Jumaat hadir lagi,tanpa disedari begitu cepat minggu berlalu..Hari yang penuh keberkatan dan penghulu segala hari..
Hari ini aku berkesempatan menikmati anugerah hidup yang Allah berikan..syukur Alhamdulillah.Aku sihat,mampu bernafas untuk meneruskan aktiviti harianku.Perjalanan hidup yang harus diteruskan dengan yakin,tabah,sabar tanpa rasa putus asa kala menghadapi apa jua ujian yang ditentukan.
Alhamdulillah,kelapangan waktu yang ada memberi peluang untukku berkongsi ruang di blogku ini menyampaikan sedikit ilmu buat perkongsian sesama teman yang singgah.
Ilmu yang diperolehi bukan hak milik ekslusif.Sampaikanlah walaupun satu perkataan boleh jadi yang singgah membaca akan lebih memahami ,dapat manfaatkan dari yang mencatatkan.Sudilah menghayatinya....
TAJUK :SIAPAKAH?
SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?
Orang yang paling sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia telah memiliki sebuah kerajaan sendiri seperti Kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
SIAPAKAH ORANG YANG PALING MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang paling manis senyumannya iatu mereka yang mengucapkan "Innalillahi wainnailaihi rojiun"lalu berkata 'YaRabbi,aku redha dengan ketentuan ini" sambil bibir dan riak wajahnya mengukir senyuman.
SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?
Orang yang paling kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?
Orang yang paling miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menghimpun harta dunia tanpa merasa kepuasan dan kedekut dengan hartanya.
SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..oleh itu usah diukur kecantikan individu dengan melihat rupa parasnya..
SIAPAKAH ORANG YANG PALING SEMPIT RUMAHNYA?
Orang yang paling sempit rumahnya malah terhimpit olehnya akan kuburnya adalah orang yang semasa hidup tidak berbuat amal dan kebaikan.Maka ia akan merasai kesempitan di alam kubur...
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana mereka telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...
SIAPAKAH ORANG YANG PALING KEDEKUT?
Orang yang paling kedekut ialah orang yang membiar dan membuang ingatan ini dengan begitu saja malah tidak menyampaikan kepada orang lain....
Sekian terima kasih,
Jumpa anda di lain paparan dan catatan.....amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan