kita sebenarnya..