Isnin, 23 Mei 2011

Pelangi tersenyum pada surat cinta


Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah,Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang.Demikian kata seorang PENDETA...
Benar,setelah usia perkahwinan meningkat (semakin pudar cinta)hanya akan bergetar semula apabila berpisah.

Perpisahan sekali-sekala akan menyuburkan percintaan.Tetapi jangan terlalu lama,jesteru jika lama ia mengundang bahaya kerana mengundang fitnah dan mampu menghakis setia.Jika sayangkan anak tangan-tangankan,mungkin jika sayangkan isteri tinggalkanlah.Dalam kehidupan pejuang agama dahulu,kini dan akan datang,perpisahan memang sudah menjadi 'MAINAN'

Walaupun perpisahan dikalangan suami isteri yang bernikah memedihkan,ia sebenarnya baik untuk menyuburkan rasa cinta.Bukan maksud saya kerana bercerai tetapi berjauhan kerana tugas atau urusan.

Jangan berterusan berkepit dirumah.Manusia tidak boleh lari dari rasa jemu.Oleh sebab itu,para suami keluarlah pada masa tertentu,urusan tertentu tanpa rasa berat hati,enggan atau malas.Lebih-lebih lagi atas tujuan dakwah,kebajikan dan kebaikan.Bukankah itu hak ALLAH keatas kita?Janganlah hendaknya kerana terlalu cinta ister sehingga kita mengabaikan CINTA PADA ALLAH.

Sayidina Abu Bakar pernah mengarahkan anak lelakinya menceraikan isterinya yang baru dinikahi kerana anaknya itu sudah jarang keluar solat berjemaah sejak berkahwin.Sudah menjadi tradisi para sahabat rasulullah keluar kota Madinah untuk berdakwah dan menyebarkan Islam.Meraka keluar berperang dan sanggup berpisah kerana Agama.

Kalau dahulu,jika suami bermusafir trjadilah perpisahan secara total kerana tiada alat komunikasi,berbeza sekarang,sudah banyak alat telekomunikasi boleh digunakan untuk berhubung.Jadi manfaatkanlah untuk meredakan kerinduan .

Tempoh perpisahan dan berjauhan akan melembutkan hati dan sangat berkesan jika dimanfaatkan untuk mendidik isteri dan anak-anak .Berilah nasihat dan didikan ketika hati sangat lembut .Berbicara dari jauh mendekatkan hati.Bak kata pepatah'JAUH-JAUH BAU BUNGA'.Ingatlah cinta lebih subur jika berjauhan berbanding berdekatan.Kala berjauhan,kekadang kebaikan kesetiaan,pengorbanan isteri pada kita akan lebih terasa.Berbanding bila kita berdekatan adakalanya kita 'BUTA'.tidak melihat dan merasai semua itu.

Percayalah,kekadang Allah menghilangkan seketika mentari,kemudian Dia datangkan guruh dan kilat.Puas kita meratap dimanakah mentari..rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan kita pelangi yang indah.
OH...itulah nikmatnya berpisah.Cinta akan lebih indah.Jika berpisah insan lain yang dikenang,tiada kerinduan,kegelisahan dan wajah isteri tidak muncul jua diingatan dan doa,itu petanda TIDAK BAIK.

Mungkin cinta itu tidak lagi terpendam malah sudah terpadam.Ini kerana cita menerbitkan kerinduan ingin bertemu,berbual mesradan sebagainya.Jika itu pun tidak dirasai lagi saya khuatir mungkin cinta itu sudah tiada...

Wahai kaum adam tuliskanlah surat cinta buat isterimu...

Ke ribaan isteriku tersayang,

Sayang,aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan ketabahan dan kebijaksanaan.Hentikanlah tangisanmu di sana.Demi ketenanganku di sini.Yakinlah perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi.Tetapi oleh retaknya hati.
Perpisahan ini,insyaAllah akan menyuburkan cinta..Sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan dari Allah.Yakinlah,kita akan bertemu dalam suasana lebih indah dan manis.Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku memberi kekuatan jiwaku kerana inilah ubat jiwa paling mujarab jika melakukan demi ALLAH.Mencintai Allah akan menguatkan lagi cinta kita..
Kita berpisah kerana dijemput ke daerah tauhid dan syariatnya.Aku pasrah dengan 'PAKSAAN' ini walaupun suntikannya terlalu sakit,ubatnya terlalu pahit.

Sayangku,
Hadapilah keyataan yang telah termaktub sejak azali lagi.Kesedihan dan airmata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah.Aku sentiasa berdoa kepada Allah untuk dirimu.

"Ya Allah,
Ampuni dosa-sosa isteriku dan maafkan semua kesalahannya.Kuatkanlah iman dan takwanya..dengan kau suburkan selalu hatinya rasa hina,berdosa,jahil,lemah dan miskin,agar berharaf kepadaMU".

"YaRahim,
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami.Agar ditangannya nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah.Bimbinglah kemarahannya,kebijaksanaannya,kesabarannya,kelembutannya,hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang,agar dia terdidik untuk mendidik".

"Ya Rahman,
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya,Hiasilah kata-kata dan lidahnya dengan kebenaran dan kelembutanseperti kau hiasi matanya dengan kecantikan.Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpah takwa yang sejati".

"Ya Rabbi,
Lembutkanlah hati isterikua agar mudah ia mengadu-ngadu padaMU.Haluskanlah perasaannya agar mampu menangis dan merintih-rintih padaMU,hancur dan remuk-redamkanlah dirinya dalam menerima didikanMU,kerana disitulah pengiktirafan dia sebagai hambaMU."

Sayangku,

Ramai pasangan berpisah kerana tidak cinta.Namun lebih ramai berpisah kerana terlalu cinta.Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah,maka cinta itu akan hilang daya untuk sesama makhluknya.Ia akan layu,kesepian,dan kesaorangan.Pada cinta yang ilusi begini,,,pertemuan adalah perpisahan.Tapi apabila cinta itu hakiki,berpisah pun masih bertemu.
Jesteru,perpisahan ini untuk menyelamatkan.Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan lagi ikatan perkahwinan.Ia adalah satu reaksi berantai kepada semua yang ada ikatan dengan kita.Agarbergantung kepada Allah semata.

Makhluk yang berhubung atas  nama  suami isteri,ibuayah,anak ,abang,adik kakak,saudara,sahabat,kenalan dan sesiapa saja akan pergi jua.Mati boleh jadi dimana-mana.Sesunggunya perpisahan adalah cara Allah 'MENCANTAS'pergantungan hati kita pada mereka.Jika saat perpisahan itu tiba kala hati tidak bersedia,pedihnya dan sakitnya tentu terlalu hebat.Mungkin hilang kewarasan untuk terus hidup,luntur semangat,kecewa untuk meneruskan hidup.Ynag ditakuti terhakis iman dan tercalarnya tauhid.

Sayang,

Bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita denganNYA tidak akan terpisah dengan istilah janda,duda,balu,yatim dan piatu.Sedangan hubungan kita bersama makhluk pasti berpisahdan terputus kerana kematian.Jesteru itu ,anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi kematian yang pasti menjemput kita.
Syukur,kerana dahulu aku terlintas andai antara kita dipanggil pulang terlebih dahulu,adakah ketika itu hati kita redha???lantaran benci menguasai fikiran anakn terkunci untuk mengingati mati..padahal masing kita tahu mati itu pasti...oh tuhan!benci betul rupanya kita pada mati.

Angkuh betul kita pada 'MILIK' pinjaman Allah itu.Seolah-olah suami kita,ibuayah,anak,abang,adik,kakak,sahabat,benar-benar kepunyaan dan milik kita.Terlalu berat kita mahu memulangkannya..SEBAB MEMULANGKANNYA ARTINYA BERPISAH.

Tak sanggup kita pulangkan kembali jika masanya sudah tiba.Kita kena bersyukur kerana pinjaman itu diminta kembali oleh Allah buat sementara...didikan yang mahal harganya.Inilah intipati iman kita kepada satu ayat al-quran (surah al-baqarah 2:156)"sesunggunya kita kepunyaan Allah,dan kepada Allah kita akan dikembalikan".

Bersedialah menghadapi perpisahan selamanya walaupun apa jua keadaanya.Namun jangan sesekali terputus dari berharaf sesuatu yang terbaik.Semoga Allah pertingkatkan kesabaran,keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdirnya.Jangan diminta perkecilkan ujian tetapi mintalh dibesarkan iman untuk menghadapinya.Semakin besar ujian,semakin besarlah kehebatan seseorang.

Maka begitulah dengan cinta kita,semakin diuji,maka semakin membumbung tinggi.Semakin jauh,cinta kita semakin kukuh.InsyaAllah...Amin..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan