Assalamualaikum? Buat sahabat yang sudi singgah ,terima kasih diucapkan.Apa yang dibaca dan dipaparkan merupakan perkongsian ilmu dari bahan yang saya baca.Saya sekadar menyalin semula untuk berkongsi ilmu dan kebaikan.Buku adalah guru,teman sejati dan gedung yang perlu dibuka..kuncinya ada pada kita untuk memiliki khazanah yang amat berharga didalammya. Ilmu yang mampu memberi kekuatan akan menguatkan hati kita,Ilmu yang memberi pengajaran menjimatkan masa kita dan memberi pandua agar tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang yang terdahulu.Dari manapun sumber ilmu.Jadikanlah amalan membaca sebagi rutin dan hobi harian.Bacalah..kerana membaca membuka minda kalian...
Karya yang hebat mampu merawat kelukaan hati,memberi keinsafan diri,membuka minda yang tertutup,menyedarkan kita akan kelemahan diri dan mampu menawan hati jutaan jiwa yang rindukan bimbingan dan panduan.Menghayati hasil tulisan motivasi melembutkan hati yang keras ,membentuk jiwa yang tidak tenteram agar terbimbing dan tidak terus hanyut tanpa panduan.Berpandukan ilmu kita jadi bijak berfikir,mampu membuat keputusan terbaik.Kita mampu menilai diri,mencari solusi terbaik bagaimana mahu membuat pilihan dan keputusan yang terbaik.Setiap masalah kita pasti ada puncanya..Kala kita hadapi ujian kesedihan,kegagalan rumahtangga,keresahan jiwa tiada ketenagan,ketidak bahagiaan dalam hidup..marilah membaca!!!persoalan pasti mampu kita jawab setelah kita membaca .
Sebuah karya yang menarik mampu buat hati pembacanya tertarik...Saya bersyukur kerana dapat menaipkan semula,menyalin agar sahabat yang belum pernah membaca cacatan sedemikian merasai apa yang tersirat disebalik sebuah cacatan... Biarlah saya isi masa terluang yang ada untuk sebuah perkongsian yang memberi impak positif buat rakan taulan yang singgah di blog saya.Semoga dengan menaip,jejari saya turut menjadi saksi,hati saya menghayati ,otak saya memahami maksud yang tersirat..saya pula jadi insan yang lebih baik,lebih tabah,redha dan pasrah dengan semua ujian yang telah dilalui semalam,hari ini,esok mahupun di masa akan datang.
Sayalah peminat majalah Solusi...Menghayati setiap baris ayat, buat hati saya tertarik dan tidak pernah buat saya jemu.Saya sentiasa rindukan hasil tulisan penulis yang saya minati dan semua penulis yang lain.Langganlah majalah Solusi kerana didalamnya terkandung panduan hidup bersyariat yang penuh dengan ilmu fekah,farduain,motivasi dan hadis.Majalah pertama saya jadikan koleksi prinbadi.Saya setia menanti apakah isu dan paparan yang akan datang.Saya jadi serasi dan sebati dengan majalah ini.Syukur Alhamdulillah kerana saya masih diberi nikmat melihat dan mampu membaca lagi...
Saya mengikutinya tanpa jemu seolah-olah jatuh cinta pandang pertama..Itulah kehebatan seorang penulis dan karyawan dalam menyampaikan hasil karyanya...Apa yang menarik hati saya,pasti saya salin untuk dikongsikan.Semoga Allah menyampaikan pahala kebaikan kepadanya...
Marilah kita sama-sama hayati,selami dan pahatkan diminda dan nurani kita.Ilmu itu mampu memerangi kejahilan.Biarlah, cahayanya menerangi hati kita yang kegelapan.Biarlah cahaya ilmu itu memberi sinar baru memimpin kita kejalan yang lurus dan benar.Ilmu itulah guru kita ,pemimpin malah menjadi sahabat sejati dikala kita terkeliru dan membuat kesilapan.Apa juga masalah dan ujian yang ditempuhi jika hati berpegang pada ilmu alquran dan hadis kita pasti insaf dan mensyukuri nikmat iman dan Islam yang kita anuti .. kita manusia yang lemah,tidak sempurna pasti lemah dan membuat kesilapan..hidup kita pasti diuji..dosa pahala sering tercatat setiap hari..
Tiap hari kita buat kesilapan dan belajar daripadanya...belajarlah mendidik hati sendiri kerana hati kita perlu dibelai,dijaga,dirawat dibersihkan dimotivasikan melalui cermin diri..muhasabah diri adalah cermin hati dan diri..tanya-tanyakanlah diri kita sendiri sebelum menuding jari pada orang lain saat dan ketika kita ditimpa kesusahan.Jangan kita mencari masalah dan terus menerus melakukan kesilapan yang sama.Berubahlah,bertaubatlah selagi kita masih sihat,masih diberi kesempatan umur oleh Allah swt.
Semoga kita menemui kebahagiaan hidup yang diimpi-impikan dan memperoleh keselamatan di dunia mahupun akhirat kelak.Sebanyak mana ilmu yang dituntut bukan ukurannya....apa yang terbaik biarpun sedikit tetapi diamalkan.Beristiqamah dengan ilmu yangdiperolehi adalah kebijaksanaan yang dituntut..Ilmu yang diamalkan amat berguna kepada diri sendiri dan memberi impak yang besar kepada insan sekeling kita.Oleh itu carilah ilmu bukan kerana nama tetapi kerana Allah.Kemudian, diamalkan dalam kehidupan seharian....semoga kita jadi insan yang dapat memberi kebaikan kepada insan yang dekati diri dan kebaikan buat semua insan yang kita sayangi...Amin ya rabbalalamin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan