Temanku,
Biar di mana diri berada,apa jua yang sedang kau lalui,kuselalu mengingatimu.Hanya melihat dirimu gembira buat diriku turut ketawa..kebahagiaanmu kebahagiaanku juga..Kehadiranmu membawa seribu arti,itu adalah memori di hati.Terasa bagai dilambung mimpi saat berbicara soal hati kerana naluri ini seolah lupadiri antara mimpi dan kehidupan realiti.....Indah kemesraan yang kita bina,kuharaf kau terus menghiasi hidupku ini sehingga akhir nanti.Impianku kini terlaksana jua,biarpun hanya seketika ku tetap mensyukuri kerana bisa merasa.Kusyukuri nikmat pertemuan biarpun seketika,yang pasti perpisahan abadi pasti akan terjadi..itulah lumrah dan hakikat kehidupan yang tiada abadi.
sahabatku,
Apalah arti persahabatan jika kehadiran diriku ini umpama melukut ditepi gantang..yang pasti kusedari siapalah diriku ini.Seorang wanita yang lemah danserba kekurangan.Apa yang ku ada hanya sekeping hati insan biasa,aku insan yang tak berdaya,lemah dan tiada istimewanya.Aku masih seperti dahulu ..masih setia dan tetap tidak lupa pada kata-kata....aku tetap aku..jika tiada mampu kau menerima kelemahan diriku maka terkeluarlah aku bagai sampah terbuang yang tak diperlu..Andai ada kesudian teman menghampiri terasa diri dihargai..itulah kegembiraan diri..
Wahai temanku,
Usah kita kesali nasib diri kerana inilah takdir ilahi dari azali.Yang telah terjadi tetap terjadi..marilah kita kita adili kesilapan diri ,bukan mencari siapa yang salah-saiap yang benar kerana semua itu melukai diri,yang baik kita kaji,yang jahat kita jauhi..agar sempadan dan daya tahan diri sukar ditembusi..Terimalah diriku,kelemahanku,penjelasanku,atau siapa diriku ini seadanya..Usah kau pinta sesuatu yang tak pasti ,pujian yang tak bertepi usahkau ucapi kerana itu semua memang tidak berhak ku miliki..yang pasti apa yang kau dan aku alami,rasai dan nikmati semalam dan hari-hari yang telah kita lewati itulah pasti..esok belum tau apa terjadi..
Rakanku,
Sekiranya rezeki yang kumiliki melebihi usah kau tolak ketepi rezeki Ilahi.Usah kau ragui,usahkan rendah diri..anggaplah itu pemberian dari hati...Kuharaf kau terima dan sudi berkongsi kerana itulah nikmat rezeki yang harus disyukuri..Tiada apa yang mampu kuberi hanya sekadar ingin kau menikmati dengan itu ku mampu berkongsi nikmat kegembiraan kala dirimu mampu memahami .Membuat dirimu bahagia dan ketawa itu sudai memadai.. ..kerana disanalah diri merasai nikmat memberi ,yang pasti ia sudah cukup buat aku rasa dihargai kerana kau sahabat yang disayangi...
Pintaku temanku.
Diriku ini usah kau sangsi ,usah sesekali kau dekati kerana simpati..Bukan itu kupinta. Anggaplah ini semua anugerah Ilahi pada jiwa yang rindu mencari arti sebuah persahabatan sejati..Jika dirimu dan diriku mampu menghadapi saat diuji..kekuatan diri ini pasti kukuh mengharungi ,sama-samalah kita berjanji ,sanggup bersatu hati demi impian mencari kebahagiaan sejati..
Nasihati aku,teguri kesilapanku,beri dan teruslah memberi motivasi kerana bagiku itu sudah memadai..aku lemah ,aku gundah ,aku sepi dan aku seriang dikhianati oleh mereka yang kusayangi..hanya dirimu mengerti dan memahami..jadilah sumber inspirasi diri,agar aku tak terus jauh menyendiri dan rasa disayangi..
Sekiranya pintaku itu sukar kau janji..usah paksa diri lagi berlalulah pergi dengan rela hati kerana mungkin itu suratan Illahi..ada hikmah tersembunyi yang kita berdua tidak ketahui..
Hatiku sering diuji itu mengajarku menjadi lali..kesakitan hati kurawat sendiri demi masa depan anakku Hakimi.Aku masih mampu tersenyum,menahan kesukaran hidup ini atas semangat sendiri..demi meneruskan perjuangan hakiki..demi amanah dari Ilahi menjadikan Hakimi muslim sejati agar menreruskan perjuangan ku ini..
Maafkan diriku sepanjang persahabatan ini..Redhakan dirimu berteman diri yang tak sempurna ini.Apapun terjadi terimalah diriku ini,usah diriku kau benci kerana itu pasti membuatkan hati ku menyesali sehinnga akhir hayatku nanti..
Semoga bukan simpati yang kau ingin beri kepada diriku ini .Jika benar kau sayang pada diriku ini, ampuni aku..kupohon kau tegurdan sedarkan diriku dari setiap kesilapanku padamu,kuharafkan kesabaran dan kepercayaan agar kau berikanku kepastian dan jawapan ,bersikaplah seadanya dirimu kerana hanya kejujuran dan kepercayaan yang kudambakan...Sudikah dikau menjadi sahabatku lagi..???
tentulah.. insya'allah kita di takdirkan untuk bersahabat dunia akhirat... jadikan jujur itu talinya dan amanah itu simpulannya... :)
BalasPadam